PAGI INI
PAGI INI
RABU 19 OGOS 2026
HOUTHI YAMAN MAKIN HEBAT
PERANG DI LUASKAN
HUTANG AMERIKA
HARI INI DI LAPORKAN HUTANG KERAJAAN AMERIKA MENINGKAT KE 40 TRILION DOLAR
Selama Teram berkuasa hutang meningkat 4 trilion. Setahun naik 2 trilion dolar.
AWAS !!! Jika ini berterusan maka PERANG DUNIA akan di rancang untuk selamatkan kaum kapitalis.
IRAN MAKIN AGRESIF
DULU AMERIKA BERI AMARAN PADA IRAN
KINI IRAN BERI AMARAN PADA AMERIKA
Iran mahu Amerika undur dari Selat Hormuz – tak undur tak ada perundingan.
AWAS !!!
KEADAAN POLITIK DAN semua ini termasuk HUTANG akan membawa porak peranda ekonomi dan PERANG DUNIA AKAN SAMPAI !!! amin.
MAT BURUT NAK BUAT CUKAI
KAH KAH KAH
SST ATAU GST
Semua ini jadi tekanan pada Mat Burut.
AWAS !!!
PROJEK JALA
SEDANG DITEBAR
MAKIN RAMAI AKAN DI DAKWA.
Mat Burut gunakan SPRM – dulu Madey guna ISA – hari ini SPRM jadi senjata kepada Mat Burut untuk memburu, menangkap dan menakutkan musuh Mat Burut.
ZAHID TIDAK ADA PILIHAN – jika lambat Zahid akan di jala. KES APA ?
KES LRC – kes beli kapal.
ZAHID TAK ADA PILIHAN – PRU16 wajib di cepatkan untuk membungkus Mat Burut. Amin
HOKKIEN
Pagi ini segar basah, Matahari dah keluar – cahaya dilindungi awan – langit ada biru ada pucat ada awan hitam – masih ada air nak turun.
KL & KL Sentral cerah – hujan dan angin kuat malam kemarin pukul jerebu – dari Hokkien gua dapat lihat rupa bentuk bukit bukau di Hulu Langat..
Gua lihat tak ada warga Hokkien muncul – mungkin masih tidur sejuk ..opps.. IBU TETEK LANJUT muncul – dia solo – gua beri friskies.
Ketika gua bersenam Tak Tak duduk menunggu – suara Tiong dan Terkukur boleh di dengar.
Pulang ke Wakaf Pertama - tak ada siapa – ha ha – rupa-rupa semua menunggu di lorong masuk – wow – disini semua dapat nasi dan friskies – ramai datang makan. Gua gumbira Ibu Tetek Lanjut muncul kembali. Siti tak kelihatan.
Tiong Laki Bini tak muncul –ini tempat baru – Tiong belum tahun.
Hampir ke Pintu Masuk Siti muncul – terus bergurau dengan Tak Tak. Bijak Siti ini dia mahu layanan istimewa seperti biasa.
Gua harap hari ini akan panas – dan hujan petang nanti – biar jerebu dan hutan yang terbakar padam. Amin
BRO
SENYUM
SENYUM PAGI INI
SAMBUT KAHMIS YNG INDAH
BRO
Jangan berlaku ganas terhadap alam. Tanpa alam lu tak mungkin wujud.
BRO
Bila lu lihat pokok itu – bila lu lihat belukar itu – bila lu lihat hutan itu - bersyukur dan berterima kasih. Tanpa mereka lu tak boleh bernafas.
BRO
Lu pelajari alam. Lu jatuh cintalah dengan alam. Pasti alam tidak akan mengecewakan lu. Amin
BRO
LAKUKAN SEKARANG
LAKUKAN HARI INI
SELAMAT PAKAI BAJU BATIK





Tiada ulasan:
Catat Ulasan