Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Khamis, 5 Julai 2012

KES SUWEY NAJIB RAZAK BERTAMBAH LAGI



KITA BERDEMO LAGI





NOTA:
berhimpuan di masjid wikayah
jalan duta kuala lumpur
sabtu 14 julai jam 2.00 petang

kemudian berarak ke istani nagara

sila bawa persediaan
sila bawa apa yang biasa dibawa
ketika berdemo





SIASATAN OSA OLEH PDRM:
KESELAMATAN RAKYAT LEBIH UTAMA DARI KEKUASAAN UMNO/BN


Saya memandang berat tingkah laku pimpinan Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang nampaknya lebih mementingkan kekuasaan UMNO/BN berbanding keselamatan rakyat.
Tindakan PDRM yang menolak mentah-mentah dari menyiasat campur tangan Najib Razak dalam anugerah kontrak kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang (LRT) tetapi cepat-cepat menubuhkan pasukan khas kononnya menyiasat kebocoran maklumat sulit negara apabila dokumen tender mula diketahui umum, mengesahkan persepsi kebanyakan rakyat bahawa pimpinan PDRM meletakkan kepentingan UMNO/BN mengatasi segala-galanya.

Kenyataan Bakri Zinin semalam mengesahkan dua perkara:

1. Bahawa dokumen-dokumen Kementerian Kewangan termasuk minit yang ditandatangani oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak dan dokumen lain berkaitan tender tersebut adalah benar dan asli;

2. Bahawa Najib Razak bimbang skandal ini bakal menggugat kedudukan beliau apabila maklumat mengenainya tersebar luas.

Saya kesal dengan kenyataan Bakri Zinin kononnya kebocoran maklumat sebegini menjejaskan keselamatan dan kepentingan negara.

Apakah beliau tidak memahami bahaya kepada jutaan orang awam yang sedang dan bakal menggunakan sistem LRT laluan Ampang sekiranya sebuah syarikat yang langsung tidak ada pengalaman di dalam sistem LRT dianugerahkan kontrak ini?

Adakah beliau sendiri berani menaiki LRT sistem laluan Ampang saban hari ke tempat kerja sekiranya beliau sedar bahawa seluruh kerja-kerja pembinaan dikendalikan oleh sebuah syarikat yang hanya berpengalaman mengilang meter air?


Paling dikesali, pimpinan PDRM tidak pula bergegas mahu menyiasat kebocoran maklumat pertahanan negara apabila dokumen sulit mengenai strategi dan kekuatan pertahanan negara dijual kepada syarikat asing, seperti yang didedahkan di Mahkamah Perancis baru-baru ini.

Jelas sekali, kepimpinan PDRM berbeza pendapat dengan rakyat Malaysia mengenai makna sebenar “kepentingan awam”.

Saya sedar tanggungjawab yang perlu kami galas dan risiko yang perlu dihadapi. Nyawa jutaan rakyat Malaysia yang menggunakan sistem LRT laluan Ampang adalah terlalu berharga dan perlu dipertahankan sehinggalah kontraktor yang layak dan berkemahiran dilantik bagi projek ini.

Sebarang usaha untuk menakut-nakutkan saya dan rakan-rakan dari terus membongkar skandal ini adalah sia-sia.

Saya akan meneruskan siri pendedahan seterusnya pada hari Isnin 9 Julai 2012 seperti biasa. Malah, mulai minggu depan kami akan mula turun ke stesen-stesen LRT untuk mengedarkan risalah maklumat dan melancarkan kempen “Utamakan Keselamatan Rakyat” di seluruh LRT laluan Ampang.


MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN
5 JULAI 2012




6 ulasan:

hasutan berkata...

teruskan menghasut rafizi, kami bersama saudara.

Mr.zuL berkata...

Rafizi adalah pemimpin pelapis dimasa hadapan.. Kami rakyat sentiasa teguh di belakang mu wahai Rafizi

Tanpa Nama berkata...

ayuh kita nyanyikan lagu "singkong dan keju" kepada bik mama. masih ingat lagu itu?.... bajumu dari paris sepatumu dari italy......

Tanpa Nama berkata...

uncleseekers pun dah kena osa
rasanya rafizi pun akan menyusul

osa tu apa?
boleh TT ulas sikit?

average joe berkata...

bro tt, ada ulasan/update/pencerahan tentang kandungan tweet nizar ni?

mbnizar dengar khabar ade orangtu pi rujuk dari Queens council utk dapatkan tafsiran pengesahan kerajaan minoriti seandainya PRU13 rakyat berkalih?
about 1 minute ago · reply · retweet · favorite

-average joe-
klakka-la.blogspot: HOW ADVANCED! Part 1 (MAJU LAH SANGAT! Bhg 1)

Tanpa Nama berkata...

Tanpa Nama 5 Julai 2012 10:23 PTG

OSA ni Official Secret Act - akta yang digubal untuk melindungi benda-benda rahsia haha.. dengan kata lain rahsia kerajaan etc lar..

Tapi pasal uncleseeker tuh rasanya OSA takleh pakai sebab bukan rahsia kerajaan pon yang didedahkan tapi kerajaan johor.. tapi kemungkinan kerajaan johor angap benda tu juga rahsia kerajaan johor..

Payah nak dedah keburukan selagi ada OSA ni.. :)