.

Sabtu, 24 September 2016

HARI INI DALAM SEJARAH





 NOTA
hari ini dalam sejarah
gua berada di kota kinabalu
memberi pencerahan
menghasut dan
meneruskan perjuangan



HARI INI DALAM SEJARAH RAKYAT: 21 September 1974

Pada hari ini dalam tahun 1974, aktivis-aktivismahasiswa Universiti Malaya (UM) telah mengambil-alih kampus universiti daripada pentadbiran UM. Rampasan kuasa ini bertahan selama satu hari.

Akhbar Berita Harian melaporkan:

“Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya petang ini mengambilalih pentadbiran dan kampus Universiti Malaya. Tindakan itu diambil bagi meminta Kerajaan membebaskan dua orang mahasiswa yang ditangkap di Johor Bahru kemarin bersabit dengan tunjuk perasaan setinggan-setinggan di Tasek Utara.”

Dua orang aktivis mahasiswa yang ditangkap ialah Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dan Yunus Ali, ahli-jawatankuasa PMUM.

Pada hari yang sama seramai 1,000 orang aktivis-aktivis mahasiswa dari Kelab Sosialis Universiti Malaya dan PMUM telah berdemonstrasi di luar kampus UM untuk menuntut pembebasan 2 mahasiswa yang ditangkap. Seramai 360 orang anggota polis FRU telah dihantar untuk menyekat demonstrasi tersebut. FRU telah bertindak melepaskan 18 das gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan yang dijalankan oleh mahasiswa itu. 

Sumber: Akhbar Berita Harian, 22 September 1974
 
 







------------

3 ulasan:

kejuruteraan loji berkata...

Selepas MCA, parti Gerakan turut berpendapat bahawa kerajaan patut mengutamakan rang undang-undang (RUU) kerajaan do sidang Parlimen depan berbanding RUU persendirian yang dibawa oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Nazrio Dond DoLLa berkata...

Dari kecik Lagi TT dan puak sosiaLis bertempur dgn kerajaan serta demo-demo...puak sosiaLis ni Lah yg tak percaya Tuhan, agama tapi hanya percaya pada Allah dan semua nabi2

Tanpa Nama berkata...

Kau ini memang suka kena tangkap ya tt? Atau polis itu yang suka tangkap sama kau? Tahun 70 mereka itu tangkap engkau sudah. Tahun 90 mereka tangkap sama engkau lagi. Tahun 2000 pun mereka tangkap sama engkau. Aku pikir nanti tahun 3000 pun mereka ndak ada tahan sudah, mereka kasi tangkap sama engkau lagi tt! Jadi aku ada pikir bah, aku mau cipta satu air baru dan aku mau kasi nama itu air: air tangkap engkau, atau kasi pendek sama itu nama: air tangkau. Bagus bah tt?