Pelajar kolej ditangkap khalwat, terdapat kesan tompokan darah pada selimut
SEGAMAT – Satu pasangan yang baru berkenalan melalui media sosial ditangkap khalwat di sebuah hotel di sini malam tadi dan penguat kuasa yang melakukan serbuan menemukan kesan tompokan darah pada selimut.
Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dalam satu kenyataan memberitahu, penguat kuasa melakukan serbuan pukul 10.30 malam dan semasa pintu bilik diketuk, pasangan berkenaan tidak segera membuka pintu bilik.
“Anggota penguat kuasa mengetuk bilik dan dibuka 5 minit kemudian oleh seorang wanita berpakaian seluar panjang dan t-shirt sambil hisap vape di tangan.
“Apabila mengetahui yang datang itu adalah penguat kuasa, dia cuba tutup pintu balik tetapi tidak berjaya.
“Penguat kuasa buka pintu dan masuk ke dalam setelah memperkenalkan diri. Penguat kuasa turut menegur wanita supaya simpan vape itu,” maklum kenyataan tersebut hari ini.
Menurut JAINJ, penguat kuasa mengeluarkan lampu suluh dan membuat pemeriksaan sebelum menyalakan lampu dan menemui seorang lelaki sedang duduk atas karpet di lantai.
Lelaki berkenaan berpakaian seluar panjang dan t-shirt serta kelihatan takut melihat penguat kuasa.
JAINJ memaklumkan, hasil soal siasat, mereka bukan suami isteri dan bukan mahram, lelaki masih bujang berumur 20-an, bukan berasal dari Segamat tetapi bekerja di daerah ini.
Sementara wanita itu pula berumur 20-an dan bukan berasal dari daerah ini, masih belum berkahwin dan belajar di sebuah kolej di negeri lain, hanya datang ke sini untuk bertemu lelaki berkenaan.
“Penguat kuasa menjumpai seluar dalam dan baju dalam kepunyaan wanita di atas kerusi. Keadaan katil dan selimut berkecah dan berkembur disyaki pasangan itu tidur di situ sebelum pintu diketuk.
“Pemeriksaan lanjut dilakukan pada selimut dan menjumpai satu kesan tompokan darah di situ yang dah kering sebesar duit 50 sen lama,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, terdapat dua kain tuala ditemui dalam keadaan basah dan terdapat beg dan pakaian wanita dalam almari tetapi tiada pakaian lelaki terbabit.
Dimaklumkan, wanita berkenaan datang ke daerah ini untuk kali pertama bertemu lelaki berkenaan dan berdasarkan rekod di kaunter, bilik hotel disewa atas nama wanita tersebut selama dua hari.
“Ini adalah hari kedua. Tidak dapat dipastikan sama ada lelaki ada bersama-sama sejak semalam atau hari ini.
Pasangan itu akan didakwa bawah Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Johor 1997.-


Tiada ulasan:
Catat Ulasan