Khamis, 28 April 2016

TANDA DAN MAKNA






CUACA PANAS

MENGUBAH

SEMUA ALAM

APA KAMU

MASIH TIDAK 

SEDAR TANDA

DAN MAKNA

730 kes mangsa patukan ular sejak Januari

PUTRAJAYA - Sebanyak 730 kes mangsa dipatuk ular dengan satu kematian dilaporkan di seluruh negara dari Januari lepas sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Dr S.Subramaniam.

Beliau berkata, Kedah merekodkan jumlah tertinggi kes patukan ular iaitu 195 kes diikuti Perak (107 kes) dan Selangor (78 kes) manakala satu kematian berlaku di Kelantan.

Beliau berkata, perlu dapatkan rawatan kecemasan dengan segera di hospital atau klinik kesihatan berdekatan sekiranya terdapat mangsa yang disyaki dipatuk ular.

"Jangan buat apa-apa yang lain seperti potong luka, jangan cuba keluarkan air atau bisa atau darah dari tempat patukan. Juga tidak perlu ikat luka dengan kain.

"Pergerakan bahagian badan yang dipatuk ular perlu dikurangkan dan mangsa perlu ditenangkan. Segala keputusan mengenai memberi antivenom atau tidak akan dibuat oleh doktor," katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Dr Subramaniam juga memberi jaminan terdapat bekalan antivenom di 139 buah hospital kerajaan di negara ini dan sekiranya ubat penawar bisa ular itu kehabisan di sesebuah hospital, ia boleh dihantar ke hospital itu.

Katanya kebanyakan kes dipatuk ular di negara ini melibatkan ular tidak berbisa dan menurutnya doktor akan menentukan jenis antivenom yang akan diberikan dengan perlu mengetahui jenis ular yang patuk berdasarkan ciri-cirinya.

"Ini tidak bermaksud kita kena tangkap ular dan bawa ke hospital. Kalau pihak Bomba atau Perhilitan sudah tangkap ular itu, mereka boleh serahkan di hospital untuk bantu doktor," katanya.

Menurut Dr Subramaniam, terdapat dua jenis antivenom iaitu yang spesifik terhadap satu jenis ular atau 'mono-valent' dan kombinasi beberapa jenis ular atau 'poly-valent'.

Katanya susulan kes kematian pelajar Tahun Satu akibat dipatuk ular baru-baru ini di Kelantan, buat masa ini belum ada keperluan untuk antivenom dibekalkan di sekolah-sekolah kerana ia hanya boleh diberikan oleh doktor dalam keadaan terkawal.

"Antivenom tidak boleh diberikan oleh sesiapa kerana risikonya. Risiko antivenom adalah lebih besar berbanding patukan ular itu sendiri. Seseorang itu mungkin menerima tindak balas daripada antivenom kerana ia diperbuat daripada serum kuda. Apabila disuntik dengan serum haiwan, tubuh manusia akan bertindak balas dan kami perlu mempunyai kemudahan untuk memulihkan pesakit yang dirawat itu," katanya. - Bernama

woit

tidak ada apa

perlu ditambah

satu ingat untuk

kita semua

apakah kita masih

gagal memahami?

 

-------------------

6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maksudnya jika nampak orang yang fael macam Hadi dengan ular... pukul orang fael Hadi dulu... sebab ular ada antivenom sedangkan fael Hadi tiada ubatnya.

Fael Hadi = cakap belit2 @ u-turn

panglimo potaseh berkata...

Hemdulilah .. kita bernasib baik sebab tukang jaga kes ular ni adalah Pak Subramaniam. Tapi ari tu, Kak Mah kita juga ada bagi nasihat pasal ular. Yang aku heran, selepas Kak Mah bagi nasihatnya yg masyur tu, makin banyak pulak ular keluar .. kahkahkah

Ular Kak Mah yg sekor tu, dengarnye tak matuk ya, tapi membelit .. belit lagi seksa dibuatnya sebab ia membunuh cara pelahan. Bila pulak agaknya ular Kak Mah ni nak berenti membelit .. Chedet dah bising dah ni .. jgn mara saja tanye.

Tanpa Nama berkata...

ini tanda tanda per ingatan dari ALLAH bila mati JAHIL susah dalam KUBOR

ular ular KUBOR sudah keluar dari TANAH

ber ingat sebelom KIOK

KUBOR panas maka ULAR akan keluar seksa gigit dalam KUBOR

Mat LAHAP

Mat KAMPAU

Mat BOROI

Semua kena ingat sebelom KIOK

Sudah KIOK tak guna bilyon bilyon dah

Nazrio berkata...

Negeri2 yg bermasaalah tukar2 MB
PaLing banyak di kunjungi di patok uLar
KecuaLi Terengganu....
Apakah sebab nya.?
Adakah Sebab uLar
Dah ada kat sanaaa Ker.?

Nazrio berkata...

NSiapa uLar..?
Tukar MB

Semua Negeri2 yg bermasaalah
tukar2 MB PaLing banyak
di kunjungi dan di patok uLar
KecuaLi Terengganu....

Apakah sebab nya.?
Adakah Sebab uLar besar
Sudah ada kat sanaaa Ker.?
Kat Terengganu
sudaH ADA uLar...Ker.?
Note.....
Beliau berkata, Kedah merekodkan jumlah tertinggi kes patukan ular iaitu 195 kes diikuti Perak (107 kes) dan Selangor (78 kes) manakala satu kematian berlaku di Kelantan.

Tanpa Nama berkata...

ini maknanya ular streess sedang cari ayam stress..ayam thailand mahal lagi la stress...