Selasa, 17 Mac 2026

EROPAH DAH BERANI KENCINGKAN TRUMP


INI TANDA

EROPAH DAH 

MAKIN BERANI

KAH KAH KAH

EROPAH TOLAK

PERANG TRUMP

KAH KAH KAH

SEMUA TAK MAHU

MASUK CAMPUR

KAH KAH KAH

PADAN MUKA

KENA KENCING

AMIN


Trump terus rayu bantu lindungi Selat Hormuz selepas Britain, Perancis keberatan


TEHRAN: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menuntut sekutu negaranya membantu mengamankan Selat Hormuz.

Namun, kuasa Eropah menolak cadangan kemungkinan misi bagi membuka semula laluan perairan penting itu yang ditutup Iran sebagai tindak balas terhadap serangan AS-Israel.

Trump mengkritik reaksi hambar terhadap gesaannya supaya kuasa dunia menghantar kapal perang bagi mengiringi kapal tangki melalui selat berkenaan, yang lazimnya mengendalikan kira-kira 20 peratus bekalan minyak mentah global, sambil menuntut sokongan lebih bersemangat.

Harga minyak dunia melonjak antara 40 hingga 50 peratus apabila Iran menyerang perkapalan di Selat Hormuz serta melancarkan gelombang serangan peluru berpandu dan dron di Teluk sebagai tindakan balas terhadap perang yang dilancarkan AS dan Israel pada 28 Februari.

Konflik itu turut merebak ke Lubnan, apabila tentera Israel melancarkan serangan serta memulakan pencerobohan darat 'terhad', yang menurut pemimpin Barat tidak seharusnya berkembang menjadi operasi berskala besar.

Trump berkata beliau menjangka Britain dan Perancis akan menyertai usaha mengamankan Selat Hormuz — namun hanya dengan keberatan.

"Kami amat menggalakkan negara lain supaya bersama kami dan bertindak dengan segera serta penuh komitmen," kata Trump kepada wartawan pada satu acara di Rumah Putih.

Jurucakap Rumah Putih, Karoline Leavitt, berkata negara sekutu AS akan mendapat manfaat daripada usaha memastikan Iran tidak akan memperoleh senjata nuklear.

"Ini adalah sesuatu yang dipersetujui bukan sahaja oleh AS, tetapi seluruh dunia Barat sejak bertahun-tahun lamanya.

"Jadi, saya fikir presiden amat wajar menggesa negara-negara ini untuk berbuat lebih lagi bagi membantu AS membuka semula Selat Hormuz," katanya kepada wartawan.

Perdana Menteri Britain, Keir Starmer, berkata London sedang bekerjasama dengan sekutu untuk merangka pelan yang 'berdaya maju' bagi membuka semula selat berkenaan.

Namun, beliau menolak kemungkinan misi Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO), manakala Berlin turut menegaskan bahawa 'sejak awal lagi jelas bahawa perang ini bukan urusan NATO'.

Jepun, Australia, Poland, Sepanyol, Greece dan Sweden turut menjauhkan diri daripada sebarang pembabitan ketenteraan di Selat Hormuz.

Menteri luar Kesatuan Eropah (EU) membincangkan konflik itu di Brussels semalam namun tidak menunjukkan sebarang kecenderungan memperluaskan misi tentera laut mereka di Laut Merah bagi membantu membuka semula Selat Hormuz, kata diplomat tertinggi blok berkenaan.

Trump pada Ahad memberitahu Financial Times bahawa keadaan itu akan menjadi 'sangat buruk bagi masa depan NATO' sekiranya sekutu enggan membantu.

Semalam, beliau berkata telah meminta supaya sidang kemuncak dengan pemimpin China, Xi Jinping, ditangguhkan kira-kira sebulan atau lebih susulan isu berkenaan. - AGENSI



Tiada ulasan: