Jumaat, 4 Januari 2013

HANYA SATU PILIHAN - KITA TURUN KE JALAN RAYA



 UMUR SUDAH 77 TAHUN
TAPI 
LAWAN TETAP LAWAN
PAK SAMAD AKAN TURUN
PADA MALAM 11  JANUARI
akan bersama
KEBAGKITAN RAKYAT 12 JAJNUARI
Pembangkang Desak Pengurusan 
Stadium Merdeka Segera Lulus 
Lokasi Himpunan Aman 12 Jan
KUALA LUMPUR: Pembangkang pada Jumaat mendesak supaya pihak pengurusan Stadium Merdeka menyegerakan kelulusan permohonan lokasi Himpunan Kebangkitan Rakyat yang dijadualkan akan berlangsung secara aman di stadium itu pada 12 Januari ini.
Pengarah Sekretariat Himpunan Kebangkitan Rakyat, Mohamad Sabu berkata, ini kerana ia adalah kehendak Perdana Menteri, Najib Razak sendiri yang mencadangkan supaya Stadium Merdeka digunakan untuk tujuan mengadakan perhimpunan.
"Maka kita memohon Stadium Merdeka dan berarap agar pihak stadium mematuhi arahan dan saranan Perdana Menteri.
"Oleh itu, kita harap kelulusan disegerakan supaya pihak kami, sekretariat dan sebagainya dapat menjalankan kerja dengan licin dan teratur," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PAS di sini, Jumaat.

Mohamed Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS berkata, sekretariat sudah mengemukakan permohonan rasmi kepada pengurusan Stadium Merdeka tetapi sehingga kini masih belum menerima sebarang maklum balas.
Sehubungan itu, beliau meminta kelulusan itu diluluskan dengan segera bagi memudahkan tugas sekretariat di samping pihak polis dapat menyediakan garis panduan keselamatan pada himpunan.
Ini kerana katanya, pihak sekretariat sudah menghantar surat kepada Ketua Polis Dang Wangi pada 2 Januari lalu berkaitan dengan kerjasama berhubung keselamatan semasa himpunan berlangsung.
"Polis juga berharap supaya pihak stadium menyegerakan kelulusan tempat perhimpunan yang akan berlangsung pada 12 Januari ini.
"Polis sudah memaklumkan menerima surat pemberitahuan itu. Setakat ini kerjasama begitu baik dan berjalan lancar," katanya.
Beliau menambah, selain surat kepada Ketua Polis Dang Wangi, sekretariat turut menghantar surat kepada pejabat Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar bagi mengadakan pertemuan antara pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan polis mengenai keselamatan perhimpunan dan gerak kerja menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13.

Ditanya apakah tindakan sekiranya permohonan menggunakan Stadium Merdeka tidak diluluskan, Mohamad Sabu bagaimanapun yakin ianya akan mendapat kelulusan.
"Ia akan diluluskan kerana Perdana Menteri yang membuat 'titah'. Perhimpunan tetap akan diadakan.
"Pilihan pertama adalah Stadium Merdeka, pilihan kedua Stadium Merdeka dan pilihan ketiga Stadium Merdeka. Kami jamin himpunan ini merupakan perhimpunan paling aman," katanya mengenai perhimpunan yang menyasarkan kehadiran sejuta rakyat itu.



-----------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Woiii.... The "Black Rose 1.0" dah keluar wei...Mat monggol dah cabut lari Kah..Kah..Kah..

http://harismibrahim.wordpress.com/

bengkak berkata...

woit TT. kau dah bangun tido blom? kau tido kat johor? jom la sarapan... tapi itik takde kat jb..kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

adey suda baca itu cerita.
stim wooooooo baca

DIDI KOTA BELUD yang sebenar berkata...

KALAU TAK LULUS PUN TAKPER...AKU LANGGAR JE.......JANJI DEMO........KALAU NAMPAK MUKA KELAT KELAT TU...AHHH ITU SB SB TU..JAUHKAN DIRI ANDA DARI MEREKA..BUKAN APA...TAHAN KE CIUM BAU ANJING...HEHEHEHEHEHEH