Rabu, 2 Januari 2013

ANAK MUDA ROYALTI BERBASIKAL DARI KAY BEE UNTUK TURUN BERDEMO



ANAK MUDA ROYALTI
telah bergerak
dari kota baru
BERBASIKAL UNTUK SAMA
BERDEMO 12 JANUARI


Salam,

Berikut adalah liputan Hari Ke 2 CYCLING FOR ROYALTI KB-KL

Jam 8.30 Pagi ni Team C4-R bermula di Pasar Pagi Kok Lanas, dengan edaran 500 keping sticker, 500 keping buletin R, speaker conner oleh Pengarah C4-R, Saudara Jeming Hassan, ucapan dan perlepasan oleh YB Abdul Aziz, Ahli Parlimen Ketereh dengan Ustaz Nik Mahadi Mahmood, Penyelia Dun Kok Lanas.

Sambutan dari penduduk setempat sangat hebat, kira-kira lebih 200 orang penduduk hadir mendengar walaupun terpaksa berhujan lebat di pagi harini, Team C4-R akan teruskan misi kami ke destinasi seterusnya iaitu Bachok dan Pasir Puteh untuk jadual hari ini.

Lokasi yang sepatutnya jadi tempat pendaratan minyak dan gas hingga lah ke Pasir Puteh bagi aktiviti bertemu dengan masyarakat.

Di Pasir Puteh aktiviti kami adalah dengan mengadakan Ceramah Perdana R dlm jam 9mlm di Kg Gong Tinggi, DUN Semerak oleh Presiden R, Saudara Nazri Deraman dan YB Wan Hassan, ADUN Semerak pada sebelah malamnya.

Esok, 3 Januari 2013 InsyaAllah C4-R akan bergerak dari Pasir Puteh ke Kuala Terengganu. Dan pada tengahari, pihak R akan mengadakan Perhimpunan Aman DEDAH PENYELEWENGAN WANG EHSAN LESAP RM12.3 Juta di Bangunan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Negeri Kelantan pada jam 12.30 tengahari.

Maklumat lanjut, gambar terbaru & Live update sila ikuti di FB page kami: https://www.facebook.com/NGO.Royalti
Laporan dari:

Mohd Hisyamuddin Ghazali
Koordinator C4-R
Setiausaha R Malaysia
013-219 9643





--------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

semoga sahabat2 Royalti selamat sampai ke KL. Pastikan ada pengiring, awas dgn samseng2 UBN. jgn lupa bawak kamera :)

Tanpa Nama berkata...

salute anak muda kelantan menuntut royalti!!!!

berair mata aku tengok facebook, membuak-buak dada aku, tp apakan daya aku tak berkesempatan nak join semua ni.

ayuh semua rakyat, bagi sokongan padu disetiap tempat geng basikal ni lalu, gerakkan massa, SAMM setiap tempat kena bangkit gerakkan massa, org-org setempat ready dengan basikal, motor, beca dll sama-sama berbasikal sampai yg termampu.

ayuh, tunjukkan pada najib rosmah malaysia ni bukan mak bapak dioarang punya.

hidup rakyat!!!!!!! mampos umno!!

DIDI KOTA BHARU,SEPUPU DIDI KOTA BELUD berkata...

WOOOOK ALOH..ORE KAPUNG KAWE NOK NAIK KEY EL...WOOO..SUKO SUKO....KAYUH DERAS KEY...SEBELUM TUBIK RUMO..SEMAYANG JANGA TINGGAL...MARI MARI MARIIIIIIIIII......KITO SUKO ...KITO SUKO........