.

Khamis, 13 Oktober 2016

KULIAH POLITIK 101







PILIHAN RAYA

KULiAH 101

dalam negara dunia ketiga
dalam negara zalim dan ganas
tidak pernah ada pertukaran pentabir
dari parti kerajaan beralih
ke parti pembangkang
melalui pilihan raya
melalui kiraan undi

ini hukum politik dunia ke tiga

dunia ketiga ertinya negara negara
dari afrika
dari amerika latin 
dan dari asia

dalam negara zalim
segala jentera kerajaan
segala jentera daulah
akan digunakan untuk
memastikan kuasa yang sedia ada
akan terus berkuasa

apa itu jentera daulah

jentera daulah ialah
mahkamah spr sprm
polis  hakim penjara
soldadu  jabatan kerajan
dan apa sahaja yang digaji
apa saja yang diupah oleh
pihak yang berkuasa ketika itu
termasuk kaki tangan kerajaan

ini hukum dan syarat politik
ianya tidak akan beralih alih
sama ada di kenya
sama ada di colombia
mau pun di siam

NOTA:
dalam negara dunia ke3
jika pilihan raya boleh
mengubah apa apa maka
pilihan raya itu diharamkan

ini hukum politik dalam
negara dunia ke3


---------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Maka nya

Selagi Mat Bahalol ada di mana mana

Semua orang nak di Bahalol kan

Bila Bahalol , Rasuah DEDAK tuh di kata REJEKI

Biasa lah

Rakyat BER DOA saja agar Mat Mat Bahalol dapat Hidayah sebelom KIOK

Melayu Melayu mana boleh boleh pakai pun

Tanpa Nama berkata...

Melayu masih takut utk lakukan perubahan...selagi umat melayu tak berjaya lagi lepasi isu perkauman...usahlah diharap perubahan dpt dilakukan...tambah pulak dgn sistem spr yg sedia ada...di sinilah isu utama yg mperlihatkan gabungan pmbgkang masih gagal dlm misinya...