Rabu, 4 November 2020

SEMPADAN MASIH DITUTUP

 



AWAS

Mukim 12 Barat Daya 

Pulau Pinang 

dikenakan PKPB



AWAS

Pintu sempadan negara 

masih tutup, 

kata Ismail Sabri




AWAS

8 lagi maut 

dan 1,032 kes baharu

 Covid-19 direkod

1,032 kes baharu Covid-19 dilaporkan hari ini dengan Sabah menyumbang sebanyak 646 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Lapan lagi terbunuh, menjadikan jumlah korban wabak negara naik kepada 271 orang.

Selepas Sabah, Selangor menjadi negeri kedua tertinggi dengan 231 kes.

Negeri Sembilan dan Labuan pula masing-masing melaporkan 44 dan 28 kes.

Semalam, 1,054 kes baharu dilaporkan selepas seminggu sejak 26 Oktober, Malaysia melaporkan kes baharu harian bawah 1,000.

Dengan data terbaru itu, jumlah keseluruhan kes Covid-19 negara kini mencecah 35,425 kes.

“Sabah sekali lagi merekodkan jumlah tertinggi jangkitan, diikuti negeri di Lembah Klang dan Labuan,” kata Dr Noor Hisham.

“Semua negeri yang disebut masih berada dalam perintah kawalan pergerakan bersyarat.”

Daripada lapan korban hari ini, tujuh dilaporkan di Sabah dan satu di Perak. Tujuh orang mangsa adalah lelaki dan semua kecuali seorang adalah warga emas berusia atas 60 tahun.

Walaupun Sabah melaporkan kes harian tertinggi, negeri itu juga melaporkan kes pulih terbanyak hari ini, 472 kes daripada jumlah kes pulih hari ini sebanyak 820 kes.

Secara keseluruhannya, jumlah kes pulih di Malaysia adalah 24,815 kes.

Terdapat 10,399 kes aktif, 82 daripada dirawat dalam ICU dengan 27 orang memerlukan bantuan alat pernafasan. – 4 November, 2020.




HATI
HATI

AWAS












1 ulasan:

cikminah berkata...

Bagus!!!!!
25,000 orang pekerja Bangla sedang merusuh di Dahka, nak mintak masuk balik Malaysia, bekerja. Mereka minta kerajaannya bincang dgn Malaysia. Ismail Sabri kata, bincang boleh tapi masuk tak boleh. Hahaha...!!

Bukankah kehidupan di Malaysia sangat menyeksakan dan tidak berprikemanusiaan....?