INI TANDA
DAH SAMPAI
MASA UNTUK
TURUN TURUN
TURUN
KHALAS
Ketua Pemuda Umno, Dr Muhammad Akmal Saleh mahu pihak berkuasa memperjelaskan tindakan berbeza terhadap individu yang dihadapkan ke mahkamah, khususnya melibatkan isu pemakaian gari.
Katanya, terdapat situasi di mana seorang individu digari manakala seorang lagi tidak, sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai prosedur operasi standard (SOP) yang diguna pakai.
“Boleh ke pihak polis memperjelaskan kenapa berlakunya begini?
“Adakah SOP berbeza sebab Arun diiringi oleh Timbalan Menteri berbanding Zamri?
“Kami minta penjelasan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial hari ini.
Ketua Pemuda Umno itu mengulas foto yang dipaparkan oleh media yang menunjukkan Penyelaras Himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (Garah), Zamri Vinoth dalam keadaan bergari ketika didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Pendakwah bebas itu berdepan tuduhan mengeluarkan kenyataan yang boleh mendorong orang ramai melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
Di mahkamah berasingan di Jawi, Pulau Pinang, aktivis, Arumugam Dorasamy juga berdepan kenyataan menyebabkan kegentaran awam pada tahun lalu hadir tanpa digari. Dia turut diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M Kulasegaran.
Akmal turut membangkitkan isu lain melibatkan kes bendera terbalik yang didakwa menunjukkan ketidakselarasan tindakan penguatkuasaan.
“Sama juga dengan kes bendera terbalik. Yang didakwa adalah orang yang mempertahankan bendera, tetapi orang yang terbalikkan bendera secara sengaja masih lagi bebas
“Keadilan apakah ini?” soalnya.
Sementara itu, kehadiran Kulasegaran menemani Arun di mahkamah hari ini terus mengundang pertikaian.
Tindakan itu dilihat cuba memberi "tekanan" kepada majistret dalam membuat sesuatu keputusan seolah-olah memberi gambaran orang kena tuduh (OKT) tidak bersalah.
Pengerusi Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (Pembela) Zainul Rijal Abu Bakar berkata, timbalan menteri berkenaan tidak sepatutnya hadir bersama OKT.
"Ia boleh menggambarkan campur tangan kepada kehakiman. Seolah-olah ia memberi gambaran kepada majistret OKT tidak bersalah sedangkan belum dibicarakan. Ia juga mungkin memberi rasa kegusaran kepada majistret.
"YBTM buatlah kerja YB. Biar undang undang menjalankan prosesnya. Sudah nampak perbezaan pun seorang dituduh tidak bergari seorang lagi di Kuala Lumpur bergari pula. Ini mungkin implikasi kehadiran YB," katanya yang juga peguam dalam satu hantaran di Facebooknya.
Terdahulu, Kulasegaran dilihat menemani Arun ataunpun nama sebenarnya Arumugam Dorasamy, 56, yang berdepan pertuduhan di Mahkamah Majistret Jawi di Nibong Tebal.
Arun didakwa melakukan kesalahan dengan membuat kenyataan di media sosial dengan niat menimbulkan kegusaran orang ramai.
Bagaimanapun, aktivis itu mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Nurul Aina Ahmad.
Dia sekadar mengangguk ketika ditanya sama ada faham dengan pertuduhan dibacakan dan berkata 'tidak bersalah' apabila diminta menyatakan pengakuannya.
Ketua Pemuda PKR Johor, Faezuddin Puad pula mendesak Kulasegaran memberi penjelasan tentang kapasiti kehadirannya di mahkamah.
Katanya tindakan berkenaan boleh memberi gambaran yang salah rakyat seolah-olah kerajaan memihak kepada Arun.
"Kita tak nak perkara ini memberi gambaran yang salah kepada rakyat, seolah-olah kerajaan memihak kepada Arun atau cuba menunjukkan sokongan politik terhadap beliau.
"Kita bimbang juga tindakan ini boleh rosakkan imej Kerajaan Madani dan Perdana Menteri di mata rakyat Malaysia," tulisnya di Facebook.
Turut mengecam tindakan Kulasegaran Setiausaha Penerangan PKR Negeri Sembilan, Edy Noor Reduan yang menyifatkan tindakan itu sebagai satu sabotaj terhadap kerajaan.
"What the hell you’re doing there you PoS! Ini dah macam sabotaj kepada Madani, kau timb menteri undang-undang, mana boleh take a side especially dalam isu besar 3R macam ni…" katanya dalam satu hantaran di media sosial.
Sementara itu peguam Yuktes Vijay berkata kehadiran timbalan menteri memberi gambaran kenapa Arun kebal apabila ditangkap.
Katanya, kehadiran Kulasegaran memberi isyarat kepada semua yang terbabit dalam kes berkenaan.
"Sekarang faham kenapa dia kebal. Bila tangkap dan didakwa di mahkamah.Yang turun dan bela adalah timbalan menteri undang-undang inilah.
"Kehadiran Kula itu signal actually. Signal kepada semua yang berkenaan," katanya.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan