.

Rabu, 17 Ogos 2016

AJEN FBI TERUS MENCARI





AJEN FBI TERUS MENCARI

Siapa dia Malaysian Official 1? Semua orang bertanya. Satu Malaysia bertanya. Hingga ke hari ini siapa dia Malaysian Official 1  masih menjadi tanda tanya. Ini betul betul kesah pelik lagi ajaib. Pelik lagi memelikkan. Hairan yang menghairankan. Siapa dia MO1 ini?

Pada tahun lapan puluhan dulu ketika Indonesia dibawah Suharto ada satu kes pelik. Setiap pagi  di Jakarta akan ditemui  dua atau tiga mayat bergelimpangan. Semua ditembak mati. Ini  berlaku berbulan bulan. Penemuan mayat ini menjadikan Indonesia gempar. Lalu media Indonesia memanggil kes ini ‘Kes Penembak Misterius’.

Akhirnya Penembak Misterius ini terbongkar. Penembak ini adalah  soldadu Indon yang diberi arahan  oleh Suharto untuk membunuh ‘kaki busuk’ di Jakarta dan juga musuh politik Presiden. Habis cerita.

Kita di Malayia sekarang  sedang  berhadapan dengan  kes misterius. Kes kita ini  lebih besar dari kes Penembak Misterius Jakarta. Kes kita bertaraf global. Bertaraf dunia. Bertaraf Rumah Puteh.

Kes ini bermula dengan sidang akhbar Peguam Negara Amerika Puan Loretta Lynch pada 20 julai 2016 yang lalu di Washington DC. Dalam sidang akhbar ini Puan Loretta telah menyatakan niat kerajaan Amerika untuk merampas harta milik Riza Aziz a.k.a Anak Rosmah dan harta milik Jho Low a.k.a China Tembam.

Kertas pertuduhan, atau lebih tepat lagi  gua panggil buku tuduhan  kerana tebalnya  136 muka surat.  Biasanya di mahkamah kertas pertuduhan hanya empat lima helai. Pada hemat gua, kalau 136 muka surat ini  sah sebuah buku.

Dalam hal tuduhan mahkamah dan tuduhan dari pendakwa gua agak arif.  Gua telah  banyak kali  mendapat kertas pertuduhan tapi tak  pernah sampai tiga muka surat.

Contohnya  terbaik kertas pertuduhan  yang dapat kita lihat gambarnya ada terpampang dalam portal Sarawak Report. Ianya tak sampai 10 keping. Ini  kes pertuduhan terhadap Najib bukan terhadap Malaysian Official I. Gua perlu ingatkan -  kertas pertuduhan ini tidak dapat dipastikan sah  atau hanya fitnah. Ini kerana Kevin Morais yang dikatakan tukang draf kertas pertuduhan itu telah menjadi arwah.  Habis cerita.

Buku Pertuduhan 136 muka surat ini   telah disediakan oleh Department of Justice America (DOJ) atau Jabatan Keadilan Amerika .  Dalam  buku ini ada disebut 36 kali Malaysian Official 1. Jangan tuduh gua buat fitnah. Kalau tuan tuan tidak percaya sila baca  kertas pertuduhan ini di laman DOJ. Kalau tak tahu jalan sila tanya Lebai Google.

Ingat atau tidak minggu lalu gua ada tulis tentang Timbalan Pengarah FBI Encik Andrew McCabe yang ada bersama di sidang akhbar Puan Loretta. Encik Andrew ini mengekepali satu jawatan yang besar. Anak buah dan para ajen FBI dibawah Encik Endrew ini berselirat dalam dunia. Ada di Bangkok, ada di Dubai dan ada berapa orang sedang berkerja keras  di Kuala Lumpur termasuk seorang yang sedang menginap di Rumah Tumpangan Gian Seng Brickfield.

Gua sudah baca buku 136 muka surat itu. Gua sudah tonton rakaman video Puan Loretta sebanyak lima kali. Memang pelik apabila Puan Loretta hanya menyebut:Malaysian Official 1.

Fikir punya fikir gua dapat pencerahan bahawa sabenarnya perkataan Malaysian Officiall 1 ini  adalah kata rahsia yang memiliki banyak  makna. Pada fikrah gua yang sontot ini Puan Loretta menggunakan Malaysian Official 1 dan tidak menggunakan nama saperti Muhamad Azalina bin Lebai Purtan atau Salleh bin Said Kerouk atau Rahman anak lelaki Dahlan kerana  FBI tidak mahu sosok yang menjadi sasaran  ini gelabah dan menghilangkan diri  dalam gua Batu Belah Batu Bertangkup.

Apakah ini sahaja  rahsia  Peguam Negara Amerika apabila menyebut Malaysian Official 1?

Sabar dulu masih ada cerita dalam cerita. Sebaik saja Puan Loretta selesai bersidang akhbar kita mula terdengar pancutan suara Ketua Menteri Melaka. Mamat Lokoi ini berkata bahawa  sidang akhbar DOJ itu tanda Amerika ingin melancarkan perang terhadap Bani Melayu. Amerika dikatakan ingin membantai Bani Melayu sama saperti Amerika menyerang Iraq. Hebat. Ini berita gempaq lagi menakutkan.

Kenyataan ini disambut pula oleh Menteri Besar Kedah. Mengikut fikrah  MB yang hanya bersijil LCE ini -  ada  warga yang telah belot menjual maklumat dan dokumen negara  kepada Amerika. Pembelot ini wajib dihukum. Ini juga berita  hebat lagi menakutkan kerana siapa belot akan menerima hukuman mati.

Paling  menarik ialah jawapan Najib. Awalnya saperti biasa Najib  senyap menikus menunggu arahan  Rosmah.

Tetiba tanpa dijemput  dan tanpa ditanya Najib  telah menafikan bahawa dia   kenal dengan Malaysia Official 1. Najib dalam ucapannya kepada Mesyurat Agong  Parti Ketuanan Melayu di Kuala Pilah telah berkata bahawa kes merampas harta Anak Rosmah dan harta China Tembam oleh DOJ tidak  ada sangkut paut dengan dirinya. Dia bukan orang Rembau  dan bukan berasal dari keturunan China Batu Uban. Najib  adalah cucu Pati dari Sulawesi.

Malah Najib telah menerangkan kepada 30 juta rakyat  Malaysia bahawa  Anak Rosmah dan China Tembam tidak akan kaitan langsung dengan dirinya dan dengan  syarikat 1MDB.

Penafian dari Najib ini meleset gagal. Ianya tidak mengubah apa-apa. Berita Puan Loretta Lynch dan kes rampas harta Anak Rosmah dan China Tembam ini tidak mudah lenyap. Media dunia terus menerus menggali dan mencungkil berita dibelakang berita. Hinggakan Anak Perempuan Rosmah yang langsung tidak tahu menahu tentang kes ini diburu media.

Warga Malaysia terutama yang arif internet terus mencari dan bertanya siapa Malaysian Official 1?

Pertanyaan orang ramai - pertanyaan 30 juta rakyat Malaysia mati tergantung. Panglima Jawa Zahid Hamidi senyap sepi. Tidak  mengeluarkan jawapan. Menantu Abah merangkap Ketua Pemuda United Malays National Organisation senyap menikus. Tidak bersuara melawan dakwaan DOJ.

Paling senyap terus  tidak bersuara ialah  Tuan Haji Ahmad Maslan dan  Tuan Haji Hasan Malek. Dua sosok ini biasanya amat pandai bercakap tetapi bila berhadapan dengan Puan Loretta mereka menjadi senyap sepi.  Lalu gua bertanya apakah mereka ini terlalu takut melihat muka Encik Andrew McCabe? Atau mereka telah bosan dan menyampah melihat muka Rosmah  yang membuatkan mereka hilang jawatan.

