.

Rabu, 7 Jun 2017

HARI KE DUA BELAS









MASUK HARI 

KE DUA BELAS


jam satu petang
kuala lumpur redup
hari ini gua tidak puasa
gua cabut gagi
senin satu batang
hari ini dipereksa lagi
kesakitan berterusan
sakit gigi cukup menggangu
semua jadi kelam kabut
pil pembunuh sakit
 gagal buat kerja

aduh! baginilah kesah gigi

kelamarin gua sempat
ke bazar ramadan
bangsar utama
ini wilayah daerah gua

tahun lalu kami dari
dapur jalanan buka kedai
kami jual ikan patin sangkar
kami juga jual biskut
tahun ini kami tak buat apa apa

ada berita baik
ada berita tak baik

berita tak baik 
kami kehilangan 
tukang masak

berita baik
tukang masak kami
telah pergi ke london
untuk meneruskan kuliah

aaaah! ini lah kesah hidup

bazar dibangsar utama
hambar hambar
tak ramai tak sibuk
ini  gua bandingkan
dengan tahun lalu
gerai mak cik
gerai pak cik
kureeeeeng

sekali pandang kita tahu
ini ialah keadaan ekonomi
negara kita hari ini

nilai ringgit jatuh mendadak
bila ringgit jatuh
maka
semua barangan 
naik harga

ah! inilah harga yang kita bayar
jika kita terus menyokong najib

gua tak puasa hari ini
gua harap petang ini
kes gigi gua selesai
gua akan jumpa
bomoh petang ini

SELAMAT

BERBUKA





----------------

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bazar ramadan di mana2 tahun ni dah tak semeriah tahun2 yang lepas.di bandar besar sudah tidak sesak lagi.peniaga pun ada yang sudah tak berniaga.balik kampung tengok bazar ramadan di kampung pun sama.selalunya nak bernafas pun susah.sekarang siap boleh buat tarian soley2 depan gerai.sambutan tak meriah.begitulah juga isi poket.yang ada hambar.

batutepi jalan berkata...

Bruhh ..lu try pergi bazar ramadan putrajaya. Kat sana banyak gerai jual makanan dan minuman yg sedap². Lagi seminit nak berbuka pun masih ramai yg membeli. Kalau lu suka roti john boleh ke gerai 'roti john unan' gua jamin itu roti john paling cemerlang dan terbaek dalam asia tenggara.