Isnin, 4 Disember 2023

KERAJAAN AKAN TUMBANG KATA MT UMNO


Samsuri boleh jadi PM jika Pas berjaya pujuk BN sokong PN

PETALING JAYA: Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar boleh menjadi Perdana Menteri sebelum Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) jika Pas berjaya memujuk Barisan Nasional (BN) untuk menyokong Perikatan Nasional (PN).

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Isham Jalil berkata,  dengan bertautnya kembali kerjasama dua parti terbesar Melayu dan Islam itu, tidak mustahil kerajaan perpaduan akan tumbang dan digantikan dengan kerajaan muafakat dalam masa terdekat.

“Jika UMNO tidak sokong, maka PN tidak akan boleh bentuk kerajaan sebelum PRU16.

“Walaupun UMNO hanya mempunyai 26 kerusi, apa-apa ‘permutasi’ pun memerlukan 26 kerusi UMNO ini untuk menukar dan membentuk kerajaan,” kata beliau dalam kenyataan.

Menurut beliau,  jika Pas tidak berjaya mendapatkan sokongan BN maka parti itu bersama gabungannya  tidak akan boleh membentuk kerajaan. 

Oleh itu, menurut beliau, apa yang bakal terjadi akan bergantung kepada apa akan dilakukan oleh Pas selepas ini.

“Sebagai ahli UMNO, hasrat saya adalah apa-apa pun yang terjadi selepas ini akan memberi manfaat kepada UMNO dan perjuangan orang-orang Melayu dan Islam negara ini,” kata beliau.

Kata beliau, jika Pas gagal memujuk BN  maka parti itu perlu memenangi PRU16  yang bakal diadakan dalam tempoh empat tahun lagi.

Bagaimanapun, menurut beliau, untuk menunggu PRU16 adalah satu tempoh yang lama dan terdapat kemungkinan besar ramai pemimpin pembangkang akan ditangkap dan didakwa di mahkamah atas pelbagai kesalahan dan jenayah.

“Ini akan memberikan pelbagai tekanan politik ke atas mereka. Bagaimanapun tekanan-tekanan ini tidak akan melemahkan parti mereka walaupun pemimpin parti mereka silih berganti, ini kerana Pas adalah parti yang lama dan telah berakar umbi dan mereka berpegang kukuh kepada ideologi dan perjuangan asal mereka yang sekian lama iaitu untuk menegakkan Islam di negara ini.

“Mereka akan terus menang dalam pilihanraya-pilihanraya walaupun beberapa pemimpin mereka didakwa malah tekanan-tekanan kerajaan akan menambah simpati rakyat terhadap mereka,” kata beliau.

Kenyataan Isham dipercayai ada kaitan dengan kemenangan besar diraih oleh Ahmad Samsuri di dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman Sabtu lalu yang didakwa sebagai pembuka pintu untuk PN menawan Putrajaya. –

WOIT

SATU KENYATAAN

JUJUR DARI

PEMIMPIN UMNO

AMIN

RAMAI LAGI

PEMIMPIN PERIKATAN

AKAN DITANGKAP

KAH KAH KAH

BOLEH GUNA SPRM

BOLEH GUNA LHDN

BOLEH GUNA

AKTA BAGINDA 

QUEEN

AMIN

BOLEH BUAT

SEMPADAN BARU

AMIN

SAMPAI KIAMAT

KAWASAN CHINA

JADI MAJORITI

AMIN

SAMPAI KIAMAT

PERIKATAN RABA

TELOR

KAH KAH KAH

AMIN

KHALAS

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Isham, itu bukan raba telor, dia cuba melindungi kotenya yang mula keras, apa yang menyebakan dia jadi begitu ialah kerana pujukan isterinya hingga dia buat u turn

Tanpa Nama berkata...

Kenyataan daripada calon yang tewas PRU 15 dan terbuang dalam parti tidak boleh diterima pakai. Orang yang sudah tidak laku dalam parti.