ramai pemimpin pakatan rakyat
telah dipanggil oleh polis
ramai telah mendapat pelbagai tuduhan
ramai sedmag di bicarakan
tian chua
mat sabu
azmin ali
rafizi
anwar ibrahim
cik gu bard
surendran
dan dan dan..
apa maknanya ini?
inilah bukti bahawa
spr adalah satu sistem yang diwujudkan
untuk memastikan
united malays national organisation terus berkuasa
bagaimana?
dalam peraturan spr
sesiapa yang didapati bersalah
dan di hukum lebih dari 2,000 ringgit
yang dihukum akan dinafikan untuk bertanding
ini bermakna ramai pemimpin pakatan
akan dinafikan hak untuk bertanding
tuduhan tuduhan ini sengaja disimpan
dan akan dikenakan apabila diperlukan
dari segi undang-undang
dari segi peraturan memang betul ada
tetapi undang-undang dan peraturan ini
sengaja diwujudkan untuk memastikan
united malays national organisation terus berkuasa
undang-undang gerombolan buat
mahkamah gerombolan punya
spr gerombolan tubuhkan
jelas - sistem ini sistem menipu
yang wajib kita lawan
bukan united malays national organisation sahaja
yang wajib dilawan ialah sistem yang menipu
sistem jahat yang berselindung
dibelakang hukum dan undang undang
Surendran dipanggil polis isu kempen IC kaum India
KUALA LUMPUR 4 Dis: Naib Presiden KEADILAN, N Surendran akan disoal siasat polis hari ini berhubung kempen isu kad pengenalan kaum India.
Beliau diminta memberi keterangan di Balai Polis Travers pukul 10 pagi.
Surendran ditemani peguam S Ambiga dan Latheefa Koya.
Dipercayai, siasatan itu berkaitan Himpunan Duduk Bantah – Tuntutan Warga Malaysia Yang Dinafikan Kerakyatan yang akan diadakan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Putrajaya 12 Disember ini.
Mahkamah tolak permohonan Mat Sabu
22 Februari 2012
GEORGETOWN - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Timbalan Presiden Pas Mohamad Sabu untuk mengetepikan kes fitnah mengenai isu komunis Bukit Kepong terhadapnya.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong, dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Beliau didakwa memfitnah anggota polis berkenaan dan keluarga mereka di Bukit Kepong, dalam satu ceramah di Tasek Gelugor Ogos tahun lepas.
Langkah Hijau: Tian Chua, Kee Kwong disoal siasat polis
KUALA LUMPUR 4 Dis: Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua dan Pengarah Jawatankuasa Disiplin, Datuk Dr Tan Kee Wong antara yang dipanggil polis hari ini berikutan penyertaan mereka dalam Langkah Hijau, 25 November lalu.
Turut dipanggil Setiausaha Tian, Rozan Azen Mat Rasip.
Mereka diminta memberi keterangan di Balai Polis Wangsa Maju jam 2 petang ini.
“Kelmarin (Ahad) terima panggilan polis minta hadir ke Balai Polis Wangsa Maju untuk soal siasat penglibatan saya dalam Himpunan Hijau Anti-Lynas,” kata Tian dalam twitternya.
------
4 ulasan:
Nampak memang akan menang besar la BN kali ini patut la yakin dapat 2/3 kerusi :)
Maknanya patah tumbuh hilang berganti. Satu p sepuluh dok menanti. Tak ketinggalan TT pun boleh ganti Rafizi. Pelapis cikgu bard sedang berbaris.
Peringatan juga pada PKR, parti tidak sabar. PAS cuma mengorbankan Mad Sabu. DAP bersih dari dakwa dakwi. PKR berturutan kena denda dan masuk penjara.
Alih2 Lembu punya susu, sapa yang dapat nama.
Kak Ijat tepuk tangan dalam kandang.
Macam mana nak elakkan dari pemimpin2 ini ditangkap, dibicarakan dan dihukum sehingga mereka tak boleh bertanding? Larang mereka dari berkempen, terlibat dengan demo?
umno perangai mace pondea,hoookalooh...dalam K.L ni TT lejeng......hok mana bue puak pondea pndea ni nok perintaa maleesia...benci aku...hokalooh....tolong aku TT...bue puok puok ni telanje sampe takdok baju.....bery situpid deh.i tubik 12 ni ... i main seruiss seriuss..mu puok umno,mu tengok lejeng main lagu mano..dont pelay do pire deh hok wheng gesek mu takdo api...kito tubik rama rama 12 jan...TUBIK FULL FORCE...KITO TENGOK SAPO LEJENG.....?
Catat Ulasan