Selasa, 9 Disember 2025

RAFIZI PALING LAYAK GANTI ANWAR



𝐑𝐚𝐟𝐢𝐳𝐢: 𝐑𝐞𝐤𝐨𝐝 𝐏𝐚𝐧𝐠𝐠𝐢𝐥𝐚𝐧 𝐁𝐮𝐤𝐭𝐢 𝐒𝐚𝐲𝐚 𝐇𝐮𝐛𝐮𝐧𝐠𝐢 𝐏𝐌 𝐊𝐞𝐭𝐢𝐤𝐚 𝐂𝐚𝐥𝐨𝐧 𝐏𝐊𝐑 𝐃𝐢𝐬𝐢𝐚𝐬𝐚𝐭 𝐒𝐏𝐑𝐌

KUALA LUMPUR, 9 dis 25 – Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, menegaskan bahawa isu siasatan terhadap seorang calon pemilihan PKR oleh SPRM bukan dakwaan rambang, sebaliknya boleh dibuktikan melalui rekod panggilan telefon beliau sendiri kepada Perdana Menteri (PM) ketika kejadian berlaku.
Menurut Rafizi, tajuk kenyataan SPRM yang dikeluarkan pada Ahad malam — “SPRM Nafi Tuduhan Tidak Berasas Berkaitan Siasatan Pemilihan PKR 2025” — tidak menafikan fakta penting bahawa memang wujud siasatan terhadap calon tersebut dan pegawai SPRM telah pergi ke kediamannya. Individu terbabit juga dilepaskan tanpa sebarang pertuduhan.
Beliau berkata, perkara paling utama ialah garis masa siasatan itu boleh dipadankan dengan perbualannya bersama PM, yang menurutnya berlaku pada waktu kemuncak pemilihan PKR April–Mei lalu.
“Saya hanya perlu menunjukkan bil telefon bulan itu. Rekod panggilan ada, perbualan itu memang berlaku,” katanya.
Rafizi mendakwa SPRM mengelak menyatakan tarikh sebenar siasatan serta butiran tuduhan, pembelian sebuah flat kos rendah lelong yang biasanya dibayar tunai, kerana kedua-duanya akan mengesahkan apa yang beliau bangkitkan.
Katanya, beliau tidak mendedahkan perkara ini lebih awal kerana menghormati adab organisasi.
Beliau memilih untuk menyuarakan terus kepada Perdana Menteri, termasuk isu melibatkan tingkah laku setiausaha politik PM, Farhash, sebelum membuat pendedahan terbuka selepas tidak lagi terikat dengan disiplin Jemaah Menteri.
Baru-baru ini, peguam kanan Haniff Khatri mempersoalkan pendedahan Rafizi mengenai dakwaan tersebut. Menurut Haniff, jika benar wujud salah guna kuasa dalam urusan parti atau campur tangan pejabat Perdana Menteri, pihak yang sepatutnya membuat aduan adalah individu atau pemimpin PKR yang mendakwa menjadi mangsa ketika itu.
Pada masa yang sama, SPRM dalam satu kenyataan menafi dan menyifatkan tuduhan bekas timbalan presiden PKR itu sebagai “tidak berasas dan tidak benar.” @politiko.my

RAFIZI PALING

LAYAK JADI

GANTI ANWAR

BIN IBRAHIM

AMIN


Tiada ulasan: