Ahad, 4 Januari 2026

PRESIDEN MADURO DI CULIK & DI BAWA KE NEW YORK




Pesawat bawa Maduro dari Venezuela mendarat di New York

NEWBURGH: Presiden Venezuela, Nicolas Maduro tiba pada petang semalam di sebuah pangkalan tentera di Amerika Syarikat (AS), sebelum dipindahkan ke New York, susulan penangkapannya oleh pasukan AS di Caracas.

Ejen Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) mengepung Maduro ketika beliau turun dari pesawat kerajaan AS dan mengiringinya secara perlahan di sepanjang landasan di kemudahan Pengawal Kebangsaan di New York.

Pemimpin berhaluan kiri itu kemudiannya dibawa dengan helikopter ke Manhattan, di mana kontinjen penguat kuasa undang-undang yang besar sudah sedia menunggu, menurut imej yang dilaporkan AFP.

Maduro, 63, akan dibawa terlebih dahulu ke pejabat Pentadbiran Antinarkotik (DEA) AS sebelum ditempatkan di Pusat Tahanan Metropolitan, sebuah kemudahan persekutuan di Brooklyn, menurut media AS.

Pusat tahanan itu adalah penjara yang sama di mana penyanyi rap Sean "Diddy" Combs pernah ditahan sepanjang perbicaraannya tahun lalu.

Maduro dan isterinya dijangka akan didakwa pada tarikh yang belum ditetapkan di hadapan seorang hakim di New York.

Pasangan itu dituduh atas kesalahan "keganasan narkotik" termasuk mengimport berpuluh-puluh tan kokain ke AS dan pemilikan senjata haram.

INI CONTOH

TERBAIK UNTUK

MEMAHAMI

APAKAH MAKNA

IMPERIALISMA

AMIN

MAKNA 

PENJAJAHAN

BENTUK BARU

KHALAS

Tiada ulasan: