Rabu, 5 Oktober 2016

MANA PERGINYA PEJUANG MELAYU







LAGI TANAH

MELAYU DIJUAL

PADA CHUKONG

OLEH PARTI 

KETUANAN MELAYU

MANA PEJUANG

MELAYU YANG

HEBOH ANTI CINA


MANA BAJU MERAH

BUMI MELAYU

KENA REMBAT

KENAPA DIAM?




Mana Lebih Bahaya, Cina DAP atau Cina Jho Low, soal A. Kadir Jasin

Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur menjual tapak Desa Water Park seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong, mendapat perahatian wartawan veteran terkenal A. Kadir Jasin.
"Saya tak anti-Cina tapi Umno yang kata ia sangat mengutamakan Melayu demi agama, bangsa dan negara.
"Geng Baju Merah Umno yang lawan Cina dan siapa saja yang tentang Umno," katanya dalam blog peribadinya.
"Taman tema air berusia 16 tahun itu ditutup mulai 1 Oktober dan tuan punya tapaknya, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dah jual tanah itu kepada seorang tauke Cina bernama (Tan Sri) Chai Kin Kong.
"Dulu tanah itu dipajak kepada syarikat Berjaya milik tauke Cina (Tan Sri) Vincent Tan.
"Nama syarikat Chai Kin Kong ini ialah Aset Kayamas yang baru diasaskan pada tahun 2011. Satu nama yang sangat tepat kerana tanah Desa Water Park itu sangat bernilai - macam emas – dan sesiapa yang dapat tentu jadi kaya," katanya.
Katanya, orang Umno lah yang kata kalau pembangkang menang, DAP akan perintah negara dan habislah orang Melayu.
"Kalau Melayu yang percaya kepada mantera ini tapi tak tahu hujung pangkal mengenai cerita di atas, saya boleh bantu mereka bertanya beberapa soalan kepada DBKL dan kepada kerajaan Umno di Putrajaya supaya boleh faham.

"Antara soalan saya ialah, apakah tidak ada syarikat berkaitan kerajaan (GLC), tabung pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) atau Bumiputera yang berminat, mampu dan berkepakaran membeli serta memajukan tapak Desa Water Park itu?," soalnya.
Beliau terus menyoal beliau, kalau Perdana Menteri, (Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil) Mohd Najib Abdul Razak boleh arah Khazanah belanja RM650 juta bangunkan semula kawasan Tugu Negara, apakah dia tak boleh arah, misalnya Permodalan Nasional Berhad (PNB), Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) atau Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) beli dan majukan tapak itu?
"Apakah Aset Kayamas, sebagai pemaju hartanah, lebih hebat daripada Sime Darby Properties (milik PNB), Boustead Holdings (milik LTAT) dan MRCB (milik KWSP)?
"Bukan anti-Cina, tapi bukankah 60% saham projek Bandar Malaysia yang bersebelahan dengan Desa Water Park dah dibagi kepada konsortium Cina Malaysia dan Cina negeri China?
"Adakah syarikat milik GLC dan GLIC lekeh sangat? Cuba jawab, siapakah yang majukan bandar mega Subang Jaya-UEP kalau bukan Sime Darby (milik PNB) dan KL Sentral kalau bukan MRCB (milik KWSP)?
"Kalau konsortium SP Setia (milik PNB), Sime Darby dan KWSP mampu bangunkan projek Battersea di London dan Khazanah majukan projek di Singapura, apakah mereka tak layak bangunkan semula Desa Water Park atau mana-mana tanah kerajaan di Malaysia?
"Bukankah lebih baik serahkan pembangunan Bandar Malaysia milik 1MDB kepada syarikat-syarikat GLC dan GLIC daripada bagi kepada gabungan syarikat tempat dan syarikat milik kerajaan China?
"Bukankah penyokong tegar Umno marah macam nak gila bila Duta China, Huang Huikang, lawat Jalan Petaling untuk bagi sokongan moral kepada peniaga di situ
(yang majoritinya Cina) selepas diserbu penunjuk perasaan baju merah Umno September tahun lalu?

"Tapi sekarang syarikat negeri China dapat banyak projek raksasa di Malaysia.
"Siapakah yang jual murah tanah TUDM Sungai Besi kepada 1MDB guna duit hutang dari Tabung Haji kemudian jual kepada konsortium Cina Malaysia-China negeri China - Cina DAP atau Kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno?
"Apakah Cina DAP yang pengaruhi Mohd Najib supaya tubuh 1MDB sehingga menyebabkan kita semua tanggung malu di merata dunia dan beban hutang RM50 bilion?
"Yang mana sudah terbukti bahaya - Cina DAP yang ramai dan cergas dalam politik sejak tahun 1967 atau Cina Jho Low yang bersekongkol dengan pemimpin Umno tubuh 1MDB dan lepas itu seleweng duitnya?
"Siapakah yang beli penjaja elektrik bebas (IPP) hujung usia daripada tauke Cina, Melayu dan India tempatan dengan harga RM12 bilion dan jual kepada syarikat milik kerajaan China dengan harga RM9 bilion - kerajaan BN atau Cina DAP?
Soal Keutamaan katanya, bukan sekali-kali tujuan beliau menafikan hak usahawan Cina tempatan beli tanah Desa Water Park atau mana-mana aset di negara.
"Saya tahu ini bukan kali pertama DBKL jual tanah kepada syarikat Cina. Ia pernah jual sebahagian tanahnya di Pantai Dalam kepada konglomerat YTL Bhd untuk dimajukan jadi Pantai Hillpark. Tapi projek itu dimajukan bersama dengan Syarikat Perumahan Negara.
"Jadi adalah peluang Melayu beli rumah di situ.
Menurut laporan The Star katanya, tanah Desa Water Park itu dijual terus kepada Aset Kayamas tanpa sebarang ikatan lagi.
"Nampak sangat macam nak cari duit cepat. 

"Bukankah lebih baik DBKL dan Putrajaya utamakan GLC dan GLIC untuk beli dan bangunkan tanah kerajaan yang semakin terhad di Kuala Lumpur dan di mana-mana saja. Tapi bukan GLC atas angin macam 1MDB," soalnya.


HABIS LINGKUP

HABIS REPUT

TANAH MELAYU

SEMUA TERJUAL

PADA CUKONG

OLEH PARTI

KETUANAN 

MELAYU

YANG HEBOH ANTI

CHINA DAP


---------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Jika tak beringat di satu masa kelak
Semenanjung Malaysia akan menjadi seperti
Palestin ...

Perkara ini sangat tidak tahu oleh kaum Melayu
luar bandar..

Tanpa Nama berkata...

Duit 1mdb dah kena beku.
Duit epf duit ltat duit tabung haji semua dah kena teropong dengan kanta pembesar.
So cara lain cari duit pru ialah jual harta pada individu atau syarikat swasta.
Dbkl tak kena serbu sprm lagi ke??

Loh CK berkata...

Mungkin mereka sedang menikmati dedak yg diberikan oleh entahtausiape sehingga lupa isu yg lbh hebat kot... imaginasi dlm otak bgtau sy mcm tu je, jgn marah...