Sabtu, 27 Januari 2024

MAHKAMAH DUNIA


MAHKAMAH 

DUNIA - ICJ


SABTU 27 JANUARI 2024
DUNIA HARI INI HEBOH
DENGAN KEPUTUSAN SEMENTARA
MAHKAMAH DUNIA ICJ
YANG BERSIDANG DI DEN HAQUE
BELANDA

MAJORITI HAKIM
MAHU ISRAEL JANGAN BUNUH
ORANG AWAM
BENARKAN UBATAN MASUK
BENARKAN MAKANAN MASUK
KE GAZA

TAPI TAK SEBUT
GENCATAN SENJATA
UNTUK GUA INI PUN DAH CUKUP
DALAM SATU BULAN ISRAEL
DIWAJIB BERI LAPORAN
TENTANG ARAHAN MAHKAMAH

ADA YANG KECEWA
KERANA TAK SEBUT
GENCATAN SENJATA - CEASE FIRE
TAPI JANGAN BUNUH ORANG AWAM
MAKNAYA  HENTIKAN PERANG

DI ISRAEL
NETANAYHU MARAH
BUKAN ISRAEL YANG MELAKUKAN GENOCIDE
TAPI HAMAS
KAH KAH KAH

KITA TENGOK HARI INI
APA REAKSI DUNIA
AMIN

AMERIKA
MAHKAMAH JATUH HUKUM
PADA TRUMP
KES SAMAN MALU
TRUMP WAJIB BAYAR 
83 JUTA DOLAR
PADA MINAH  YANG KLIM
DIA DIMALUKAN OLEH TRUMP

YAMAN
SEBUAH KAPAL MINYAK
TERBAKAR DI LAUT MERAH
HASIL SERANAG SOLDADU YAMAN

GUANTANAMO BAY
DUA WARGA MALAYSIA
KES BOM BALI
DAH 20 TAHUN DALAM PENJARA
MUNGKIN AKAN DIBAWA PULANG

HOKKIEN
PAGI INI CERAH SEGAR
LANGIT BIRU TERBENTANG
MATAHARI DAH KELUAR
DAH TERASA BERSINAR DIMUKA

HOW WOW
BERSUARA TAK HENTI
DI ATAS BUKIT
GUA IKUT JALAN KE SUNGAI
NAMPAK KL & KL SENTRAL CERAH

DALAM GAUNG SUNGAI
ATAS POKOK TINGGI
GUA DENGAR 
TUK TUK TUK

DALAM BELUKAR
SUARA TERKUKUR
MENDAYU DAYU

HARI INI AKAN PANAS
GUA AKAN KE CHOW KIT
RUTIN MINGGUAN
NAK TENGOK HARGA
TELOR DAN AVOKADO
DAN APA BUAH ADA DI PASAR
AMIN

BRO
SENYUM
SENYUM SAMBUT
SABTU YANG PANAS

BRO
ADA ORANG KATA
MOTIVASI TAK TAHAN LAMA
SAMA JUGA MACAM MANDI
ITU SEBAB KITA BUAT HARI HARI

BRO
TAKDA APA BOLEH LAWAN
KEGIGIHAN YANG CEKAL

BRO
ADA BAKAT TAPI
TAK USAHA KERAS
BAKAT
JADI TAK GUNA

BRO
NAK ELAK DARI KENA TIBAI
JANGAN BUAT APA APA
JANGAN CAKAP APA APA
SENYAP TAK BERSUARA
AMIN

LAKUKAN SEKARANG
LAKUNKAN HARI INI

SELAMAT BERCUTI

Tiada ulasan: