Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 5 Julai 2012

ANAK MUDA SABTU 14 JULAI KITA BERDEMO LAGI




BERHIMPUN MASJID JLN DUTA









BEBASKAN UNIVERSITI DARI PENGARUH POLITIK BERKEPENTINGAN


Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berpindirian tegas dengan prinsip, Universiti adalah tempat yang perlu bebas daripada mana-mana pengaruh politik kepartian. Universiti adalah tempat menajamkan nilai intelektual mahasiswa dan golongan ahli akademik. Ini bukanlah bermaksud menghalang perbincangan mengenai aspek politik di kampus secara total sama sekali.

Proses pembelajaran mengenai politik amatlah dialu-alukan demi mematangkan politik di kampus dan di peringkat nasional sekalipun, cuma apabila peringkat pentadbiran universiti mula dikawal oleh orang-orang politik itu adalah satu bahana kepada mahasiswa yang akan turut terheret dalam kancah permainan politik mana-mana pihak berkepentingan nanti. Akhirnya, mahasiswa juga yang jadi mangsa.

Kita tidak pernah menafikan sumbangan ahli-ahli politik dalam negara, bahkan banyak sumbangan mereka mengubah arus perdana dari sudut pembangunan intelektual mahasiswa. Sebagai contoh, kita sangat mengalu-alukan konsep debat politik antara pihak kerajaan dan juga pembangkang di kampus yang telah di anjurkan sejak dahulu lagi namun ianya mula terhalang apabila pihak yang berkepentingan mula memegang jawatan-jawatan penting di Universiti.

Nilai-nilai intelektual mahasiswa mula tergugat dan makin hilang diakibatkan mereka tidak lagi didedahkan oleh budaya seperti debat politik tadi sehingga menumpulkan daya bacaan politik bahkan lebih teruk mereka telah jadi buta politik secara tidak langsung. Mana tidak, yang tinggal sekarang hanyalah budaya doktrinisasi sebelah pihak yang berkepentingan supaya menerima apa yang mereka taburkan secara bulat-bulat. Ianya tidak boleh dipertikai dan tidak lagi boleh diperbincangkan.

Kita diperingkat SMM masih lagi tertunggu-tunggu juga, bilakah Perdana Menteri akan menyahut cabaran debat oleh ketua pembangkang. SMM berpendirian inilah doktrinisasi yang telah berjaya diterapkan oleh kerajaan Barisan Nasional selama 54 tahun mereka memerintah, iaitu debat hanyalah perkara yang membuang masa.

Sehingga sekarang juga, kita di peringkat SMM masih tertunggu-tunggu beberapa jawapan daripada Perdana Menteri sendiri apakah jawapan bagi persoalan cadangan pemansuhan PTPTN demi menyediakan pendidikan percuma dan keterlibatan Perdana Menteri serta kakitangan kerajaan sendiri dalam mengaturkan keputusan-keputusan penting di Universiti seperti pendedahan oleh Pro Mahasiswa mengenai OPS 2020 sehingga pilihanraya kampus ditangguhkan demi survival parti politik mereka.

SMM berpendirian tegas bahawa, Universiti adalah tempat yang mempunyai kebebasan mutlak dan tidak wajar sekiranya mana-mana pihak berkepentingan dari parti politik mula mengusai pentadbiran sesebuah universiti. Biarlah mereka yang lebih bersifat non-partisan dari kalangan ahli-ahli akademik yang menerajui sesebuah Universiti supaya mereka tidak dilihat berkepentingan kepada mana-mana parti politik.

Safwan Anang
Pengerusi,
Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)




Tiada ulasan: