LELAKI INI
WAJIB DI BERI
KESEDARAN
AMIN
KALAU NAK
SELAMATKAN
ANAK KUCING
DARI INJIN KERETA
TAK PERLU DI PUKUL
KHALAS
Polis tahan lelaki disyaki pukul anak kucing
IPOH: Polis menahan seorang lelaki disyaki memukul anak kucing menggunakan penyapu aluminium di kawasan perumahan di Batu Gajah semalam.
Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Md Noor Aehawan Mohammad, berkata pihaknya menerima maklumat kejadian jam 12.04 tengah hari selepas ia dirakam oleh jiran suspek yang juga saksi kejadian.
Semakan terhadap rakaman video berdurasi dua minit 19 saat mendapati seorang lelaki dilihat memukul seekor anak kucing beberapa kali menggunakan penyapu jenis aluminium.
"Kejadian itu berlaku di kawasan parkir rumah suspek. Susulan kejadian itu, suspek hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Gajah untuk menyerah diri sebelum ditahan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Md Noor Aehawan berkata, siasatan awal mendapati suspek mengaku memukul anak kucing berkenaan selepas mendakwa haiwan itu masuk ke bahagian enjin kenderaan miliknya yang diletakkan di kawasan rumah.
Menurut Md Noor Aehawan, suspek mendakwa tindakannya itu dibuat kerana bimbang anak kucing berkenaan boleh tercedera atau mendatangkan bahaya sekiranya enjin kenderaan dihidupkan selain dikhuatiri menyebabkan kerosakan pada kenderaan.
Siasatan turut mendapati anak kucing berkenaan masih hidup dan telah diambil oleh jiran suspek untuk mendapatkan rawatan di klinik veterinar hari ini.
"Polis akan mendapatkan laporan veterinar keadaan anak kucing bagi melengkapkan siasatan," katanya sambil menambah kes disiasat mengikut Seksyen 428 Kanun Keseksaan dan Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan