.

Isnin, 13 Mac 2017

NAK BERANCUK PUN PERLUKAN PERSETUJUAN PAS?



MAHKAMAH SYARIAH ISU BAI'AH
 - SAYA MENUNGGU

Usul Pas Tanah Merah untuk mengheret 'pelanggar' bai'ah ke Mahkamah Syariah - wajib diterima oleh Pas Kelantan. Secepat mungkin.

Saya sendiri mencabar Pas Kelantan berbuat demikian, lebih awal dari usul itu, iaitu ketika saya berucap di Ketereh pagi semalam, 11 Mac.

Saya berkeyakinan Pas tidak berani berbuat demikian.

Sekali pun Pas mungkin mengikut usul Pas Tanah Merah, berdasarkan kajian saya, Mahkamah tidak akan memihak kepada Pas.

Talak tidak akan jatuh seperti yang menghantui pemikiran sesetengah pimpinan Pas yang galak mempolitikkan isu ini. InsyaAllah ia hanya akan memalukan Pas sendiri.

Jika tindakan itu diteruskan, ada empat orang boleh terlibat: Saya sendiri, YB Kamarudin Jaafar, YB Dr Hatta Ramli dan Tuan Haji Ibrahim Ali.

Kesemua kami melafazkan bai'ah itu.

Perbezaannya, Tuan Haji  Ibrahim Ali bukan ahli Pas pada masa ia diberikan izin bertanding atas lambang Pas tetapi beliau tetap diminta untuk melafazkan bai'ah itu.

Selepas menang, beliau bertindak menjadi Ahli Parlimen bebas. Di waktu itu, ATGNA masih aktif tetapi langsung tidak membangkitkan apa-apa tentang ta'lik talak atau pun pendapatan dari gaji beliau.

Kenapa?

Pendapat saya, sejak awal lagi bai'ah oleh Tuan Haji  Ibrahim Ali tidak lekat dan boleh dikuatkuasakan kerana Tuan Haji  Ibrahim tidak pernah diminta menjadi ahli Pas. Bagaimana seseorang yg tidak ahli parti boleh dikira keluar parti pada bila-bila masa?

Sementara Dr Hatta pula berkahwin di luar Kelantan.

Tinggal saya dan YB Kamaruddin Jaafar.

Saya menawarkan diri untuk menjadi kes ujian terhadap validity bai'ah Pas itu.

Biar Mahkamah Syariah meneliti dan memutuskan kes ini berbanding pemimpin tanpa kelayakan untuk memfatwakannya. Sedangkan mana dulu antara ta'lik dan talak pun beliau tersilap.

Andaikata Pas gagal membawa kes ini ke Mahkamah, Pas harus meminta maaf kepada saya.

Tujuan saya bangkitkan isu bai'ah berkait  Tuan Haji Ibarahim Ali, untuk membuka mata orang Pas, tidak jatuhnya talak dengan bai'ah Pas itu.

Jika tidak, ATGNA tentunya telah membangkitkan isu ini secara tertutup atau terbuka.

Ia tidak berlaku. Malang, pemimpin kecil yang datang kemudian berlagak tahu segala-galanya.

Isu bai'ah yang dibesarkan, menunjukkan Pas tidak mempunyai idea konstruktif selain isu-isu tidak produktif seperti ini.
Saya menunggu.
YB Husam Musa
12 Mac 2017/13 Jamadilakhir 1438






------------------

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

haji husam, sila listkan senarai pembai`ah2 yg setuju masa itu..bukan apa, gua nak buat projek cina buta walaupun bukan cina..bole gua sapu duit2 yb2 yg cagarkan pantat isteri..mana la tahu kot2 ada yb2 yg dah kawin dua sb yg pertama akan dijual dipasar siti khadijah..kpd isteri2 yg digadaikan, sbelum diceraikan, lapora ke mahkamah ,dibicarakan dan minta pampasan berjuta2..kalo haji audi bole bg rm500k, apa sangat la rm90juta..jd kan kes isteri halim saad sebagai pengajaran..