SEMUA DI JEMPUT
DATANG
MELAYU BERHIMPUN
SABTU INI
KONVENSYEN 153
SERUAN TERAKHIR MARUAH MELAYU
📅 Sabtu | 13 Disember 2025
⏰ 9.00 pagi
📍 Saloma, Jalan Ampang, Kuala Lumpur
BANGGA JADI MELAYU ITU MUDAH…TAPI MEMPERTAHANKAN 153 ITU TANGGUNGJAWAB AMANAH
Ada satu soalan yang bangsa Melayu kena jawab hari ini....
“Adakah kita masih bangsa yang layak mewarisi tanah ini?”
Kerana di luar sana,
ada kuasa yang makin berani menyentuh hak kita,
ada suara yang makin lantang mempertikai kedudukan kita,
dan ada tangan-tangan halus sedang mengikis hak 153 sedikit demi sedikit.
Bukan esok.
Hari ini pun sudah berlaku.
153 BUKAN ANGKA.
153 IALAH SUMPAH NENEK MOYANG KITA....
153 itu bukan tulisan dalam Perlembagaan.
153 itu pagar bangsa,
yang dibina dari darah pahlawan,
air mata ibu,
dan doa datuk nenek yang tak pernah putus malam-malam dulu.
Kalau 153 runtuh,
kita bukan hilang hak tapi kita hilang maruah.
Dan bangsa yang hilang maruah…
tidak akan tinggal apa-apa untuk anak cucunya.
JANGAN SAMPAI ANAK CUCU KITA BERTANYA....KENAPA DULU AYAH, ATUK TAK BANGKIT?
Satu hari nanti,
bila mereka berdiri depan tanah yang bukan lagi milik kita,
bila suara Melayu jadi minoriti di bumi sendiri,
mereka akan bertanya.....
Di mana Melayu pada hari kedaulatannya dicabar?
Apa kita nak jawab?
13 DISEMBER BUKAN PROGRAM.
13 DISEMBER IALAH TITIK UJIAN BANGSA
Hari itu bukan sekadar himpunan.
Hari itu ialah ujian keberanian.
Kalau kita biarkan kerusi kosong di Saloma,
ingatlah satu perkara...
kekosongan itu bukan kerusi....
itu kekosongan jiwa bangsa Melayu sendiri.
BANGKITLAH WAHAI BANGSA MELAYU
Bangkit dengan jiwa.
Bangkit dengan maruah.
Bangkit kerana tanah ini tidak diwarisi,
tetapi dipertahankan.
Kalau bukan kita…
siapa lagi?
Kalau bukan sekarang…
bila lagi?
SERUAN TERBUKA KEPADA SEMUA MELAYU
Datanglah dari mana pun...
kampung, bandar, gunung, pesisir, tanah sawah, tanah rancangan.
Bawalah hati Melayu itu ke Saloma.
Kerana pada hari itu…
masa depan bangsa ini bergantung kepada siapa yang berani hadir.
Pak Ya Kabinet
Khalifah Pena
5 Disember 2025


Tiada ulasan:
Catat Ulasan