Sabtu, 8 Julai 2017

MANA PEMIMPIN PARTI ISLAM HILANG






FACE BOOK

KENAPA TIADA PIMPINAN Pas TAMPIL SOKONG TUAN IBRAHIM?
Zulimran Nasution Abdullah Omar's Profile Photo, Image may contain: 1 person, eyeglasses and text
Walaupun semua persoalan yang dilontarkan oleh Timbalan Presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai menjawab perlecehan yang cuba dilakukan oleh Ketua Pengarah JASA, Puad Zarkashi terhadapnya bukanlah sesuatu yang asing dan baru, tetapi sebenarnya itulah pertanyaan yang selama ini turut bersarang dalam pemikiran rakyat Malaysia yang prihatin.

Antara yang ditanyakan oleh Tuan Ibrahim kepada Puad ialah:-
"Jika Ketua Pengarah Badan Propaganda Kerajaan JASA, Mohd Puad Zarkashi begitu yakin bahawa tiada salahlaku di dalam 1MDB, Pas mencabarnya untuk mendesak kerajaan untuk mendedahkan laporan audit 1MDB untuk dibandingkan bersama dengan laporan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) dan biar rakyat menilai sendiri.
"Apakah komen dan kesimpulan utama yang dibuat oleh Ketua Audit Negara mengenai audit 1MDB?
"Apakah laporan audit itu berjaya disiapkan dengan semua dokumen yang lengkap?
"Apakah setiap transaksi kewangan 1MDB ke luar negara dapat diperiksa oleh Jabatan Audit Negara dengan pernyataan-pernyataan bank antarabangsa yang melibatkan 1MDB?
"Apakah PAC dapat menemuramah Jho Low sebelum menyiapkan laporan?
"Mengapa sehingga kini kerajaan Malaysia dan PM sendiri tidak menfailkan saman terhadap Sarawak Report mahupun The Wall Street Journal atas fitnah-fitnah terhadap 1MDB sekiranya ia betul fitnah?"
Jelas, tepat serta mudah saja pertanyaan Tuan Ibrahim. Sebagai ketua kepada sebuah badan propaganda kerajaan, Dr. Puad mesti tampil menjawabnya juga dengan jelas, mudah, betul dan meyakinkan.
Malah, berbanding dengan percubaan Presiden Pas, Hadi Awang yang mahu mengaitkan saman DOJ sebagai suatu campurtangan asing, persoalan yang dilontarkan oleh Tuan Ibrahim tentang 1MDB ternyata jauh lebih relevan dan dapat diterima.
Tetapi, kenapa sehingga ini tiada seorang pun pemimpin Pas menyambut atau menyokong Tuan Ibrahim?
Mengapa kenyataan Hadi Awang mengenai campurtangan asing lebih banyak disambut dan disokong, sedangkan suaranya itu hampir saja senada dengan luahan mengampu Salleh Said Keruak dan Annuar Musa?
Apakah pemimpin-pemimpin Pas yang lain enggan menyambut dan menyokong kenyataan Tuan Ibrahim itu kerana lebih takut dilihat bercanggah nada dengan Umno daripada kelihatan mahu menunjukkan ada kebersamaan?
Tuan Ibrahim sajakah satu-satunya yang berani?
Masihkah Pas secara keseluruhannya kenal "amar makruf, nahi mungkar?


Mohd Desa Ahmed Peluang depan mata, sepatutnya pimpinan Amanah menyokong tindakan TITM tu, baru.Pas mengelabah ,,
LikeShow more reactions
Reply
5
19 hrs
Zulimran Nasution Abdullah Omar Dengan membiarkan saja kenyataan TITM akan lebih memberi kesan kepada persepsi rakyat bahawa Pas tidak konsisten dalam perjuangan mereka. Presiden ke kiri timbalan ke kanan. Akhirnya ahli pening dan keliru sendiri
LikeShow more reactions
Reply
3
19 hrsEdited
Ahmad Husni Ahmad Barisan Ulamak telah terdedak???
LikeShow more reactions
Reply
3
19 hrs
AkuLah Pedang Ajk Pas aka HamPas Pusat wala dgn Najib n Hadi je..yg lain g mampus..
LikeShow more reactions
Reply
1
18 hrs
EzReen Mahmeed Tuan brahim baru rasa mcm mana Mohd Sabu rasa dulu... tapi lagi berat bagi tuan berahim sebab beliau langsung tiada pengikut dari kalangan pimpinan.
LikeShow more reactions
Reply
3
17 hrs
Js Sipawon Tak da pengikut senang jer.. klu dah tak di sokong panjat atas pagar baru berfikir nak terjun kiri ata kanan.
LikeShow more reactions
Reply2 hrs
Mohd Syaehoni Ibnu Hajar Lau sya perhati hanya TITM yg istiqomah yg lain susah nak cakap
LikeShow more reactions
Reply
1
13 hrs
Ahmadi Osbina N a k cakap salah tak cakap salah SEMUANYA SERBA SALAH 
Cubaan...
LikeShow more reactions
Reply12 hrs
Hussin Yg lain lain semua terdaroh dedak ..
LikeShow more reactions
Reply11 hrs
Johari Sulaiman Pendekatan TITM transparen,relevan senada dan selari dgn kehendak jemaah akarumbi parti....hendaknya TITM istiqamah dgn agenda parti.
LikeShow more reactions
Reply14 mins




----------------------

Tiada ulasan: