Khamis, 20 Ogos 2026

HUTAN KALIMANTAN TERBAKAR


HUTAN DARA

KALIMANTAN

TERBAKAR

AMIN

KALIMANTAN

MANA ?

MALAYSIA ATAU

INDONESIA

AMIN

Jerebu tebal landa Sarawak

KUCHING: Jerebu tebal melanda beberapa kawasan di Sarawak hari ini, dengan enam kawasan mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat.

Keadaan berkenaan dipercayai berpunca daripada kebakaran hutan berskala besar yang berlaku di Kalimantan ketika ini, menyebabkan asap dan partikel cemar dibawa ke beberapa kawasan di negeri ini.

Tinjauan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (LTAK) pada jam 9.30 pagi mendapati jarak pandangan di kawasan landasan agak terhad susulan keadaan jerebu yang menyelubungi kawasan berkenaan.

Menurut data portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), setakat jam 9 pagi, Serian merekodkan bacaan IPU tertinggi iaitu 187, diikuti Kuching (182), manakala Sri Aman pula mencatat bacaan 174.

Samarahan turut merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat iaitu 165, diikuti Sarikei dengan 153 dan Sibu sebanyak 123.

Keadaan jerebu itu turut menyebabkan pemandangan di beberapa kawasan kelihatan kabur, terutama pada waktu pagi, berikutan kepekatan asap dan zarah pencemar di udara.

Justeru, orang ramai, khususnya golongan berisiko seperti kanak-kanak, warga emas dan mereka yang mempunyai masalah pernafasan, dinasihatkan mengurangkan aktiviti luar sepanjang keadaan jerebu berlarutan.

Situasi berkenaan dijangka terus mendapat perhatian pihak berkuasa, terutama dari segi pemantauan kualiti udara dan keadaan jarak penglihatan bagi memastikan keselamatan serta kesihatan penduduk di kawasan terjejas.

Tiada ulasan: