.

Rabu, 4 Mei 2016

TAHNIAH ZUNAR








TAHNIAH

SALUT!


Zunar terima anugerah antarabangsa untuk keamanan 2016

Kartunis politik Zunar menerima anugerah '2016 Cartooning for Peace Award' di majlis yang berlangsung di Palais Eynard di Geneva, Switzerland, semalam.
Selain Zunar, kartunis Kenyan, Gado, juga menerima anugerah yang sama dan hasil karya mereka dipamerkan di Lac Leman di Geneva.
Turut hadir majlis itu ialah Presiden Kehormat Swiss Foundation Cartooning for Peace, Kofi Annan, yang juga bekas setiausaha agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Ahli Majlis Perbandaran Geneva, Guillaume Barazzone.
Mengulas mengenai anugerah itu, Zunar berkata ia memberi kekuatan baru kepadanya untuk meneruskan perjuangannya.
"Hak asasi manusia dan kebebasan bersuara di Malaysia kini berada dalam keadaan yang sangat parah," kata Zunar dalam satu kenyataan semalam.
Bakat, katanya, bukanlah keistimewaan, tetapi adalah tanggung jawab. Oleh itu, tegas Zunar, menjadi tanggungjawabnya sebagai kartunis untuk menggunakan seni sebagai senjata bagi menentang pemerintah zalim.
"Senjata ampuh bagi mana-mana rejim di dunia ialah dengan menanamkan ketakutan dan intimidasi untuk menakutkan rakyat. Lakaran seni dapat memimpin rakyat untuk merentasi garisan ketakutan.
"Apabila kita berhadapan dengan krisis moral, tiada ruang untuk merungut dalam diam. Kita mesti bangun dan melaungkan suara dengan kuat dan jelas.
"Bersikap neutral adalah satu bentuk pelarian dari kenyataan bagi mereka yang hidup dalam zon yang selesa. Bagaimana saya boleh bersikap neutral, sedangkan pen saya juga punya stand," katanya sambil berikrar akan terus berjuang melalui kartun sehingga "ketitisan dakwat terakhir".
Beberapa karya Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ulhaque, yang mengkritik kerajaan telah diharamkan dan dirampas.
Beliau ditahan polis sebanyak dua kali, pada tahun 2010 dan 2015, atas dakwaan menghasut.
ketawalah kamu

sebelum ketawa

diharamkan


-----------

2 ulasan:

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Ini musti kerja anwar Dan DAP yang Lobi amerika serta duniya antaeabangsa until award tuuu....Lebih maLangmaLang Dan kecewa Lagi macam mana zunar dapat bolos imigresen ...Apa imigresen hanya kenaL mat sabu, gobindh Dan histam TT onLy...

Tanpa Nama berkata...

ZUNAR buat Melayu dan Malaysia BANGGA

Tahniah !!!!!!!