KEPUTUSAN ICJ
Sekretariat Solidariti Palestin (SSP) mengulangi ucapan tahniah kepada Afrika Selatan dan sekutunya kerana telah membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) atas pelanggaran Konvensyen Genosida. Dalam keputusan bersejarah pada tanggal 26 Januari 2024, Afrika Selatan meraih kemenangan awal terhadap mereka yang cuba menolak kes ini sebagai “tidak asas”. ICJ mengesahkan bahwa ia memiliki bidang kuasa “prima facie” dalam kes ini dan akan meneruskan pendengaran bukti-bukti tindakan genosida oleh Israel.
Kami menyambut baik pengiktirafan ICJ bahwa di bawah Konvensyen Geneva, rakyat Palestin di Gaza, yang berhadapan serangan tentera yang sengit, harus dilindungi dari pembunuhan genosida. Mahkamah menolak dakwaan Israel bahwa operasi digelar “pertahanan diri” mematuhi undang-undang antarabangsa. Penghakiman sementara ICJ dengan tegasnya arahkan Israel mengambil segala langkah segera yang perlu untuk mencegah semua tindakan kekerasan dalam skop Konvensyen Genosida.
Mahkamah juga mengakui situasi kemanusiaan “malapetaka” di Gaza dan menuntut Israel untuk memperbaikinya.
Tambahan juga, mahkamah mencatat bahwa para pemimpin Israel telah terlibat dalam pidato atau kegiatan yang menjurus kepada hasutan pembunuhan genosida terhadap rakyat Palestin. Pengadilan memerintahkan Israel untuk mengambil langkah untuk mencegah dan menghukum sesiapa yang terlibat dalam perlakuan tersebut.
Namun, bersama komuniti solidariti Palestin lain, SSP kecewa kerana ICJ tidak mengeluarkan perintah yang jelas untuk menghentikan sepenuhnya serangan tentara Israel. Kami percaya bahwa hanya dengan gencatan senjata serta-merta dan kekal maka perintah mahkamah tersebut dapat dilaksanakan dengan berkesan.
Sebagai institusi undang-undang tertinggi di dunia, keputusan ICJ adalah muktamad tanpa kemungkinan rayuan. Meskipun ICJ tidak mempunyai bidang penguatkuasaan, keputusannya merupakan undang-undang antarabangsa penting yang mesti dihormati oleh masyarakat antarabangsa. Kami menggesa semua negara mengambil tindakan proaktif untuk mengelakkan tragedi genosida di Palestin.
SSP akan menggandakan usaha kami untuk meneruskan kempen solidariti demi keamanan abadi dan keadilan di Palestin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan