Rabu, 25 Januari 2017

AWAS WASPADA BAHAYA AKAN SAMPAI







AWAS


LOJI JANAKUASA NUKLEAR PASTI MENARIK BANTAHAN YANG LEBIH BESAR BERBANDING LYNAS

Saya mengutuk sekeras-kerasnya tindakan UMNO/BN yang berpandangan pendek kerana bertegas untuk mengambil langkah berundur dalam pembinaan loji janakuasa nuklear di Malaysia dan enggan mengambil pengajaran daripada Bencana Nuklear Fukushima.

Loji janakuasa nuklear bukan sahaja mengalami masalah atau ancaman seperti kebocoran nuklear, masalah pelupusan sisa-sisa nuklear,  malahan tenaga nuklear merupakan tenaga yang tidak mampan. Ia jelas membuktikan bahawa keputusan untuk membina loji janakuasa Nuklear bukan satu keputusan yang wajar.

Malaysia juga bukan Negara pengeluar Uranium kerana ia masih memerlukan pembekalan Uranium daripada Negara lain dengan itu tenaga Nuklear bukannya tenaga yang mampan. Selain daripada itu, ketiadaan satu penyelesaian yang menyeluruh untuk menguruskan sisa-sisa nuklear dan sisa-sisa tersebut masih akan mengeluarkan radiasi walaupun selepas seratus ribu tahun yang jelas akan mengancam kehidupan manusia.

Lebih-lebih lagi, rakyat tidak harus lupa dengan pengajaran diberi oleh bencana Nuklear Fukushima. Jepun yang dikatakan terulung dalam pengurusan risiko dan teknologi gagal untuk mengemukakan satu jalan penyelesaian. Trajedi Nuklear Fukushima telah masuk tahun ke-7, namun masalah radiasi di kawasan tersebut masih tidak diselesai.

Semenjak berlakunya kejadian bencana Nuklear Fukushima, pengkajian semula berkenaan dengan tenaga yang boleh diperbaharui dan pemansuhan tenaga nuklear telah  berlaku di peringkat global, taetapi kerajaan UMNO/BN masih mengambil langkah undur untuk membina Loji Janakuasa Nuklear.

Sebelum tahun 2000, Negara Jerman telah mula aktif dalam memperkenalkan tenaga yang boleh diperharui serta mengumumkan pemansuhan tenaga nuklear secare menyeluruh pada tahun 2020. Tanpa diduga, Malaysia mengambil langkah yang berundur dalam memutuskan pelaksanaan sebuah projek tenaga yang penuh dengan kontroversial dan berisiko.

Saya mencabar Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC) segera mengumumkan ketujuh-tujuh lokasi tersebut dan menganjurkan taklimat di kawasan-kawasan tersebut bagi melaporkan status terkini penyelidikan tenaga nuklear dan tidak menyembunyikan hal ini daripada rakyat, sekiranya berita berkenaan dengan Kerajaan Malaysia telah menentukan 7 lokasi yang berpotensi untuk membina loji janakuasa Nuklear adalah benar dan tepat.

Saya juga ingin mengingatkan Kerajaan UMNO/BN untuk mengambil pengajaran daripada Kilang Lynas. Isu Lynas masih tidak diselesai sampai ke hari ini, pusat penyimpanan kekal yang janji dibina masih tiada berita langsung, kerajaan UMNO/BN masih gagal mengemukakan satu resolusi atau penyelesaian dalam menguruskan sisa-sisa radioaktif hasil Kilang Lynas.

Sekiranya Kerajaan UMNO/BN bertegas untuk membina Loji Janakuasa Nuklear, KEADILAN akan menggerakkan seluruh rakyat Malaysia untuk membuat bantahan yang lebih besar daripada bantahan ketika menentang Lynas.

YB Lee Chean Chung
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN
ADUN Semambu, Pahang
012-9540498
https://www.facebook.com/LeeCheanChung/ 

AWAS

-----------------

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

"pakcik rasa bersyukur kerana loji tenaga nuklear dibina tidak jauh dari Kampung pakcik, secara tidak langsung akan merancakkan ekonomi kpg kami, alhamdulillah negara kita dah setaraf negara maju....pedulikan kata2 pembangkang yg hanya tahu membangkang tanpa usul periksa"...Begitulah bunyi skripnya nanti..Kah kah kah

Tanpa Nama berkata...

saya sokong msia ada loji nuklear....jika ada senjata nuklear lagi bagus...sbb semua negara maju ada loji nuklear...tenaga murah ...apa nak takut ...mati mana2 boleh mati...semua org akan mati.Israel ada loji nuklear ...sampai sekarang ok ajek...makin garang adalaaa.

Tanpa Nama berkata...

Malaysia Bakal Chernobil

Malaysia bakal jadi calon ke2 Chernobyl *
uranium dan plutonium (tiada kaitan dengan planet Pluto)
ada lah wajib dibeli dari Negara........China
Siapa yang akan kawal harga bekalan uranium atau plutonium.
Bola siapa yang akan di-peras kaw kaw...kakakaka

Malaysia tiada Gempar Bumi sebab Bik Mama tak pi jogging
Fukushima tidak mungkin berlaku diMalaysia.
Tapi bakal jadi Chernobyl , sebab ambil pakar dari ...
MARA , aiyoh dan menteri banggang .
Bangga tapi Banggang.



Tanpa Nama berkata...

Dia nak pow sape puLak la lepas nie... Adakah tanah besar India, atau tanah besar amerika yg akan dpt projek ini... Gile gile