BILA HUTANG
BERTAMBAH
JALAN SELESAI
IALAH PERANG
AMIN
INI TANDA AWAL
PERANG DUNIA
SEDANG
DI RANCANG
KHALAS
Hutang negara AS melebihi AS$40 trilion buat kali pertama
WASHINGTON: Hutang negara kasar Amerika Syarikat (AS) melebihi AS$40 trilion (RM168 trilion) buat kali pertama, dengan peningkatan itu sebahagiannya didorong tarif yang dikenakan Presiden Donald Trump sebelum ini tetapi kemudiannya tidak sah.
Data Jabatan Perbendaharaan AS menunjukkan jumlah hutang awam tertunggak mencecah AS$40.05 trilion ( RM168.2 trilion) pada penutupan urus niaga Selasa.
Jumlah itu melebihi unjuran Pejabat Belanjawan Kongres (CBO) sebelum ini yang menganggarkan keseluruhan pinjaman kerajaan mencapai AS$39.4 trilion (RM165.5 trilion) menjelang akhir tahun fiskal 2026.
Peningkatan hutang berlaku ketika kebimbangan terhadap inflasi, perang di Asia Barat dan perbelanjaan kerajaan meningkatkan kebimbangan pelabur, selain kos pinjaman yang semakin meningkat.
Hasil bon Perbendaharaan AS jangka panjang meningkat Selasa ke paras tertinggi sejak 2007, mencerminkan tekanan harga akibat perang dengan Iran dan kebimbangan terhadap defisit perbelanjaan AS.
Keadaan itu memaksa kerajaan AS membiayai semula hutang pada kadar faedah tertinggi sejak sebelum krisis kewangan global 2008.
Bagaimanapun, Jabatan Perbendaharaan AS mengambil langkah menstabilkan pasaran bon jangka panjang awal Rabu, menyebabkan hasil bon menurun.
Kerajaan persekutuan AS beroperasi dengan defisit dan meminjam wang bagi menampung obligasinya, termasuk perbelanjaan perang dan pemotongan cukai.
Felo belanjawan dan cukai di Brookings Institution, Jessica Riedl, berkata kerajaan AS sudah lama berada pada laluan yang tidak mampan dari segi defisit.
"Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, AS mencatat defisit kira-kira AS$2 trilion (RM8.4 trilion) walaupun ketika keamanan dan kemakmuran," katanya.
Beliau berkata defisit yang sebelum ini berada pada tiga hingga empat peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan membimbangkan pasaran kewangan, kini menghampiri enam hingga tujuh peratus daripada KDNK, menyebabkan pasaran semakin bimbang.
Peningkatan inflasi turut menyebabkan kadar faedah meningkat dan kos membayar faedah hutang bertambah, manakala peningkatan penduduk berusia pula terus menambah tekanan terhadap defisit.
Penganalisis berkata tiada paras nisbah hutang kepada KDNK tertentu yang secara automatik mencetuskan krisis, namun paras hutang AS$40 trilion menjadi tanda penting yang boleh mendorong pasaran kewangan menilai semula peningkatan hutang negara.
Pengarah Dasar Fiskal di Bipartisan Policy Center, Caleb Quakenbush, berkata pinjaman kerajaan meningkat ketika Kemelesetan Besar 2007-2009 dan sekali lagi selepas tindak balas kerajaan terhadap kemerosotan ekonomi akibat pandemik COVID-19.
Namun, katanya, trend perbelanjaan belanjawan AS belum ditangani Kongres atau pentadbiran AS secara bermakna dan berterusan.
Beliau memberi amaran bahawa tahap pinjaman yang belum pernah berlaku sebelum ini boleh mencetuskan ketidaktentuan, selain meningkatkan kos pinjaman kepada pengguna dan perniagaan, sekali gus memberi tekanan kepada ekonomi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan