Isnin, 29 Oktober 2012

4 NEGERI PAKATAN HARAMKAN KAMERA AES - SYABAS PAKATAN!



INI CONTOH 
 KAMERA AES  YANG TERBAIK

KOMENTAR TUKAR TIUB
inilaha bukti kerajaan pakatan

kameras AES yang baik
adalah kamera AES yang  menyembah bumi

pastikan kamera ini menyembah bumi
kerana  tujuan kamera ini ialah
untuk merompak harta rakyat

 INI CONTOH BELUM BERAPA BAIK
 

PAKATAN MAHU TANGGUH LULUS KAMERA AES DI NEGARANYA


KUALA LUMPUR, 29 Okt — Kesemua empat negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat (PR) telah membuat keputusan untuk menangguh untuk meluluskan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) yang mengesan pesalah trafik yang melanggar had laju dan lampu isyarat, kata ketua menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Beliau yang juga merupakan ahli parlimen Bagan berkata, ini bermakna lebih 40 peratus kamera tidak akan dipasang, mewakili 331 dari 831 kamera AES seluruh negara.

AES INI TUJUAN KAYAKAN KRONI
 
“Ini kerana Pakatan mahu menjaga kepentingan rakyat,” katanya.

Kamera AES kini dalam proses percubaan, dipasang di Perak, Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya dengan 14 buah kamera dipasang di jalan raya.

Lim berkata, kelulusan dari pihak kerajaan negeri diperlukan untuk projek yang melibatkan kerajaan persekutuan untuk membincangkan isu tanah.

Pihak berkuasa tempatan akan menangguhkan kelulusan untuk pemasangan kamera AES hingga mereka mendapat lebih banyak maklumat tentang penggunaan kamera tersebut,
 kata Lim.

DI SERDANG MAJLIS TEMPATAN WAJIB BUKA 
“Buat masa sekarang, kita akan tangguhkan dahulu untuk perbincangan.”

Beliau berkata, kerajaan negeri mahukan pandangan dari orang ramai terhadap kamera tersebut.

“Kita bukan nak galakkan mereka sesuka hati membuat kesalahan tetapi biarlah secara betul,” kata beliau lagi.

MARI BUAT RAMAI 
KUTUK NAJIB DAN ROSMAH

5 ulasan:

didi kota belud berkata...

demo depan kamira..bawak sepanduk..bawa kamiramen...bawak telur dalam seluar vesace....bawa badan dalam baju john master...poraaaahhhhh......lain kali bawa spray calour black fat...agak agak tak boleh tumbang sorang sorang ...parking jauh jauh..menyusup macam budak pusat lari pusat..panjat dikit dikit...presssssss....kabur,gelap...buta mata JPJ dalam bilik ekon.....lepas tu pegang telur sambil senyum.

Tanpa Nama berkata...

naik beSkal je la yob... malaysia ni kan sejukkk..!
KAH KAH KAH
yang macam aku yg xduit ni kena saman menangis woOo...
klu la diletak AES tu kat jalan 50-60km/j.. mau maut klu terlebih barang sedikit...
Jeng3..RM300 ratus direntaP dr pOket...
itu sekali..klu 2 kali? 3 kali? alahaii....
boleh pokai tau..! nyamPah!

Tanpa Nama berkata...

Salam TT,
AES semua rakyat tahu ini semua mahu 'modal buat piliharaya' bagi BN. ini juga strategi BN mengunakan isu keselamatan jalanraya untuk menghalalkan tindakan, semua rakyat boleh baca. namun, pihak PAKATAN dalam apa juga isu 'yang munasabah' mestilah menyediakan/mencadangkan alternatif yang lebih praktikal dan betul2 bertujuan baik. malangnya banyak perkara yang PR hanya memberi reaksi tetapi cara dan tindakan alternatif tiada. contoh baik seperti masalah air di selangor, rakyat nampak cadangan yang diajukan PR, tetapi banyak isu lain tiada. apa kata TT?

AgenAhSeng berkata...

Tanguh je la Brother.. kawtim sana sini nanti lulus la.. kah kah kah :D


Tanpa Nama berkata...

Tak de ke cara lain selain mengeluarkan wang dari poket orang ramai? Macam merotan ke? Ketuk ketampi ke? Kah..kah..kah... Yang x mendatangkan keuntongan ape2...
Sik nak duit, duit, duit shj....!