Sebenarnya selama tiga minggu ini ajen-ajen FBI anak buah Encik Andrew di Kuala Lumpur terus mengumpul maklumat. Mengikut data mereka kumpulkan jelas  menunjukkan penyokong Malaysian Official 1 tidak ramai.

Kalau tidak ramai yang menyokong Malaysian Official 1 apa akan berlaku?
Cilaka sabenarnya. Bijak rupa-rupanya Puan Loretta Lynch ini.  Hebat taktik dan strateji  Encik Andrew ini. Tanpa menyebut nama siapa dia Malaysian Official 1 - FBI telah dapat tahu kekuatan Malaysian Official 1. Dari segi rancangan Amerika ini penting kerana FBI ingin tahu kalau kalau akan muncul beratus ribu warga Malaysia yang menyokong Malaysian Official 1.

FBI berwaspada sebelum membuat langkah saterusnya. Jika tangkapan hendak dijalankan maka FBI tidak mahu ada serangan balas dari penyokong Malaysian Official 1.

FBI gentar - kalau kalau berjuta warga  Malaysia yang bangun bertempik dan melaungkan - Saya Malaysian Official 1. Atau berjuta-juta baju  T akan dijual dengan tulisan :FU Amerika I Am MO1. Atau akan muncul dalam FB atau Twitter atau Instagram yang berslogan: KAMI SEMUA MALAYSIAN OFFICAL1. Macam berlaku kepada Adam Adli dahulu. Semua anak muda dan mahasiswa mengaku - We are all Adam Adli - kami semua Adam Adli. Amin.

Gua rasa pada tahap ini ajen FBI di Kuala Lumpur merasa lega - separuh kerja telah selesai. Mungkin kerana ini gua tidak ternampak lagi anak buah Encik Andrew di  Rumah Tumpangan Gian Seng. Gua dengar berita dari Haji Desas bin Lebai Desus bahawa ramai anak buah Encik Andrew telah berpindah ke Rembau. Kenapa Rembau?

Untuk ajen-ajen FBI semua nampak jelas bahawa Malaysian Official 1 tidak ada penyokong. Dari sini kes 1MDB masuk ke fasa kedua. Ajen FBI  akan membuka kembali arkib berita. Mereka meneliti kembali semua berita yang telah berlaku 10 atau 15 tahun yang lalu. Kerja ini amat ulit tapi inilah cara kerja ajen negara kapir. Ulit tetapi menjanjikan jawapan yang tepat.

Dari Haji Desas yang rapat dengan pegawai Arkib Negara  - gua diberitahu bahawa ajen FBI sedang  menyelidik  berita berita yang bersangkutan dengan  First Lady of Malaysia atau FLOM.

Bila perkataan FLOM ini muncul maka gua teringat jelas bagaimana Raja Petra anak raja  kerabat Selangor ini  menerangkan dengan tuntas  siapa sebenarnya FLOM.

Pekara ini berbangkit  apabila Najib mula menjadi Perdana Menteri dan  isterinya Rosmah telah menobatkan dirinya sebagai First Lady Of Malaysia. Bukan Fat Lady of Malaysia saperti tohmahan beberapa laman web yang bencikan Rosmah.

Raja Petra telah menerangkan dengan panjang bulat bahawa First Lady of Malaysia ialah Raja Pemaisuri Agong. FLOM mengikut Raja Petra bukan isteri Perdana Menteri. Ini tulisan dan pandangan Raja Petra 10 tahun dahulu. Mungkin sebelum dedak sampai. Kadang kala bila dedak sampai kita boleh beralih pandanga.Wallah hu alam.

Bila Haji Desas memberi gua tahu apa kajian ajen FBI di Arkib Negara maka gua berdebar-debar. Gua  berfikir-fikir.  Kalau FBI menganggap First Lady of Malaysia ini Raja Pemaisuri Agong maka  Malaysian Officail 1 pasti Yang Di Pertuan Agong.

Cisss.. mustahil. Ini semua karut. Mustahil  Yang DiPertuan Agong - Raja Malaysia Yang Berdaulat ini  tidak ada tersangkut paut dengan Anak Rosmah dan China Tembam. Mustahil. Gua tidak percaya. Ampon Tuanaku.

Maka siapa dia Malaysian Officail 1 masih satu yang misterius. Masih lagi misteri.  Gua yakin tim FBI - anak anak buah Encik Andrew  masih bekerja keras mencari.  Tapi pekara ini bertambah pelik kerana pada Sabtu 27  Ogos ini Anak Muda akan berhimpun untuk menangkap Malaysian Official 1. Apakah Malaysian Official 1 ini Pokemon Go yang boleh ditangkap? Kenapa tim FBI banyak menginap di Rembau? Tunggu minggu hadapan. (TT)


NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanmggan akhbar minngun ini
sila pukul talipon
03-92-21-30-45


--------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Betul ke cereka kamu nih..bila pulak doJ akan dakwa jenayah ke atas Jho lo dan gengnye..senyap je..mungkin tak ada dakwaan hanye setakat rampas harta saje..macai2 dh bising tiada dakwaan..

Tanpa Nama berkata...

BODOH kan

Pasal satu BEWAK saja JUTA JUTA hidup merana miskin papa kedana

Jangan ingat BEWAK KAKI EMPAT wokay

MONYET OTAK 1 sangat bahaya wokay

Ada BON BON wokay

Tanpa Nama berkata...

bro jgn lupa, pengupah penembak misterious juga membunuh najadi, kevin..juga kes misteri ketika rm90juta dikatakan tersembul keluar dari jubah hijau.pada ketika fbi sudah berada di rembau, KJ sudah tiba di rio..menantu abah ini sdg memutuskan silaturahim tambichik dgn najib slow2..ketika azizul menang gangsa di rio, kelihatan kj ada disana. azizul yg menang gangsa dikatakan tidak menerima bantuan basikal dari mb terengganu en razif.kini mb terengganu mnyediakan dana kpd azizul kerana terasa pedas akan kata2 si azizul itu namun tidak kalian masih ingat bahawa KeBaS -kementerian belia dan sukan telah menghilangkan atau KEBAS ratusan jutaan ringgit malaysia.duit kebas di KBS itu bukan saja bole membeli basikal, malah bole membaiki velodrom kl yg reput dek penunggu kota..kes sama juga dgn rosman alwi.rosman alwi menang dgn basikal second hand je..ketirisan atau kehilangan duit dlm kerajaan telah lama berlaku walaupun ketika anwar sbg menteri kewangan, cuma bezanya sikit atau banyak saja. disbkan media ketika itu dikawal maka semua berita hodoh dan busuk dpt disorokkan..bak kata org2 agama atau ngo2 agama atau org2 yg mahu dianggap mengamalkan agama maka ini kata2 mereka "dari beli basikal atau buat prasarana sukan, lagi baik buat masjid atau aktiviti hukum hakam atau majlis zikr ramai2, tuhan jd lebih syg dan negara aman makmur". kini warga2 agamawan ini sibuk pula nak bersukan dgn menutup aurat.lebih malang lg,pakaian sukan ikut syariah juga diciptakan dijahitkan atau made in china, bukan made in saudi, atau made in pakistan atau made in berunei..agama islam bukan sja mematikan budaya, mematikan pokok namun islam juga mematikan perlawanan sihat yg buka perlwanan kemaluan.3 sunnah nabi, berkuda memanah berenang bukan dimenangi oleh ahli2 sunnah.jika misterious ini berjaya dirungkai maka makbul la doa2 diluh mahfuz..umno bn bukan saja perlu dibersihkan sistemnya, malah umno bn wajib dibakul sampahkan..mencipta sistem baru bergaris politik rakyat atau berkelas rakyat bukan borjuis agama, borjouis istana atau kaum2 pemodal kaya dan raya setiap hari..