Selasa, 9 Disember 2025

MANA ANWAR BIN IBRAHIM LARI ?




Pertempuran Thailand-Kamboja tercetus semula mengakibatkan tentera dan orang awam maut


Thailand lancar operasi usir tentera Kemboja di sempadan, gencatan senjata punah


Konflik sempadan Thai-Kemboja: Angka korban orang awam Kemboja meningkat kepada 6

PHNOM PENH: Pertempuran semula di sepanjang sempadan Kemboja–Thailand dilaporkan sudah meragut sekurang-kurangnya enam nyawa orang awam Kemboja, menurut Kementerian Pertahanan di Phnom Penh, hari ini.

Tentera Thailand melepaskan tembakan ke arah wilayah sempadan Banteay Meanchey selepas tengah malam, "mengakibatkan kematian dua orang awam yang sedang melalui Lebuhraya Nasional 56 akibat tembakan peluru," kata kementerian itu dalam satu hantaran Facebook.

Menteri Penerangan Neth Pheaktra memberitahu AFP, sekurang-kurangnya empat orang awam Kemboja terbunuh akibat serangan peluru berpandu Thailand di Wilayah Preah Vihear dan Oddar Meanchey, yang juga bersempadan dengan Thailand, semalam.

Sekitar 10 orang awam lain cedera, katanya.

Tentera Thailand pula berkata, seorang askarnya terbunuh manakala 18 lagi cedera sejak pertempuran baharu bermula pada Ahad.

Kedua-dua pihak saling menyalahkan antara satu sama lain kerana mencetuskan semula pertempuran yang menyaksikan Thailand melancarkan serangan udara dan menggunakan kereta kebal terhadap jirannya, semalam.

Konflik itu berpusat pada pertikaian berusia lebih satu abad mengenai sempadan yang dipetakan semasa pemerintahan kolonial Perancis di rantau itu, dengan kedua-dua negara menuntut beberapa kuil sempadan. - AFP



WARGA SIAM

DAN KEMBOJA

SETUJU 

HUMBANKAN

 ANWAR

BIN IBRAHIM

 AMIN

INI PROJEK

MADAFAKA NAK

BODEK TRUMP

KAH KAH KAH

PERKARA TIPU

AKHIRNYA SEMUA

AKAN TERBARAI

AMIN

KHALAS

Tiada ulasan: