Jumaat, 29 April 2016

USTAZ MODEN DAN COOL






USTAZ MODEN

DENGAN

USTAZ COOL



Ustaz ‘moden’ diperlukan di Malaysia, bukan Sarawak sahaja

 | April 28, 2016
Wan Ji berkata, agamawan perlu mempunyai sikap selagi ada pandangan yang mengatakan tidak haram, pandangan tersebut wajar dikemukakan sama.







PETALING JAYA : Penceramah bebas, Wan Ji Wan Hussin berkata, ciri-ciri ustaz ‘moden’ yang disifatkan Ketua Menteri Sarawak, Adenan Satem pada bekas mufti dan calon BN, Dr Juanda Jaya diperlukan bukan sahaja di Sarawak, tetapi juga di Semenanjung tanah air.
Semalam, ketika ditanya FMT, Adenan berkata Juanda dipilih kerana beliau memiliki ciri-ciri ustaz yang dimahukan di Sarawak, iaitu seorang agamawan yang tidak berfikiran sempit, tidak berlagak alim, berpandangan luas, dan ‘liberal’.
Wan Ji bersetuju ciri-ciri yang disebut Adenan itu ciri-ciri yang penting dalam budaya beragama di negara seperti Malaysia, terutama dalam kerangka politik.
Bagaimanapun, Wan Ji menganggap terma ‘liberal’ yang digunakan Adenan sebagai kurang tepat, dan lebih gemar terma ‘keterbukaan’ dan tidak mudah hendak mengharamkan sesuatu perkara.
“Pada saya, tafsiran agama yang bersifat keterbukaan itu perlu di Malaysia sebenarnya,” katanya ketika dihubungi FMT.
“Berfikiran terbuka sebenarnya penting dalam budaya beragama di Malaysia bukan sahaja di Sarawak, bahkan Semenanjung.”

KAH KAH KAH

ini dua ustaz
yang kita mahu
moden dan cool
bukan  ustaz
kapir mengkapir
bukan ustaz 
teropong bilik
bukan ustaz
kaki bodek
kah kah kah

YA USTAAZ

-----------------

3 ulasan:

Nazrio berkata...

LateLy Muallaf terLaLu banyak di Amerika dan eropah, harap wan ji dan uLamak2 semua Cepat2 ustat Dan uLamaK eksport isLam kita ke sana, jangan bagi arabiya eksport isLam ke eropah, USA arabiya bunuh cucu cicit nabi fan kuat perang ...mesti cepat. Sebab kaLu kita dah okey dah puLih mesti pikir untuk eksport isLam kita ke eropah Dan amerika...jangan bagi arabiya eksport isLam...arabiya macam umnQ Love biLyun biLyun onLy.. Don't Love don't know how to Love...

Tanpa Nama berkata...

selagi atas kepala tak ber BALUT KILO KAIN SERBAN

ustad ke , rakyat ke

OTAK HIDUP ber nafas

yang banyak banyak ber kilo kilo KAIN SERBAN BANGLA atas kepala rata rata dari BANI LOL

bila kualiti LOL , jadi orang pun tak boleh pakai

tengok TV GERMAN tapi tak paham

macam mana nak ajar anak murid tangkap PATIN di LUBOK KANGKANG

GERMAN tak ada ikan misai misai

jauh lagi HARAM tangkap ikan sotong dari LUBOK BACIN walau di GERMAN sekali pon


ambo pening doh

Tanpa Nama berkata...

Ustaz dan pak lebai paling cool ada di iran..jadi pemimpin negara sejak 1979. Tak da negara di dunia ni yang pak lebai jadi pemimpin selain Iran