Sabtu, 27 Januari 2024

DAIM BANGUN MELAWAN




Saya tak sabar dengan hari-hari di mahkamah nanti – Daim

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Kewangan, Daim Zainuddin difahamkan akan didakwa Isnin ini di Mahkamah Sesyen. 

Dalam satu kenyataan ringkas, Daim  difahamkan akan didakwa atas pertuduhan yang sama dikenakan terhadap isterinya,  Na’imah Khalid beberapa hari lepas.

Kata Daim, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merekodkan kenyataan beliau semalam (Jumaat).

“Peguam saya telah difahamkan bahawa saya akan didakwa pada Isnin 29 Januari  ini mengikut Sesyen 36(2) Akta SPRM 2009 iaitu kesalahan tidak isytihar aset.

“Baiklah, saya tidak sabar dengan hari-hari saya di mahkamah nanti,” katanya melalui peguam beliau.

Minggu lepas, Nai’mah mengaku tidak bersalah atas dakwaan gagal mematuhi notis SPRM dengan tidak mengisytiharkan harta dihadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi dan mohon dibicarakan.

Manakala Ketua Pesuruhajaya SPRM, Tan Sri Azam Baki semalam mendedahkan pihaknya akan mendakwa Daim selewat-lewatnya minggu hadapan atas dakwaan gagal mengisytiharkan hartanah yang dimiliki bersama isterinya.

Pada 10 Januari lalu, Na’imah bersama dua anaknya, Muhammed Amin dan Muhammed Amir, memberi keterangan di ibu pejabat SPRM di Putrajaya, bagi membantu siasatan rasuah terhadap Daim.

Na’imah juga mendakwa suaminya dianiaya disebabkan kejayaan sebagai ahli perniagaan sehingga digelar hartawan dan jutawan biar pun sebelum menyertai kerajaan.

Beliau berkata disebabkan kejayaan itu, ia dijadikan alasan untuk memfitnah nama baik Daim dan menggambarkannya sebagai seorang perasuah.

Daim sebelum ini dilaporkan antara yang turut disiasat SPRM berkait transaksi korporat bernilai RM2.3 bilion pada November 1997 yang membabitkan Renong Bhd dan United Engineers Malaysia Bhd (UEM), dua entiti yang juga bekas tonggak perniagaan dikaitkan dengan UMNO ketika parti itu mentadbir negara.

Siasatan itu kesinambungan daripada pendedahan dokumen sulit oleh International Consortium of Investigative Journalists  berhubung transaksi yang disyaki berlaku di beberapa pusat kewangan luar pesisir.

Susulan itu, SPRM pada Jun lalu membekukan akaun bank berjumlah lebih RM39 juta antara lain membabitkan milik bekas menteri kanan, dua ahli perniagaan bergelar Tan Sri dan ahli keluarga mereka.

Pembekuan itu membabitkan 192 akaun bank, merangkumi 35 akaun syarikat dan 157 akaun individu.

Bulan lalu, SPRM turut menyita Bangunan Menara Ilham di Jalan Binjai di sini yang dikatakan milik keluarga Daim.

Menara Ilham difahamkan mempunyai ketinggian 274 meter merangkumi hotel empat bintang, pejabat rasmi, galeri, medan selera serta kedai cenderamata, manakala sebanyak 33 tingkat aras untuk kegunaan pejabat dan selebihnya adalah apartmen. –

WOIT

DAIM BANGUN

MELAWAN

AMIN

BOLEH KE BANGUN

DENGAR KOBA

PAKAI KERUSI RODA

AMIN

ADA BERAPA

LAGI NAMA DLM

PANDORA PAPER

KAH KAH KAH

WOIT

MAHKAMAH KITA

AKAN PENUH

DENGAN TUN TAN TIN

KENA DAKWA

KAH KAH KAH

KHALAS

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dah tak keras nak bangun macam mana. Kah kah kah