Rabu, 2 Januari 2013

RAKYAT WAJIB BANGKIT UNTUK JATUHKAN KERAJAAN



SIAPA MAMAT INI?


HIMPUNAN HIJAU
DI KUALA KUMPUR
12 JANUARI


Tiga Sekeluarga Mati Akibat 

Tekanan Pemaju Projek RAPID 

Pengerang: SAMM Desak 

Rakyat Bangkit!

Sudah hidup susah itu adalah lumrah, namun apabila segelintir rakyat susah ini dihimpit ke dinding tanpa kompromi sewajarnya maka jalan yang diambil bukan kepalang kesannya kepada masyarakat. Itulah yang berlaku di Pengerang semalam, tiga sekeluarga ditemui mati kerana tidak mampu bertahan dengan tekanan hidup apabila dihalau dari tanah yang dimastautin sejak sekian lama.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak rakyat seluruh negara agar tidak memandang remeh peristiwa hitam yang berlaku di Pengerang ketika satu demi satu tanah dirampas demi melampiaskan nafsu konglomerat membawa pembangunan yang tidak seiring keperluan setempat. Peristiwa kematian tiga sekeluarga ini merupakan simbol penting kebangkitan rakyat dan api kemarahan rakyat ini harus diterjemahkan pada 12 Januari 2013 yang dikenang sebagai hari kemarahan rakyat secara aman. 

SAMM juga menyarankan supaya rakyat seluruh tanahair mulai saat ini berhenti mengeluh dan terus bangkit melawan kezaliman rejim penguasa. Walaupun ditekan, walaupun dihimpit dan dipijak, rakyat diseru untuk tidak mengambil jalan akhir mencabut nyawa tetapi terus bangun dari keresahan lantas bertekad untuk membunuh keegoan dan kekuasaan regim pemerintah. Inilah peluangnya, inilah saat penting seluruh kekuatan rakyat disatukan pada 12 Januari 2013 yang ditakrif Hari Kebangkitan Rakyat.

SAMM seluruh negara ketika ini dengan kerjasama kelompok muda penggerak massa, sedang dalam peringkat akhir hasutan yang menjengah ke seluruh negara. Setakat hari ini, lima dari dua belas venue telah berlangsung pesta menghasut rakyat turun ke jalanraya bagi tujuan memberi amaran keras buat regim pemerintah betapa 1 juta rakyat berani akan hadir ke Kuala Lumpur di samping menuntut saki baki demokrasi yang membolehkan regim syaitan ditumbangkan. Kemuncaknya ialah sepanjang petang dan malam 11 Januari di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru, dijangka lebih 50ribu rakyat yang hadir terawal akan bersama mengira detik masuknya tanggal 12 Januari 2013.

Janganlah kita jadikan kematian Keluarga Pang suatu kematian yang sia-sia! Kematian keluarga Pang adalah merupakan simbol rakyat bangkit melawan lantas mengusir Barisan Nasional dari tahta penguasa. Ayuh 1 juta rakyat berani turun 12 Januari 2013. Demi Rakyat, Demi Negara!
Che'Gubard

Ketua Penyelaras

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM




------

11 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

nampaknya gerombolan melalui kuasa cukong masih tak sedar kemarahan rakyat. makin ditolak makin kejam!

KITA TURUN!!!! #KL112!!!!

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

encik azlan tu.....dah lah tomby,rambut gerbang...merah pulak tu...macam orang laut dah aku tengok.....?...encik azlan ni jangan memain..beli skru driver 3000 hinggit kau...entah apa yang disekeru dengan sekeru derebar tu....kang tersekereu kacang kacang kang..haaa....hehehehehe...sorry yer..mamat ni tak suka perempuan..kah kah kah....walaupun tomby....

redz berkata...

Kahkahkah...Bangkit dan berlawanlah kamu...
http://xg3ax.blogspot.com/2013/01/pihak-bnmelangkah-dengan-bergaya-tahun.html

Tanpa Nama berkata...


Woit ! Ada nampak dia kat
lorong haji taib 3 tiap2 sabtu.
Dia ni suka ice cream bhai

Tanpa Nama berkata...

Seolahnya orang Islam tidak lagi peka dengan isu kalimah Allah digunakan di bible kerana syok sangat nak undi dan kuasa.

Tanpa Nama berkata...

Sudah la anom 12:54, bodoh!

Tanpa Nama berkata...

Ini Ajalina LGBT>Kah..kah..kah.

Tanpa Nama berkata...

Punca gejala penkid merebak di malaysia ni.. Sebab mamat ni la

Tanpa Nama berkata...

Samakan cara diaorang mati sebab tak puas hati kat pemerintah..kat tunisia bakar diri..

Tanpa Nama berkata...

Anon 12.54
Mereka2 tu pejuang2 ideologi spt yahudi mabuk.. beribu ekar tnh kelantan DAP laknat dpt secara GRATIS.. tnh pengerang rakyat dpt pampasan.. ldg rakyat kelantan dpt HAMPASAN

FIRDAUS SI KECIL... berkata...

MASA BERCAKAP SUDAH TAMAT...MASA UNTUK MELANGGAR....LANGGGARRRRR.......!!!!!