Jumaat, 10 Ogos 2012

SELAMAT BERBUKA PUASA




PETANG YANG HANGAT ANGIN YANG PANAS


sudah masuk malam tujuh liku atau belum
apakah di sayong kuala kangsar
anak anak muda telah mula bermaian meriam karbide

apakah lampu minyak api telah dipasang

dalam kota ini tidak ada ambience
hanya membeli dan membelah

IKAN PACU ATAU IKAN RAJA




PASAR CHOW KIT
petang ini aku disana
meembeli buah
manggis
pisang
limau
mangga
sayang buah mangga tidak ada
yang dilihat menarik


paling banyak longan dari siam
barang makanan dari siam
harap bnerhati hati









GULAI ITIK
akus empat beli dua pakert gulai itik
tapi bukan untuk malam ini
masuk dlam deep freezer dulu
biar ranum kari dan daging

petang ini aku masak kari ini pacu
masak kari dengan terong dan bendir
ikan ini pernah aku rasa - enak
tetapi yang ini belum tahu

GULAI ITIK ACHEH KG BARU


BERBUKA
aku juga sempar beli kueh melayu
jadi petang ini aku
lebih hebat dari kelmarin
ada macam macam kueh mueh melayu

bulan puasa ini
mata kita lebih lapar dari perut



NOTA:
ada orang bagi tahu pada bulan puasa ini
shaitan dan iblis semua ini diikat
agar tidak menggangu manusia

lalu aku terfikir
kenapa bulan puasa sahaja syaitan diikat
kenapa tidak sepanjang masa
pasti manusia lebih gumbira
kah kah kah



16 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maksudnya : “Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Nabi saw telah bersabda : “Apabila datangnya Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu-pintu neraka dan dirantai/dibelenggu para syaitan.” (HR al-Bukhari dan Muslim)

Para ulama berbeza pendapat tentang maksud dibelenggu para syaitan. Ibn Hajar al-‘Asqalani menukilkan dari al-Halimiy yang menyatakan maksud dibelenggu itu mengandungi makna para syaitan tidak dapat sampai melakukan fitnah kepada umat Islam sepertimana diluar bulan Ramadhan disebabkan umat Islam menyibukkan diri dengan berpuasa yang berperanan melemahkan syahwat, demikian juga mereka sibuk dengan membaca al-Quran dan berzikir.

al-Syeikh ‘Atiyyah Soqr menyebut beberapa ulama yang mensyarahkan hadith ini menyatakan yang dimaksudkan dibelenggu ini ialah tidak dapat menguasai orang-orang yang benar-benar berpuasa dengan puasa yang sebenarnya, dengan meraikan setiap adab-adab termasuk memelihara lidah, pandangan dan semua anggota dari melakukan maksiat .....

Tanpa Nama berkata...

al-quran mewajibkan orang-orang beriman berpuasa supaya mereka bertaqwa..
Ini bermakna dengan sifat taqwa - manusia dapat mencegah daripada perbuatan mungkar. Perbuatan mungkar adalah sama dengan perbuatan iblis.

Tanpa Nama berkata...

jangan guna logik. mat serban marah kalau guna logik akal kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

sbb klau takdak setan. manusia tak dak worthy of being good and reject temptation.

keje setan menghasut. menghasut meyokong bn. hahahh

Tanpa Nama berkata...

Macamana ATHEIST berpuasa dapat pahala ke....?Baru tahun ni ke Hisham baru teringat nak puasa dah tua nak mampus,baru ingat tuhan ke....ha...ha....ha

Tanpa Nama berkata...

Kau yg patut pi mampus! Sbb ko bodoh & b'otak udang. Ko tidak pernah skola sbb tu ko tidak bijak utk mentafsir mesej sesuatu penulisan. Klu ko pernah b'skola pasti ko ni gagal dlm penulisan karangan, pengajian am dan sastera. Tu blm ceta pasal subjek BI, Sains...apatah lg Matematik... Olh tu, tak payahla ko sentuh hal2 pahala org lain & hubungannya dgn Tuhan...

Tanpa Nama berkata...

Maksud dibelenggu masih dibahas oleh para ulama terdahulu dan tiada kata putus. kapasiti berfikir ramai ulamak sekarang sangat lemah, jadi mereka terima sahaja semua dan seadanya. Pengulas 1:18PG diatas contoh terbaik syaitan belum terbelenggu...

Tanpa Nama berkata...

kahkahkah.. gua sudah penat la idup dengan golongan terlebih ishlam ni.. kat keliling pun setan2 belaker nak buat kawan pun..

waaaaaaaa... memang cilaka sungguh la dengan gulai itik tu.. pekat siot.. memang cilaka sungguh si penjual gulai itik tu.. gua sumpah cilaka sampai 7 keturunan.. sbb kasi gua tensyen tak dapat makan itik kg baru tahun ni.. kalo lu TT ada2 tu.. pos la mai kat gua di vladivostok sini...next week gua terpaksa beraya kat seberang jer..tokyo la..sbb kat sini tak ada feeling raya langsung..

lepas seminggu beraya... baru gua dapat balik mesia.. gulai itikkkkkkk.. nasi beringinnnnn... kg baru... waaa.. cilaka sungguhhhhh..

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah betul tak aku ckp mat serban marah kalau kita cuba guna akal

Tanpa Nama berkata...

ANON 7.27 LU YANG BODOH GUA HANYA MUSYKIL BUKANNYA MENGHUKUM.... LU YANG TAK SEKOLAH GUA BUKAN SEKADAR BOLEH BERBAHASA MALAYSIA MALAH SEPANYOL,PERANCHIS,MANDARIN JAPANESE,ARAB DAN HINDI GUA FAHAM....LU KALAU SETAKAT UNIVERSITY TAK HABIS JANGAN CERITA SAMA GUA....SASTERA ...ITU KACANG SAHAJA BUKAN SEKADAR SASTERA TEMPATAN MALAHAN SELURUH DUNIA GUA DAH KHATAM PABLO NERUDA,LEO TOTSKY ,HEMINGWAY.PAUL STIENBECK,SHAKES PEAR,AL GHAZALI DAN RAMAI LAGI GUA DAH BACA....MATHEMATIK KALAU SETAKAT CALCULUS JANGAN CERITA SAMA GUA ,LU FAHAM KE RIEMMAN MANIFOLD,MENKOWSKI SPACE,POINCARE CONJUNCTURE....KALAU SETAKAT SAINS LU FAHAM TEORI GRAVITY JANGAN CITE SAMA GUA QUANTUM THEORY,RELATIVITY ,COSMIC EXPANSION JANGAN INGAT LU SORANG PANDAI GUA ADA 4 DEGREE 1 PHD....itu belum gua cerita sama lu pasal ekonomi dan politik mahu lu ternga-nga tak faham

Tanpa Nama berkata...

Syaitan diikat ada setengahnya terlepas dari ikatan contohnya Isham masih boleh menulis blog hampeh didalam bulan Ramadhan

Tanpa Nama berkata...

NAK MELALAK ADA PHD DEGREE APA PERGI BERAMBUS LAH BUKAN KAT SINI TEMPATNYA!!

TULISAN KO MENUDUH TT SBG ATHEIST TU SATU PROVOKE, BILA TT DECLARE DIA ATHEIST?? MULA2 KO MAKSUDKAN MUSYKIL TIDAK MENGHUKUM, YG KO KATA TT ATHEIST TU BUKAN MENGHUKUM KE??

APA NAK HERAN ORG LAIN HENTAM KO BALIK DGN APA YG KO TULIS!!??

ITU PUN BARU DIA HENTAM KO SIKIT JE, 1 KAMPUNG KAU MELALAK, KALAU DALAM MAHKAMAH, KAU NI HAKIM SURUH CHECK TAHAP KESIHATAN MENTAL DULU, SBLM BAGI STATEMENT.

GILA ADA MACAM-MACAM GILA..
BUKTI MANA BUKTI??!!

BODOH ADA MACAM-MACAM BODOH..
ADA PHD PUN BODOH!!??

Tanpa Nama berkata...

Lu ada 4 degree & 1 phd? Fuiyoo..dari mana lu dpt? University Of Gajah Madah? Ha..ha...atau lu beli dari sindiket buat ijazah... Cara penulisan lu ni mcm org bengap, spt taraf murid2 UPSR... Ya, biasanya org bengap tdk akan mengaku bengap!

Tanpa Nama berkata...

adalah amat susah apabila kita menggunakan kedua-dua belah otak kita dalam 1 masa.

4 degree 1 PHD, tapi eja nama pun banyak salah?

mula-mula cerita pasal Ernest Hemingway - sastera, Leon Trotsky - revolusiner russia, Paul Steinbeck - ahli muzik dan akhir sekali William Shakespeare - ahli sastera.

Kemudian cerita pasal matematic. Ada calculus, Riemmanian Manifold, Minkowski space (physic mathematic) dan hinggalah Poincaré Conjecture (mengenai teori 3D sfera).

Kemudian dia masuk pula pada Quantum Mechanics punya teori. Relativity dan Cosmic Expansion.

Ini sudah menarik!

Mula-mula sastera, kemudian logik (matematik) kemudian kepada yang bertentangan dengan logik (falsafah fizik)!

Sib baik dia tak teruskan cerita ekonomi!

Ertikata lain, mula-mula fantasi, kemudian logik dan kemudian kontra logik?

WOW!!!

Bagaimana dengan makhluk ini, mula-mula ayam, kemudian keldai dan kemudian harimau?

WOW!!!

Inilah penangan 4 degree 1 PHD.

Eja salah pulak tu! Kata ada 4 degree 1 PHD.

Teruskan kepada kesimpulan - Mesti dia ni pemuda UMNO. Sebab dia bodoh! hahahahhahahaha

Unknown berkata...

erm..ikan pachu...sedap ka?aku makan isi dia macam liat sikit....aku pelik,macam mana ikan dari sungai amazon ni tiba2 boleh ada dalam sungai dan tasek kat malaysia..aku rujuk google earth,tapi x nampak pon yang sungai amazon bersambung dengan sungai kedah..tak besmabung pon dengan tasik kat belakang umah sewa aku dulu time kat bangi dulu..ikan seludup ni la yg menyebabkan spesis ikan tempatan pupus....kerajaan x serious la dalam bab menjaga spesis ikan ayaq tawaq tempatan..aku tengok kat astro,org amareka..tangkap ikan haruan kat sungai depa..kemudian bunoh..sbb ikan haruan ni duk makan spesis ikan tempatan kat amareka nuu..ikan luaq diseludup masuk..mula2 untuk bela..last2 dah boring,lepas dalam sungai..habis ikan seludup ni hantam makan ikan tempatan..yang tinggal hanya anak2 ikan yg hensem2 ja.. kalu kerajaan x serious dalam menangani isu PATI,aku rasa lps ni anak2 ikan akan terdiri daripada mamat bangla,nepal dan myanmar yang boleh tahan hensemnya...kahkahkah..

Tanpa Nama berkata...

ini komen lajen.. ini amat hebat