.

Selasa, 11 Oktober 2016

BANGSA SABAH DITIPU LAGI




SKANDAL RASUAH JABATAN AIR SABAH:

KEPERLUAN MENGUKUR TAHAP KETIRISAN DAN RASUAH NEGARA – NOW LANCARKAN INDEKS PEMBAZIRAN KERAJAAN

 

Rakyat Malaysia dikejutkan dengan pendedahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai skandal rasuah pegawai-pegawai tertinggi di Jabatan Air Sabah yang dikatakan melibatkan sejumlah RM 200 juta nilaian penyelewengan daripada RM 3.3 bilion kontrak.

Namun, pendedahan ini bukanlah kes yang terpencil atau sesuatu yang baharu. Sebelum ini, pegawai-pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah disiasat pada Ogos 2016 manakala Setiausaha Bahagian Kewangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pula telah didakwa pada Mac 2016 masing-masing atas tuduhan penyelewengan jutaan ringgit dana awam.

Kerisauan kami dan juga rakyat Malaysia secara amnya adalah samada mereka yang terlibat akan dihadapkan ke muka pengadilan, adakah terdapat pimpinan politik memberi perlindungan kepada mereka untuk aktiviti penyelewengan, adakah dana awam daripada penyelewengan ini dapat dikembalikan kepada rakyat atau kemungkinan besar lebih banyak kes-kes skandal sebegini yang masih belum terbongkar.

Skandal Rasuah Sabah ini membuktikan tahap rasuah dan ketirisan negara berada pada tahap kronik. Ini belum diambil kira skandal yang melibatkan pimpinan tertinggi negara dan 1MDB yang bertaraf antarabangsa. Tetapi malangnya Malaysia hanya bergantung kepada siasatan oleh pihak berwajib atau pembongkaran skandal seperti melalui NOW untuk mengetahui maklumat-maklumat penyelewengan dan juga laporan yang hanya berdasarkan pandangan umum mengenai rasuah yang berlaku dalam negara. 

Menyedari keperluan satu rujukan asas untuk mengukur tahap sebenar ketirisan, NOW telah menjalankan satu kajian empirikal bermula sejak awal tahun ini berdasarkan fakta-fakta ketirisan dan juga kaedah statistik. Hasil kajian ini telah dibukukan dan diperincikan melalui satu indeks yang pertama dalam negara yang dikenali sebagai Indeks Pembaziran Kerajaan - NOW (IPKN).

Majlis pelancaran IPKN akan diadakan pada hari Rabu 19 Oktober 2016 jam 8.30 malam bertempat di INVOKE Space yang terletak di Sungai Besi, Kuala Lumpur https://goo.gl/maps/SR9x31jP5Sz.

Perbincangan yang lebih terperinci akan dibuat mengenai kaedah yang digunapakai untuk menghasilkan IPKN dan juga bagaimana indeks tersebut dapat membantu dalam usaha memerangi rasuah dan ketirisan samada daripada sudut sosial, politik dan ekonomi.

Pendaftaran boleh dibuat di http://bit.ly/govtwastageindexevent. 200 orang peserta yang pertama akan menerima buku Laporan Indeks Pembaziran Kerajaan dwi-bahasa secara percuma.


11 OKTOBER 2016

RAFIZI RAMLI- Ahli Parlimen Pandan

AKMAL NASIR- Pengarah Eksekutif

National Oversight and Whistleblowers (NOW)




------------

5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tu ba harta pegawai bro. Tangkap 3-4 orang dah lebih 500 juta. Kalo tangkap kepala2 besar setiap jabaan, gua raser lebih 10 trillion la mcm ni.

Itu blom bapak2 menteri lagi. Syoknya ada lesen alibaba. Diberkati tuhan.

Saiful berkata...

Pa ni..KFC dok iklan..mana boleh..

Tanpa Nama berkata...

Kalau SAPUMAN kerja makan gaji boleh buat BILYON BILYON

Ini kan anak anak buah , juta juta ratus juta ada apa kebende pun

Kecik saja lah

Budaya SAPUMAN itu harus di hapus kan sebelom apa apa budaya maju di terap kan ke dalam minda pemakan gaji yang rata rata malas

Biasa lah

Tanpa Nama berkata...

Haritu keluar statement, sabah antara negeri miskin. Sapa cakap Sabah negeri miskin!? Mmg tak sayang mulut betul!!

Itu harta terkumpul dari pengarah jabatan air tapi dah ratus2 juta. Belum lagi harta dari balak! Harta jual sempadan pun mesti ratus2 juta jugak. Sprm taknak check gobok ketua menteri sabah ke??

Kabarnya orang sabah mmg tak suka simpan duit dlm bank sebab takut disonglap PM, syabas org sabah.

panglimo potaseh berkata...

Dollah El-Tiduri satu-satu jasanya yang tampak jelas ialah nukarkan nama BPR pada SPRM. Apa pun tahap bangang SPRM tetap sama atau lebih teruk lagi .. cuba lihat berapa ramai Pegawai Kerajaan yg punya berbijik kereta mewah, berbijik rumah, coti diobersi, main golf di Medan, Bandung, Australia.

Misalnya 3 tahun dulu ada berita koran ngabarkan, seekor penyanyi 80an yg tagih harta sepencarian drp X-suaminya yg kerja Penolong Jurutera je. Hartanya mashaallah .. ada 8 bidang tanah di PJ, resort di PD dan Perak. Bayangkan tanah di PJ, bukan dipinggir tanah Felda ye. Gwa cakap Orang Tiga Suku pun tahu bahawa dgn senarai harta dimiliki, rasuah sedang on.