Rabu, 20 Februari 2013

SPR TERUS MENJALANKAN PENIPUAN






MEMERHATI UNTUK MENIPU

Pada 22 Disember 2008 saya telah sampai ke  Dhaka. Saya ke Dhaka kerana telah dijemput ke Bangladesh untuk menjadi Pemerhati Pilihanraya Umum Bangladesh 2008. Saya adalah sebahagian dari delegasi ANFREL – Asian Network For Free and Fair Election.

Tim ANFREL adalah sebahagian dari  beberapa  tim yang diterima sebagai Pemerhati  oleh Lembaga Pilihanraya Bangladesh. Ada tim dari Eropah, ada tim dari PBB, dari Amerika dan ada tim dari  Bangladesh sendiri. Dari ANFREL kami  telah diberi taklimat oleh Lembaga Pilihanraya Bangladesh. Kami berbengkel, berbincang dan kemudian dihantar ke wilayah yang ditugaskan.

Bunyinya cukup gah. Tetapi sebenarnya Pemerhati Pilihanraya ini adalah penipuan besar.  Tugas besar pemerhati pilihan raya ini ialah untuk menghalalkan penipuan pilihan raya yang telah selesai dijalankan.  Bunyi ayat  saya ini agak kasar. Tetapi inilah hakikatnya. Biar saya jelaskan disini kenapa saya mengatakan Pemerhati pilihanraya ini adalah satu penipuan.

Pada PRU13 ini Suruhanjaya Pilihan Raya telah bersetuju untuk menerima Pemerhati. Penerimaan ini bukan kerana SPR telah menjadi lebih telus dan bersih. Jauh sekali. SPR adalah badan yang telah merancang  sistem pemilihan untuk memastikan ‘tuannya’ menang. Lembaga ini akan terus menjadi barua setia kepada United Malays National Organisation. 

Apa yang memaksa SPR menerima Pemerhati  ialah kerana dalam PRU13 ini nanti yang akan  menjadi  ajenda berita dunia ialah ombak jalan raya. Ombak jalan raya telah menjadikan PRU13 sesuatu yang wajib diberi perhatian oleh ajensi berita  dunia.  Jika tidak ada  ombak jalan raya tidak ada sesiapa ambil ‘pot’  tentang pilihanraya  yang akan berjalan  di Malaysia. Siapa  pernah ambil pot pilihan raya   di Pulau Mauritius, di Senegal atau di Singapura. Khalas.

Kalau di Tunisia tidak ada demo kita semua tidak sedar bahawa wujudnya  First Lady Tunisia yang perangainya  sama macam perangai Rosmah Mansor. Jika tidak ada demo di Medan Tahrir , maka kita tidak sedar rupa-rupanya  Presiden Mesir  Hosni Mubarak  serupa macam Mahathir Muhamad memerintah  dengan zalim selama lebih dari 20 tahun.

Demo di Tunisia, di Mesir, di Jordan , di Bahrain – telah menjadikan ajenda peralihan kuasa satu ajenda dunia. Anak-anak muda yang turun ke jalan raya di Dunia Arab telah menjadi contoh perjuangan melawan kezaliman. Penipuan demi penipuan dalam pilihan raya di Mesir  yang telah dibongkar. Berita penipuan pilihanraya  ini menjadi berita dunia.

Semua ini memperngaruhi iklim dan suasana politik di Malaysia. Sesudah PRU tahun 2008  kelihataan jelas  kuasa hegemoni United Malays  National  Organsiation telah retak dan menunggu masa untuk hancur  berderai.  Elit politik dan elit ekonomi Malaysia sedar bahawa satu lagi ombak besar dijalan raya pasti akan mengkebumikan mereka semua.

Elit Ketuanan Melayu  mula  merancang. SPR sebagai barua yang setia mula menjalankan tugas.  Justeru, ajenda besar SPR ialah ‘ memastikan’  orang ramai dan rakyat Malaysia  menerima keputusan PRU13 ini nanti. SPR juga mahu masyarakat dunia menerima keputusan pilihanraya kali ini.  PRU13 kali ini menjadi perhatian dunia , justeru wajib dilihat telus dan bersih.

Justeru,  SPR menerima  kedatangan Pemerhati dan Pemantau pilihanraya. Ini sebenarnya adalah  adalah sebahagian dari taktik dan straterji untuk mengolah persetujuan orang  ramai.

Kita semua sedar kerajaan hari ini adalah kerajaan haram yang ditubuhkan melalui undi tipu dari Sabah. Bakal pengundi dan orang ramai  tahu  melalui penipuan United Malays National Organisation dan kuncu-kuncunya dalam Barisan Nasional telah menang dan akan menang lagi. Mereka menang bukan kerana sokongan rakyat. Mereka menang dalam PRU13 nanti bukan kerana rakyat yakin dengan kepimpinan mereka. United Malays National Organisatiohn menang kerana undi tipu.

Justeru para Pemerhati dan Pemantau akan  menjadi alat terbaik untuk ‘menghalalkan’ penipuan ini.

Bayangkan, sebelum ini ,  setiap   kali pilihanraya umum atau  pilihanraya kecil diadakan pelbagai badan NGO tanah air telah meminta untuk memantau. Semuanya ditolak. Semuanya diperlekeh oleh SPR.  Tetapi kenapa kali ini – dalam PRU13  -  tetiba SPR  berbesar hati menerima Pemerhati. Ini bukan kerana  ada undang disebalik batu. Ini kerana ada  Mat Najib tersorok  dibelakang bontot Rosmah.

Kita diberitahu  bahawa ada Pemerhati dari Negara Asean. Kah kah kah... kita ketawa besar bila mendengar nama ASEAN disebut. Membawa Pemerhati dari Asean ini samalah saperti membawa Pemerhati dari Saudi Arabia. Semuanya hampeh. Mustahil Pemerhati dari negara-negara Asean ini akan berani bekata  ‘ada penipuan dalam pimilihan’. Mustahil Pemerhati ini berani menyuarakan bantahan.

Pemerhati dari Negara Asean ini ini adalah tamu kepada SPR – bermakna tamu kepada United Malays National Organisation.  Yang datang menjadi Pemerhati ini pastilah pegawai kerajaan atau bekas pegawai kerajaan. Mustahil    Tan Seri Lee Lam Tye atau  Datuk  Vilapan  atau Tun Ahmad Sarji akan berani berkata “ pemilu di Indonesia ini tipu...’  atau  ‘ pilihan  raya di Thailand ini tidak telus....’ Mustahil.

 Malah para Pemerhati ini sebagai tamu SPR akan  bekerja keras ke hulu ke hilir membuka mata – memerhati. Kerana mata letih memerhati maka kaki mereka akan diurut siang dan malam oleh tukang urut dari Kazakhtan di Bukit Bintang. Inilah seronoknya menjadi Pemerhati.

Sebelum Pemerhati Asean ini  telah pernah Malaysia membawa Pemerhati Dari Negara Commonwealth. Ini lagi lawak.  Mamat Mamat dari Afrika ini  cukup seronok datang bercuti dan bershopping di Kuala Lumpur. Laporan mereka   lagi lawak: ‘ ... We witnessed  a free and fair erection... oops election  in Malaysia...’. Ini kenyataan  Mister Wadunga Wadungi dari Kenya.

Jelas disini Pemerhati dan Pemantau ini  akan digunakan sebagai ‘ juru cakap’  baru. Ini   kerana cakap SPR sendiri tidak lagi dipercayai  oleh orang ramai. Pada malam sesudah pengiraan undi berjalan SPR akan membuat pengumuman. United Malays National Organisation akan diistiharkan menang lagi.  Seluruh  negara akan ketawa kah kah kah. Tidak ada sesiapa akan percaya.

Maka disinilah peranan Pemerhati dan Pemantau. Para Pemantau dan Pemerhati akan muncul di kaca tv. Mereka akan sibuk ditemu bual oleh  Media.  Pemantau dan Pemerhati akan membuat kenyataan bahwa  bahawa TIDAK ada penipuan dalam  PRU13.  Untuk menyedapkan cerita si Pemerhati ini juga akan mengatakan bahawa ada beberapa ‘.... ada gangguan telah berlaku di Kampong Sana.... ada pengundi yang hilang nama di Kampong Sini... tetapi keseluruhan PRU13 ini adalah adil , telus dan bersih...’

Untuk terus meng - aji no motokan kenyataan mereka Pemerhati dan Pemantau ini akan membuat beberapa cadangan. Contohnya: Payung hendaklah disediakan kerana kemungkinan hujan akan berlaku. Contohnya:   Tandas wajib disedia berhampiran tempat mengundi  dan dan ....seribu satu macam cadangan remeh lagi temeh untuk memastikan mereka dapat diurut sekali lagi oleh China Doll.

Dua badan NGO Malaysia - National Institute for Democracy and Electoral Integrity (NIEI) dan Transparency International telah menarik diri dari menjadi Pemerhati. NIEI telah menolak jemputan SPR kerana badan ini tidak mahu dilihat bersekongkol  dengan SPR untuk menipu rakyat Malaysia.

NIEI membocorkan kepada umum bahawa sebagai Pemerhati dan Pemantau mereka  tidak dibenarkan membuat kenyataan kepada akhbar melainkan  telah  dipersetujui  isi kandungan kenyataan itu oleh SPR. Para Pemantau dan Pemerhati tidak dibenarkan mengambil gambar kalau ternampak ‘duit beli undi’ sedang bertukar tangan. Gambar hanya boleh diambil sesudah mendapat  persetujuan SPR. Pemantau dan Pemerhati tidak boleh bercakap dengan orang awam. Laporan   akhir akan diberikan kepada SPR bukan kepada Rakyat Malaysia atau media.

Pemerhati dan Pemanatu ini akan dipaksa  menanda tangani Aku Janji untuk patuh kepada SPR.  Untuk menjadikan lawak bodoh ini lawak seram – para Pemantau ini akan pula di pantau pula oleh SPR. Kah kah kah.

Apa yang saya tulis ini bukan fitnah. Ini adalah sebahagian dari syarat yang telah dikenakan oleh kepada Pemerhati dan Pemantau. Justeru kerana inilah saya amat  yakin bahawa Pemerhati dan Pemantau ini adalah alat untuk menghalal  keputusan PRU13 yang akan dimenangi oleh United malays National Organisation dengan jalan menipu.

Sila tersenyuam apabila saya nyatakan bahawa Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Federation of Chinese Association of Sabah ( FCAS) adalah diantara 16 badan yang akan menjadi Pemerhati dalam PRU13 ini.   Meminta MBM mengeluarkan kenyataan tentang penipuan undi Pendatang Haram di Sabah  samalah saperti meminta Mokhzani Mahathir mengeluarkan  kenyataan bahawa meniaga arak itu haram untuk Orang Islam.  FCAS ini pula kalau di Semenanjung ianya samalah saperti MCA. Justeru mustahil MCA  sebagai Pemantau akan mengakui  bahawa ada penipuan berlaku dalam pilihan raya.

Dua  minggu  saya bertugas sebagai Pemerhati  di Bangladesh. Kehadiran saya sebagai Pemerhati dan Pemantau tidak membawa apa-apa perubahan struktur kepada sistem ekonomi Bangladesh yang semakin parah. Malah saya bersubahat  untuk memberikan ilusi  kepada warga miskin Bangladesh bahawa dengan mengundi maka perubahan akan berlaku. 

Hanya satu bezannya Pemerhati di Bangladesh dan di Malaysia.  Di Bangladesh saya tidak menanda tangani apa-apa AKU JANJI. Jika saya menanda tangani Aku Janji maka tidak mungkin tulisan ini akan lahir. (TT)



 NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggar akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40- 45
 


NOTA:
tulisan ini telah disiarkan
oleh SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggar akhbar
mingguan ini sila pukul talipon:
03-22-72-40- 45
















-----------

7 ulasan:

sham x-pelarian(coward) berkata...

Bodohlah lu sham,kalau ada penipuan tunjukkan bukti dan bawalah ke tengah.Setakat lu cerita macam tong kosong,pariah jual botol pun boleh.

Kes pengundi hantu pun lu tak boleh bagi bukti,tahan bas sana,tahan bas sini macam bangang tapi akhirnya malu sendiri.

Apa kata PRU13 ni lu kerja kuat sikit cari bukti.Zaman sekarang bukan semua orang bodoh macam lu,semua maklumat dihujung jari.Teknologi berada dimana2,taik sebesar gajah tak boleh ditutup dengan kertas surat khabar suara keldaian la dey.Kalau betul ada bukti penipuan baru orang boleh percaya.

ORIGINAL DIDI K.B berkata...

Wei sham coward...RCI sabah bercakap dah lama lah...kata it punya budak..hujung jari....apa .....tara baca kah........oh ya...itu bukan bukti kan....itu capati...aleh...mcm puok ko selalu cakap...dicapati....isham....tolong tambat seekor ni...terlepas condo ni.......taik berjurit........

Tanpa Nama berkata...

bangang bangang bangang binatang yg pakai
sham x-pelarian(coward) berkata...

woitt respeklah
tabik spring kat Pak TT pernah masuk ISA, masuk penjara kat India, Rusia, Australia dll sbb berjuang utk rakyat tertindas di dunia. Pak TT pernah ke Lebanon utk perjuangan Palestin, bukan dtg melawat sehari dua ja.

Pak TT berani bukan mcm Najibah menteri wanita
kahkhkahkah pencacai sudah takut
sudah kecuttt

pencacai, kau sembahlah mahafiraun tu, bersyahadahlah UMNO ITU PARTI PILIHAN ALLAH MEMERINTAH MALAYSIA DULU KINI DAN SELAMA-LAMANYA


Tanpa Nama berkata...

Dey....itu ic ada kasi itu sana sabah punya..itu madey kasi tatak kila bukti ka.eyooo.

OPOriginal Kodiang berkata...

setakat jadi pemerhati pilihanraya asia je...lain le kalau naib presiden konglomerat a/bngsa... maap cakap no!!!sikit pun tak leh nak respect kat tt...tau pun dia ni manusia pelarian n tetap berjiwa pelarian berjiwa panas dlm perjuangan... org lari bukan tenteram (penat n hilang akal)... byk idealogy yg masuk kepala... last2 jadi sewel...Tak tau nak beza yg baik n buruk (perjuangan le kata kan) dari tahanan isa.. jadi pelarian seantario benua ( semua kuda dia tunggang - dari india ke eropah n yg special tu tok arab lebanon yg mata biru)...last2 blk dok bawah ketiak DSAI...last2 tikam kawan dlm PR

Tanpa Nama berkata...

PALUI LA LU SHAM EX PEROGOL.

INI URANG SABAH MAU CAKAP. MEMANG KAMU ORG MALAYA SPESIS UMNO ADA GELARAN TERSENDIRI DI KALANGAN KAMI. TIDAK SUSAH WOH MAU SEBUT...KAMI PANGGIL MELAYA PUKIMAK SAJA.

KAU BILANG TIADA BUKTI? HABIS KAU PUNYA BAPAK AYAM UMUR 200 TAHUN NAMA MAHATHIR TU APA YG DIA MENGAKU????

KAH KAH KAH KALAU DI MELAYA, PANGGIL "NYANYUK", KALAU DI AMERIKA PANGGIL SENILE....KALAU KAMI PANGGIL ORANG TUA LALI NDAK PANDAI MATAI...KAKAKAKAKAKAK MATAIIII!!!!

KAU PUNYA GOD FATHER OF HELL MAHATHIR LAH PUNCA SEGALA MASAALAH DI NEGERI KAMI. JAHANAMMMMMM...BERAMBUS KAMU KELUAR, NAIK KEPALA...BLOODY AUTHORITARIAN!! INI NEGARA DEMOKRASI LA MULAUUUU, KALAU MENGUNDI SELAIN UMNO DI ANGGAP DERHAKA, BAGUS INI NEGARA JADI MCM BRUNEI, SISTEM MONARKI. KAU LANTIK LA ORG TUA UMUR 200 TAHUN TU JADI SULTAN...DAUPALATTTT MAHADEATH!!

SIA TATAP UNDI PR, PIGI MAMPUS LA KAMU MELAYA DI SANA, FIXED DEPOSIT FORESKIN DATUK KAU!

Tanpa Nama berkata...

melayu...melayu....melayu...
jiwa hamba...betul...hamba pd tuhan jer..bukan pd manusia atau bayangan Allah...

syahadah pencacai:
1.aku naik saksi bahawa tiada tuan yg disembah melainkan tuanku, bayangan Allah di muka bumi.

2.aku naik saksi bahawa yg maha mulia tak ada dosa salah Tun Dr. Mahathir Mohamed a/l Iskandar Kutty adalah khalifah Allah

3.aku naik saksi bahawa hanya UMNO parti pilihan Allah memerintah MALAYSIA DULU, KINI DAN SELAMA-LAMANYA.