.

Rabu, 15 Mac 2017

PERSOALAN NASIONAL - BABAK KE TIGA




PERSOALAN NASIONAL
BABAK TIGA - ORANG LAIN

Minggu lalu saya telah menerangkan apa makna manifestasi. Saya ulangi sekali lagi - manifestasi adalah hasil  atau akibat dari satu satu pekara. Ada pekara lain yang melahirkan akibat itu. Manifestasi bukan pemula  bukan penyebab dan bukan punca. Tanah runtuh bukan ianya runtuh tanpa sebab. Tanah runtuh kerana pembalakan. 

  Pembalakan menjadi punca - menjadi penyebab.

Justeru tanah runtuh  hanya  manifestasi  dari  satu proses pembalakan yang telah berjalan lama.

Maka dalam persoalan nasional ini saya mahu mencari sebab. Saya mahu mencari punca. Saya mahu mencari penyebab. Ertinya - saya mahu mencari proses yang menyebabkan tanah runtuh.  Tanpa menemui penyebab, tanpa mengetahu punca maka kita tidak dapat  memahami, merungkai dan cuba menyelesaikan persolaan nasional ini.

Minggu lalu juga saya telah mengaju buka  teori THE OTHER/ YANG LAIN. Teori ini amat amat penting dalam merungkai persoalan nasional. Ini kunci untuk kita memahami apa dia persoalan nasional dan kenapa kita dalam keadaan kita di hari ini.

Untuk sambungan - minggu ini  saya paparkan kembali  perengan akhir tulisan saya minggu lalu:
Untuk mencari jalan penyelesian kita wajib melihat kembali babak  babak sejarah. Merungkai kembali bagaimana kita menjadi kita saperti hari ini. Bolehkah biduk lalu kiambang bertaut?

Apa dia babak babak sejarah  yang wajib dirungkai?  Siapa dalam biduk dan dari mana datangnya kiambang? 

Negara  yang kita panggil Malaysia  ini adalah hasil dari sejarah pasca-kolonial. Pengalaman pasca -kolonial  kita ini bukan terpencil. Kita tidak unik. Banyak negara-negara di Asia, Afrika dan Amerika Latin wujud hasil dari pencerobohan kolonial dari Eropah. 

Setiap negara bekas tanah jajahan memiliki permasaalah sendiri. Tahik dan najis yang telah ditinggalkan oleh penjajah bersepah-sepah. Ada masalah yang kita - bekas tanah jajahan -  sesama merasai. Dan ada masalah khusus  yang hanya  kita di Tanah Melayu sahaja mengalaminya. Ertinya ada masalah umum dan ada masalah khusus - ada generaliti dan ada partikulariti.

Dari segi sejarah Tanah Melayu, si pembawa masalah ini ialah Yang Lain. Dari segi  teori  dan fakta Yang Lain  itu ialah orang luar yang masuk ke  Tanah Melayu. Orang luar ini ialah penjajah dari Barat. 

Ada satu pekara yang wajib saya jelaskan disini. Apabila saya meyebut Tanah Melayu  dalam istilah saya termasuk Temasek dengan nama barunya Singapura.  Singapura untuk saya adalah sebahagian dari  Tanah Melayu. 

Harus juga saya terangkan bahawa Bani Melayu ini bukan hanya di Tanah Melayu - ianya merangkumi Bumi Alam Melayu yang juga dipanggil Nusantara. Dalam konteks ilmu alam moden ianya mencakupi Indonesia, Patani, Brunai dan Pilipina. Ini adalah  dunia alam Melayu.

Kiambang dunia Melayu ini mula retak dengan masuknya biduk - penjajah Barat -  Portugis, Belanda, Sepanyol dan Inggeris. Maka dunia alam Melayu terpisah-pisah hingga ke hari ini.

Justeru THE OTHER/YANG LAIN yang pertama memasuki Tanah Melayu dan membuat kacau bilau  ialah Portugis atau Benggali Puteh. Diikuti oleh Belanda. Tetapi dua kuasa kolonial Barat ini hanya berpusat  di Melaka dan wilayah pesisiran dan perlabuhan. Portugis dan Belanda  tidak masuk  menerbus ke wilayah pendalaman. Menerjah masuk ke wilayah pendalaman ini bermula dengan kolonial Inggeris. 

Wajib kita sedari bahawa - semua kuasa luar  yang datang ke Tanah Melayu membawa  niat dan cita-cita  untuk  menjarah, merampok dan mencuri harta kekayaan Tanah Melayu atas nama perniagaan. 

Kemudaratan yang paling hakiki yang telah hinggap ke Tanah Melayu  telah dibawa oleh Inggeris. Inggeria adalah Yang Lain  - telah  menjadi biduk  yang memporak perandakan Tanah Melayu hingga ke hari ini.

Persoalan nasional   Tanah Melayu  yang saya timbulkan hari ini  wujud   disebabkan oleh  kuasa kolonial Inggeris.

Bagaimana ini berlaku?

Perjanjian Anglo-Dutch Treaty 1824 adalah garis pemisah bumi alam Melayu. Bukit Seguntang Mahameru  tempat kelahiran Wan Empok dan Wan Malini - tempat bermulanya konsep Melayu  kini jatuh ke tangan Belanda. Selat Melaka terpecah dua.

Perjanjian Anglo-Thai Treaty 1909 - memisahkan empat wilayah Patani.  Kerajaan Melayu Petani  jatuh ke tangan Siam. Justeru hingga ke hari ini rakyat Petani sedang melancarkan Perang Pembebasan Patani. 

Di Tanah Melayu kuasa kolonial Inggeris telah menjarah dan merampok harta kekayaan. Untuk  menjalankan  skim cepat kaya kuasa kolonial Inggeris memerlukan buruh. Maka Inggeris membawa masuk Bani China dan Bani India. 

Melalui kuasa senjata   gerombolan Yang Lain ini telah membawa masuk dua  lagi gerombolan Yang Lain. 

Kemasukan Bani China dan Bani India ini telah  mengubah  rupa bentuk Tanah Melayu. Maka dari detik kemasukkan Bini India dan bani China inilah bermulanya  persoalan  nasional  yang tidak sudah sudah hinnga ke hari ini. Inilah punca yang melahirkan persoalan nasional. Kemasukan virus asing ke dalam tubuh badan polity Melayu telah membawa mudarat yang maha sangat.

Ketika Bani China dan Bani India dibawa masuk ke Tanah Melayu - fikrah dan intelektual Bani Melayu secara kelompok masih belum berkembang. Bani Melayu masih hidup aman damai dalam sistem feudal yang paling  asas.  Hidup kelompok bermasyarakat tanpa penggunan dinar dan rial adalah cara hidup Bani Melayu ketika itu.

Biar saya jelaskan lagi  rasa dan suasana ketika Bani India dan Bani China dibawa masuk oleh Inggeris. Suasana atau ambiance politik ketika  itu samalah saperti apa yang berlaku pada tahun 1962/1963/1964 di Sabah dan di Sarawak. 

Ini ketika Cobbold Commission sedang menjalankan pungutan suara  - untuk Sabah  dan Sarawak bersama mendirikan Malaysia. Pada ketika itu anak jati  Sabah dan Sarawak masih belum tinggi pembelajaran. Tidak ramai yang berpendidikan tinggi. Jika ada mereka hanyalah pekakas kolonial.

Justeru hari ini 2017 - kita lihat sentimen Sabah untuk Sabahan dan Sarawak untuk Bani Sarawak makin merebak. Semangat nasionalisma Borneo semakin membara. Ini kerana pada hari ini telah wujud  para pemikir dan para intelektual anak jati Sabah dan Sarawak. Mereka melihat pada ketika ini   mereka juga berhadapan juga dengan persoalan nasional  hasil kewujudan Malaysia. 

Sabah berhadapan dengan pendatang haram dari  Pilipina. Ini contoh persoalan nasional Sabah yang sama sedang membarah saperti yang sedang kita hadapi di  Tanah Melayu.

Untuk Sabah dan Sarawak trajedi mereka bermula pada tahun 1962. Banyangkan betapa gelapnya Bani Melayu  di Tanah Melayu ketika Inggeris membawa masuk Bani China dan Bani India. Babak ini terjadi dalam kurun ke 19. Bani Melayu  secara rambang tidak tahu apa-apa pada ketika itu.

Perjanjian Pangkor 1874 telah membolehkan Inggeris  menjarah Tanah Melayu. Penjarahan ini  dapat dijalankan melalui  kekuatan senjata.  Inggeris sesuka hati telah membawa masuk buruh dari India dan China.

Wajib kita sedari ketika  Pejanjian Pangkor ditanda tangani  belum ada pemikir Melayu, belum ada intelektual Melayu, belum wujud ulamak  Melayu yang bangun dan menyatakan tentangan.
Apa yang saya rakamkan ini adalah fakta sejarah.

Untuk memahami semua ini maka saya munculkan  satu metapora untuk perbandingan. Pada tahun 1970 Lim Goh Tong telah membuat tempat perjudian di Genting.  Tanah kerajaan Pahang telah diberikan oleh PM Razak itu untuk sarang  perjudian.

Apa yang ingin saya timbulkan ialah - apakah pada tahun 2017 ini Najib akan berani memberikan tanah untuk satu lagi perjudian  Genting? Apakah Najib akan ditentang? Apakah Najib akan diberi laluan mudah saperti mudahnya Inggeris membawa masuk buruh dari China dan India.

Metapora ini bertujuan untuk saya menimbulkan  persoalan bahawa ketika Bani Melayu bodoh tanpa ilmu pegetahuan ketika itulah kuasa kolonial Inggeris  telah membawa masuk Bani India dan Bani China ke Tanah Melayu. 

Saya timbulkan ini kerana apa yang berlaku  sesudah kemasukan Bani China dan Bani India ke Tanah Melayu ialah mereka telah diberi hak kerakyataan.

Persoalan hak kerakyatan  diagih kepada  Yang Lain ini telah dipaksakan keatas  Bani Melayu.  Bani Melayu telah dipaksa menerima Bani China dan Bani India untuk menjadi warga negara Tanah Melayu. 

Tentang hak kerakyatan ini biar saya bersurah untuk melihat bagaimana hak kerakyatan boleh didapati di UK atau  di Amerika untuk kita jadikan perbandingan.

Dunia mengenali Albert Einstein seorang  saintis yang maha hebat. Einstein dilahirkan di German pada tahun 1879.  Ertinya dia warga negara German. Dia  hanya menjadi warga Amerika pada tahun 1940. Sebelum diterima menjadi warga negara Amerika  si Bijak ini juga wajib melalui proses mempelajari sejarah dan budaya Amerika.  Wajib lulus pepereksaan. Wajib tahu Bahasa Inggeris. Semua ini wajib dilalui sebelum mendapat hak kerakyatan walau pun Einstein ini pemikir dunia terulung.

Apakah ini berlaku ketika Bani China dan Bani India  menjadi rakyat Tanah Melayu sebelum Merdeka 1957?

Kalau kita ke Brunai kita akan bertemu dengan  orang Melayu dari Malaysia atau orang China  dari Sarawak yang telah berpuluh tahun tinggal di Brunai. Mustahil mereka akan mendapat status kerakyatan Berunai. Berunai adalah untuk Jati Berunai. 

Jika kita ke Kuwait, Dubai atau Abu Dhabi - kita akan bertemu warga bukan Arab yang telah bertahun tahun duduk di wilayah ini. Tapi mustahil mereka akan diterima sebagai warga negara. Kuwait untuk Arab Kuwait.

Apa yang ingin saya sampaikan ialah - ketika Bani Melayu  tanpa pelajaran kuasa kolonial Inggeris telah memaksa Bani Melayu menerima Bani China dan Bani India sebagai warga negara Tanah Melayu. 

Konsep Jus soli teah dipaksakan oleh Reid Commission keatas Bani melayu. Ini samalah saperti warga Sabah dan Sarawak telah dipaksa menerima Cobbold Commission. Pada hemat saya ini adalah satu kesilapan yang melahirkan trajedi yang menghempap Tanah Melayu hingga ke hari ini.

Apa seterusnya akan berlaku? Tunggu minggu hadapan. END



NOTA
tulisan ini telah disiarkan
dalam SUARA KEADILAN
sesiapa ingin melanggan 
akhbar mingguan ini
sila pukul talipon
03-92-21-10-45







---------------

1 ulasan:

panglimo potaseh berkata...

Haji tt .. dalam tulisan Lu diatas, Lu kata dulu melayu tanpa pelajaran, bodoh dan banggang .. maka senang-senang omputih bawa Ah Seng dan Batumalai masuk dan terus jadi warga Tanah Melayu .. dan kebanyakan mereka terus pelat dan palat. Sekarang pong ramai warga asing masuk di kasi milik harta lagi .. adakah melayu masih bodoh macam dulu lagi? .. lebih teruk lagi dah lah bodoh, telur pun tak dak?