Isnin, 4 Disember 2023

JANGAN SEBAR FITNAH TENTANG DITIMPA BALA


Mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 4,530 orang

JUMLAH mangsa banjir di Kelantan meningkat kepada 4,530 orang daripada 1,462 keluarga setakat 8 pagi ini, berbanding 4,398 orang daripada 1,405 keluarga malam tadi.

Menurut portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), kesemua mangsa kini berlindung di 12 pusat pemindahan sementara (PPS) di jajahan Pasir Mas dan Tanah Merah.

Di Pasir Mas, 11 PPS dibuka melibatkan Sekolah Kebangsaan (SK) Gual To’Deh, Rantau Panjang yang menempatkan 813 mangsa daripada 264 keluarga, SK Gual Tinggi (898 mangsa daripada 293 keluarga), Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Baroh Pial, Rantau Panjang (634 mangsa daripada 225 keluarga), SMK (Agama) Lati (88 mangsa daripada 23 keluarga) dan Masjid Mukim Padang Licin (116 mangsa daripada 45 keluarga).

Enam lagi PPS ialah SK Gual Periok yang menempatkan 269 mangsa daripada 79 keluarga, SK Sri Kiambang (345 mangsa daripada 107 keluarga), SK Chicha Tinggi (261 mangsa daripada 72 keluarga), SK Lati (223 mangsa daripada 62 keluarga), SMK Gual Periok (153 mangsa daripada 41 keluarga) dan SK Sri Rantau Panjang 2 (711 mangsa daripada 243 keluarga).

Selain itu, sebuah PPS dibuka di jajahan Tanah Merah iaitu Balai Raya Padang Kijang dengan menempatkan 19 mangsa daripada lapan keluarga.

Sementara itu, berdasarkan laporan https://publicinfobanjir.water.gov.my/ Sungai Golok di Pasir Mas merekodkan bacaan paras bahaya iaitu 9.97 meter manakala Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat berada pada tahap waspada dengan bacaan 2.30 meter. – Bernama, 4 Disember, 2023

WOIT

JANGAN SEBAR

FITNAH

AMIN

BALA BANJIR

BUKAN KERANA

PEMIMPIN NEGARA

MAIN BONTOT

AMIN

BUKAN KERANA

KONSERT

 COLD PLAY

AMIN

BUKAN KERANA

KONSERT SIAM

DI BACOK

AMIN

BALA INI AKIBAT

PEMANASAN DUNIA

AMIN

IKLIM BERUBAH

KERANA BAKAR

MINYAK PETROL

AMIN

KHALAS

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

TT, banjir besar tahun 1971 dulu sebab pemanasan gelobal jugak ke? Tolong jawab, masa tu jika kerja di sawah padi pekerja sanggup kerja hingga tengah hari, tidur malam kena pakai selimut jika tidak akan menggigil kesejukan, masa tu hutan tak banyak ditebang, masa tu tak ada kebun musang king di Pahang dan di Kelantan, tapi banjir besar jugak, cuba fikir fikirkan, mungkin kah masa tu ramai orang orang lelaki di Malaysia ni ke Siam melalui Kedah , Utara Perak dan Kelantan memancutkan air nya di Siam lama kelamaan air tu melimpah semula ke Malaysia menjadi banjir? Kah kah kah

panglimo potaseh berkata...

Ini lah bala ontok Serambi Mosko .. Tohan murka sebab mereka anjorkan konsert Luchah Siam .. ini sangat bersalahan dongan hokoom Tholibban .. maka NURAKA JAHANAM lah jawapan nye.

Tanpa Nama berkata...

bro..cuba lu jual buku lu di kedah,perlis, terengganu dan kelantan..pasti laku laris..