PN MENUJU
KE ARAH
POLITIK BARU
AMIN
PN DISOKONG
UNTUK JADI
KERAJAAN
AMIN
BAWA POLITIK
GARIS TENGAH
KHALAS
MIC sah sertai PN - Takiyuddin
KOTA BHARU: Permohonan kemasukan MIC ke dalam Perikatan Nasional (PN) sudah diluluskan menerusi mesyuarat Sabtu lalu menjadikan gabungan berkenaan kini dianggotai lima parti.
Setiausaha Agung PN, Takiyuddin Hassan, berkata pihaknya akan menyampaikan surat rasmi kepada Presiden MIC, S A Vigneswaran malam ini berhubung kemasukan parti itu.
"Saya sahkan untuk berjumpa dengan Presiden MIC malam ini untuk menyerahkan surat rasmi bahawa mereka diterima sebagai parti anggota PN.
"Kemasukan MIC sudah diluluskan sejak Disember tahun lalu namun pada mesyuarat PN Sabtu lalu, kita mengesahkan secara rasmi kemasukan parti berkenaan menjadikan lima parti anggota setakat ini," katanya ketika ditemui selepas Penyampaian Sumbangan Kepada Penggerak PAS Kota Bharu di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Takiyuddin turut memaklumkan, lebih lima parti lain turut memohon untuk menyertai PN.
Katanya, permohonan itu menyaksikan pimpinan baru PN lebih inklusif memandangkan pelantikan jawatan diberikan adalah menyeluruh membabitkan pelbagai parti.
"Jika sebelum ini yang memegang jawatan adalah PAS dan BERSATU, namun kini menyeluruh. Malah MIC yang baru menyertai PN pun mungkin akan diberi jawatan.
"Sekarang ini selain terbuka kepada mana-mana parti, kita juga bukak kepada NGO dan ahli bersekutu.
"Dalam PN ada tiga kategori iaitu parti anggota, ahli bergabung iaitu NGO atau parti yang mesra kepada PN dan ahli bersekutu terdiri daripada individu," katanya yang enggan menamakan lima parti berkenaan.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan