Isnin, 10 Oktober 2016

APA LAGI NAK CERITA










APA LAGI

NAK CERITA

SEMUA DAH

MASUK SATU

KUBU BERSEDIA

SATU  JUTA KITA

KE DATARAN

KOMENTAR
ini bukti united front
ini bukti menggalang
perserikatan barisan bersatu
yang maha luas




Rakyat mesti turun sokong Bersih 5, saran Marina

Gerakan Bersih 5 yang sedang digerakkan ke seluruh negara harus disokong oleh seluruh rakyat yang cintakan keamanan, keharmonian dan demokrasi, kata Marina Mahathir.
Beliau berkata, lima tuntutan yang dituntut kali ini adalah untuk anak cucu dan generasi yang akan datang mewarisi kepimpinan negara.
Belia berkata demikian, ketika hadir dalam gerakan Bersih 5 yang telah diadakan di Taman Tunku Putra, Kulim pada Sabtu lalu.
"Semua rakyat tanpa mengambil kira kaum dan agama mesti turun pada 19 November bagi membuktikan kepada kerajaan bahawa kepimpinan mereka sudah tidak relevan lagi.
"Keberanian rakyat untuk turun ke jalan jelas memperlihatkan betapa mereka begitu peduli dengan pelbagai skandal dan penyelewengan dibawah pentadbiran Najib.
"Rakyat juga menyedari membuat perubahan yang drastik mampu memperbetulkan segala kejelekan yang sedang berleluasa dibawah kepimpinan Umno dan BN, " tegasnya lagi.
Sehubungan itu katanya, penyertaannya dalam gerakan konvoi Bersih 5, sebagai solidariti dan sokongan yang menuntut supaya kepimpinan kerajaan diubah dengan segera.
"Demi memartabatkan kembali maruah negara yang telah tercalar, maka perubahan lanskap politik mesti menjadi realiti dalam pilihan raya umum yang akan datang.
"Terlalu banyak pendedahan yang dibuat tentang kerajaan yang korup dan rasuah, sebaliknya mereka berlakon umpama tiada apa-apa yang berlaku.
"Cara yang terbaik bagi rakyat mendesak perubahan kerajaan yang memimpin adalah melalui Bersih 5 yang akan berhimpun November yang akan datang, " tambahnya lagi.
Beliau juga berkata, penyertaannya bersama rakyat untuk turun ke padang dalam himpunan Bersih 5, adalah bagi menuntut perubahan dalam kepimpinan negara.
"Kita sudah muak dengan pemimpin yang korup dan rasuah.
"Maruah negara yang telah tercemar teruk, mesti dipulihkan segera.
"Cara untuk memulihkannya, hanyalah dengan menukar kerajaan korup yang ada, kepada kerajaan yang lebih bersih dan adil, " tambahnya lagi.
Justeru itu ujarnya, gertakan yang dibuat oleh kumpulan baju merah tidak mampu menyekat kemaraan dan hasrat rakyat untuk menuntut perubahan dilaksanakan.
Beliau juga mengambil kesempatan bersama-sama dengan kepimpinan Pakatan Harapan yang hadir untuk melepaskan konvoi Bersih 5 bagi meneruskan perjalanan ke Pulau Pinang.
SATU JUTA

KE DATARAN

INI NIAT KITA





------------

Tiada ulasan: