Isnin, 4 Disember 2023

LAWAK BERDIRI DARI ZAHID


PRK Kemaman bukan referendum kerajaan perpaduan, kata Zahid

KEKALAHAN besar Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Kemaman Sabtu lalu bukanlah referendum mengenai kerajaan perpaduan, kata Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden Umno itu turut menyangkal dakwaan sokongan kepada PAS meningkat dalam pilihan raya kecil itu dan berkata peratusan keluar mengundi yang lemah dalam kalangan penyokong BN telah menyumbang kepada kekalahan besar itu.

“Kita tidak boleh menganggap ia referendum (menentang kerajaan perpaduan), kerana ia hanya bulatan kecil di Kemaman.

“Mustahil untuk mengandaikan undi daripada 141,000 orang di Kemaman diterima sebagai pungutan suara. Jadi, kita harap mereka (PAS) tidak berkhayal,” katanya yang dipetik pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata 31.7% penyokong setia BN gagal mengundi pada Sabtu lalu.

“Tiada peningkatan sokongan kepada PAS tetapi kira-kira 10,000 pengundi BN, khususnya pengundi Umno, tidak keluar mengundi.”

Beliau berkata ini adalah sebab mengapa undi PAS meningkat pada pilihan raya kecil itu.

Pada PRK Sabtu lalu, calon PAS Ahmad Samsuri Mokhtar mendapat 64,998 undi, menewaskan calon BN Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor (27,778 undi).

Samsuri mendapat 70% daripada undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas mahkamah pilihan raya Terengganu pada 26 September memutuskan untuk membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid dalam pilihan raya umum tahun lepas.

Ahad lalu, Naib Presiden Umno Johari Abdul Ghani berkata Majlis Tertinggi parti akan melihat semula kekalahan BN kepada Perikatan Nasional.

Beliau berkata masih terlalu awal untuk memastikan puncanya kerana ia masih belum mendapat butirannya.

“Dalam mesyuarat itu, kita akan meneliti bagaimana kita boleh berdepan kekalahan yang lebih ketara berbanding pilihan raya umum ke-15. Kita perlu mengkajinya dengan teliti.

“Majlis akan menyemak keputusan semalam secara mendalam,” katanya dipetik sebagai berkata dalam laporan The New Straits Times hari ini. – 4 Disember, 2023.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH

ZAHID CAKAP

 BETUL INI BUKAN

REFERENDUM

KAH KAH KAH

KALAU BUKAN

REFERENDUM

APA DIA ?

KAH KAH KAH

INI HANYA BUKTI

RAKYAT BENCI

KERAJAAN

KAH KAH KAH

ORANG  MELAYU

TAK SUKA DAP

TUNGGANG

PAKATAN

AMIN

ORANG MELAYU

DAH SEDAR

SILAP SILAP

TANAH MELAYU

TERGADAI PADA

CHINA MERAH

AMIN 

KHALAS


3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ini statement datang dari tukar tiub... bukan dari taliban.. jeng jeng jeng

Amier The Hero berkata...

Aduhh.. ada lagi ke wak jahid ni?!! Sebaiknya, dalam keadaan tidak sihat tu.. bawak² la duduk diam. Jgn la hebohkan politik lagi, umo dah brapo tu hah. Anytime ajo kalau yg kat atas tu nak cabut nyawo bilo umo² cegitu. Jgn kan kato umo gitu, yg mudo pun anytime boleh jalan sojak² suntik beksin ni. Org kato, di ujung² nyawo ni.. jgn bg org menyumpah laie dah la. Jgn bg org bersorak bilo ekau hombuih napas terakhir nnt. Sebaik eh buek la sikit kebaikkan utk org konang, jgn asik jadi keboncian org ajo. Den bkn nak kato apo la, sobut ajo namo dio ni.. otometik kuar perasaan bonci tu. Jgn kan namo dio, kuar namo anak eh tu pun den meluat. Menyombong tak ketahuan di angah

Tanpa Nama berkata...

wah wah bro..sewa rumah dah bayar belum? sedap tibai melayu anti DAP..bukan kah lu nak lancarkan buku katak hijau bersama YB DAP ke bro..? sakai pun macam sek2 kito oportunis..mana yg bawa untung dia sokong..bila kena dakwa, peguam DAP juga sakai ambil...benar kata org tua dulu, hati2 dgn ilmu sakai..masuk suku je tak bole masuk penuh sebatang..