Khamis, 20 September 2012





DEMO BANTAHAN UMAT ISLAM  SELURUH DUNIA 



APAKAH SEBENARNYA  TUJUAN INNOCENCE OF MUSLIMS DI BUAT ?

Samuel  P. Huntington menulis sebuah artikel berjudul 'The Clash of Civilisation' untuk majalah Foreign Affairs pada tahun 1993. Kemudiannya dia menjadikan isi tulisan ini ke sebuah buku dengan tajuk yang sama pada tahun 1996. Buku ini mengajukan teori bahawa permasalahan dunia hari ini ialah pertembungan budaya (clash of civilisations).
Globalisasi dengan keterbukaan dunia tanpa sempadan ini akan mempertemukan pelbagai budaya. Pertemuan budaya ini tidak melahirkan silatulrahim tetapi mengakibatkan pertembungan. Ajaran dan nilai agama Buddha akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Majusi. Ajaran dan nilai penganut agama Islam akan bertembung dengan nilai dan ajaran penganut agama Kristian dan lain-lain. Inilah asas teori 'the clash of civilisation'.
Setelah membaca buku The Clash of Civilisation, saya tidak begitu percaya kepada teori ini. Justeru saya tidak mendaftar diri untuk menjadi penganut mazhab ini. Tetapi apa yang berlaku pada minggu ini — serangan dan kematian Pak Duta Amerika di Benghazi, Libya - menjadikan penganut teori ini melonjak yakin.
Warga Mesir, Libya, Yemen, Pakistan telah keluar menunjuk perasaan berdemonstrasi menyatakan kemarahan mereka terhadap filem 'Innocence of Muslims'. Di London warga Muslim keturunan India dan Pakistan juga telah berdemonstrasi di hadapan kedutaan Amerika.

sila baca seterusnya disini:

7 ulasan:

mek berkata...

Dear TT,
As usual,good article.


Berhujah berkata...

Laa susah2 ajer TT nih kan jalur Taliban ada didalam JAIS, JAKIM, HASAN ALI, PERKASA, DLM PAS pun ada juga, etc (klik disini)

Tanpa Nama berkata...

Salam TT,
Saya ternampak tulisan Majusi dalam tulisan TT.Sebenarnya puak Majusi nilah yang bunuh Hussein,cucu Nabi s.a.w.Tapi puak Syiah sudah menyeleweng dan mengatakan ahli Sunnah yang membunuhnya dan menuduh kita semua malaon. Jadi Amerika, Yahudi dan Syiah adalah satu kelompok/gerombolan yang paling celaka!
Tak percaya,tengok Israel tidak akan menyerang Iran sebab mereka tahu Syiah dengan Amerika dan Yahudi satu geng.Kah..Kah..Kah. Jangan melayu kena tipu lagi.Kah..Kah..Kah.

Hishamuddin Rais Pengecut Cabut Lari berkata...

butoh ar ko. x payah nk hipokrit. sosialis kominis cam ko sbnrnya bersorak riang bila Islam dihina

HISHAMUDDIN RAIS IALAH SALMAN RUSHDIE VERSI MALAYSIA!

Tanpa Nama berkata...

Puak kapir tau nk lawan umat islam secara 1 objektif mrk terasa kerdil... mencelarukan pemikiran umat islam supaya hilang fokus perpaduan adalah salah 1 jalan.. skrg tahap tertinggi sentiviti mrk permainkan.. aku cuma harap rally bantahan rakyat Malaysia biarlah jadi contoh terbaik utk dunia nilai... insyaAllah.

Tanpa Nama berkata...

Memang tu la hadis habaq nabi kawin Aisyah masa dia budak.... sebab sebagai orang Islam kena sampaikan semua takleh tipu kalau sahih nabi kawin ngan aishah masa dia budak takan nak habaq bohong pulak..?? Islam tak ajar berbohong..

Sebenar-benarnye orang hanya ambik apa dia suka.. Nabi menikah dengan Siti Aisyah diumur muda bukan la nikah terus2 beromen.. Nabi tunggu dia akil Baligh la.. Sila mengaji betul2.. jangan baca suka hati nanti jadi fitnah besar yang tak dapat diampun..

Semua Nabi buat ada hikmah bagi orang yang menkaji dan berfikir..
Nak habaq mak bapak ada kuasa veto nikahkan anak.. nak habaq nikah takda had umur tapi "bersama/beromen" tu ada... Bukan main redah ajo.. Sila bezakan "kawin" dan "Nikah".. kalau nak tahu adab kawin/beromen dalam Islam sila buka kitab2 yang berkaitan.. ada adab semua takda satu pon kata boleh rogol hatta budak kecik..

Setiap orang islam harus mengakaji betul2 belajar sampai faham supaya tidak menimbulkan fitnah.. dalam bentuk apapon.. Wallahualam..

semoga kita diselamatkan dan dihindarkan dari fitnah mereka yang dungu sesat dan melampaui batas.. Wallahualam..

Tanpa Nama berkata...

Kita sudah begitu banyak melalui peristiwa kutukan kafirun terhadap Nabi saw, namun organisasi yang membentengi umat Islam sejagat seperti OIC dan negara-negara Islam yang kaya masih dalam keadaan selesa dan tidak mengambil peranan sebagai badan yang memperjuangkan ketinggian Islam sehingga hari ini walaupun satu masa dulu ada orang MELAYU UMNO bernama Abdullah Badawi pernah mengetuai badan tersebut ... jadi perkara ini akan pasti terus berulang tanpa rasa ketakutan dari perlaku-laku yang biadap dari puak kafirun ...

Saya lebih merasakan kita harus memperbaiki keadaan dalam NEGARA kita sendiri dan harus berusaha meletakan ISLAM di tempat yang sewajarnya jika kita ini mengakui pengikut Nabi saw.. ...

Terdapat contoh-contoh jelas bahawa UMNO mengkhianati orang ISLAM lebih dari bangsa asing diluar negara maupun puak kafirun dalam negara ini. Contoh yang masih begitu ketara dan masih menunujukkan yang UMNO lebih ganas dari puak kafirun diluar adalah PERISTIWA PEMBUNUHAN ORANG ISLAM SECARA BERAMAI-RAMAI DI MEMALI. Tidak lama lagi kita akan melalui menenemui tarikh keramat 19 November, apabila kita harus mengenang kembali para syahid yang gugur atas perintah syaitan bertopengkan manusia yang menjadi pemimpin UMNO ketika itu yang masih ALLAH panjangkan umor mereka yaini MAHATHIR MOHAMAD dan MUSA HITAM. Kedua syaitan yang bertopengkan manusia ini sudah pasti akan mendapat tempat khusus mereka dalam NERAKA jahanam kerana membunuh pejuang ISLAM yang sedang berusaha menegakkan kalimah ALLAH sebagai dasar pemerintahan.

Bau hanyir darah masih melekat di tubuh badan Mahathir dan Musa Hitam hingga ke hari ini, atas rasa kebencian mereka terhadap ISLAM. Mereka adalah PEMBUNUH ORANG ISLAM yang masih dihadapan kita, bukan BUSH, bukan CLINTON, bukan OBAMA, atau bukan PUTIN tapi ORANG MELAYU yang tidak mahu melihat kalimah ALLAH tertegak sebagai tunjang pemerintahan negara ini. Mereka bukan BACILE atau RUSHDIE tapi mereka MELAYU UMNO yang benci kepada ISLAM ....

Jika kita disibukan oleh musuh ISLAM dengan kuman diluar negara, apakah kita BUTA terhadap GAJAH-GAJAH BUAS dan SERIGALA GANAS yang benci pada ISLAM dalam tanah air kita sendiri ....


Satu HARI ISLAM akan pasti membawa kemenangan dan keadilan buat pejuang-pejuang ISLAM yang mati di MEMALI ...

Ingat 19 November tarikh keramat UMNO membunuh pejuang ISLAM yang berusaha menegakkan peritan RASUL saw ...

OrangBaruLahir