.

Rabu, 1 Februari 2017

KENYATAAN BERSATU - PAS





KENYATAAN JAWATANKUASA INDUK BERSAMA PAS-BERSATU PPBM
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg  Tuan Haji Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.

Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.

Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.

Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.

TUAN HAJI  IBRAHIM TUAN MAN 
Timbalan Presiden PAS

MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM






--------------------

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang ada Otak , tak sama dengan orang Bahalol

buang masa saja

tuh sebab dia nya tak maju memanjang

ada otak ke , sebenar nya ????

kawanan nya nampak bahalol bodoh papa kedana gila dedak saja

tunggu lah 18 Februari ada DEDAK lagi

Tanpa Nama berkata...

mr. tt.. jgn dilupakan itik2 skalian alam. bile mau saman sarawak report.. xkan wut diam mcm badak kenyang jer.. saman ke xsaman. saman ke xsaman.. saman ke xsaman.. bila agama dijadikan wayang... kelak kamu akan tersembang.. satu per satu wayang agama tumbang... next tontowi plak dihumban dlm sangkar patin.. kahkahkahkah.

Tanpa Nama berkata...

mana UG mana UG mana UG mana UG mana UG mana UG