Rabu, 4 November 2020

INI JALAN TERBAIK - INI LORONG BETUL

 


TAK PERLU

KLIM DIA SALAH

KITA BETUL 

AMIN

MEREKA TERPESONG

KITA YANG BENAR

AMIN



Nik Zawawi mohon maaf dakwa Bible terpesong

AHLI Parlimen Pasir Puteh Nik Mohamad Zawawi Salleh meminta maaf dan menarik balik perkataan “dipesongkan”, yang merujuk kepada kitab Injil, yang digunakannya ketika perbahasan di Dewan Rakyat pada hujung Ogos lalu, yang menyentuh sensitiviti penganut Kristian.

Nik Mohamad Zawawi membuat kenyataan yang mencetuskan kontroversi itu pada 26 Ogos semasa membahaskan rang undang-undang pindaan ke atas Akta Pengangkutan Jalan 1987 mengenai hukuman lebih berat terhadap pemandu mabuk.

Katanya, penggunaan perkataan “dipesongkan” dalam perbahasan itu untuk mempertahankan keaslian Kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa.

“Saya mohon maaf, saya tak berniat begitu. Saya berniat untuk pertahankan kitab Injil asal yang diturunkan kepada Nabi Isa tanpa perubahan,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Harun sebelum itu mengarahkan Nik Mohamad Zawawi menarik balik dan membuat permohonan maaf susulan notis berhubung perkara itu yang dikemukakan oleh Ahli Parlimen Bandar Kuching Kelvin Yii.

“Mengenai kenyataan Pasir Puteh, semasa perbahasan Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan (2020) Pindaan, Pasir Putih nyatakan pandangan kaca mata Islam, itu sebagai pandangan akidah Islam. Pasir Puteh secara terang dalam hansard, beliau tidak sama sekali berhasrat burukkan mana-mana agama.

“Namun dalam kehangatan perdebatan, Pasir Puteh guna perkataaan ‘dipesongkan’, dan ‘diubah’ yang mengguris hati penganut beragama Kristian.

“Saya minta Pasir Puteh mohon maaf dan tarik balik perkataan tersebut,” kata Azhar.

Nik Mohamad Zawawi sebelum ini tegas mempertahankan kenyataan tentang Perjanjian Lama melarang pengambilan alkohol.

Susulan kenyataan kontroversi itu, kumpulan Kristian di Sabah dan Sarawak serta juga Persekutuan Kristian Malaysia mendesak pemimpin PAS itu menarik balik kata-katanya dan memohon maaf.

Dua ahli Parti Solidariti Tanah Airku (Star) dari Sabah turut memfailkan tindakan saman terhadap Nik Mohamad Zawawi.

Ketua Bahagian Star Tanjung Aru Marcel Jude Joseph dan ahli parti, Margaret Binsing mendakwa wakil rakyat PAS itu menghina dan gagal menghormati agama lain.

Nik Mohamad Zawawi juga diambil keterangan oleh polis yang membuka kertas siasatan selepas sekurang-kurang 22 laporan polis dibuat di seluruh negara, dengan 16 daripadanya dibuat di Sarawak. – 3 November, 2020.





SEMUA JALAN

DALAM DUNIA

MENUJU 

KE CHOW KIT

AMIN

SEMUA LORONG

DALAM DUNIA

MENUJU KE

LORONG HAJI  TAIB

AMIN 

SEMUA MANUSIA

 DALAM DUNIA INI

LAHIR  DARI 

LORONG YANG SAMA 

AMIN

DARI LORONG 

HAJI TAIB

 AMIN







Tiada ulasan: