Sabtu, 4 Oktober 2008

BERITA GUMBIRA - KOMENTAR

Dunia kapitalis dalam krisis. Ini adalah berita yang menggumbirakan. Bank-bank kapitalis jatuh muflis. Ini berita yang menggumbirakan. Tiga syarikat kereta gergasi di Amerika tutup. Ini berita yang menggumbirakan. Semua jualan kereta dalam dunia jatuh ini berita yang menggumbirakan.

Saham-saham di pasaran bursa saham New York, London, Paris, Tokyo, Hong Kong, Shanghai, Bombay, Singapura, Sydney, Seoul, Stockhom, Karachi, Kuala Lumpur jatuh – ini berita yang menggumbirakan.

Nilai dolar jatuh. Ini berita baik. Nilai yen jatuh. Ini berita baik. Nilai sterling jatuh. Ini berita baik.

Saya telah lama menunggu berita-berita ini. Malah telah meramalkan yang ianya pasti akan datang. Tidak adalah berita yang paling baik di hari raya ini melainkan berita yang melaporkan bursa saham New York telah jatuh 777 point.

Apabila kaum pemodal kapitalis dalam krisis maka terbukti jawapannya ialah pengunaan ekonomi sosialis. Sistem ekonomi sosialis mengajukan dasar memilik negarakan punca-punca ekonomi. Ini sedang dilakukan di negara yang paling kapitalis – Amerika Syarikat.

Dalam sistem ekonomi sosialis , daulah memainkan peranan yang penting. Ini sedang dilakukan oleh negara yang paling kapitalis – Amerika Syarikat. Sebanyak 700 bilion dolar dana negara telah di keluarkan untuk membantu bank-bank yang jatuh muflis.

Krisis ekonomi kapitalis hari ini lebih tenat dari zaman meleset 1929. Kalau dahulu ianya hanya melibatkan Amerika Syarikat sahaja tetapi kali ini ianya akan memporak perandakan seluruh dunia. Ekonomi kapitalis global sedang terancam.

Ekonomi kapitalis yang berasaskan keuntungan maksima perlu di kaji semula. Dalam keadaan krisis ini akan lahir suasana kemungkinan- kemungkinan baru. Krisis 1929 menimbulkan Perang Dunia ke Dua. Perang Dunia ke Dua melahirkan negara-negara sosialis di Eropah Timur. Kemungkinan-kemungkinan baru pasti muncul.

Dalam masa enam bulan ke hadapan ini Malaysia akan merasakan kesampaian zaman meleset ini. Permintaan barang-barang buatan Malaysia akan terhenti. Ini bemakna kilang dan gudang akan di tutup. Ini bermakna ramai pekerja akan hilang pekerjaan.

Kemungkinan-kemungkinan baru pasti akan muncul di Malaysia. Tata budaya politik dan ekonomi lama pasti akan di persoalkan. Struktur ekonomi kapitalis yang menjerat leher rakyat Malaysia selama ini wajib di persoalkan.

Ketika saya menulis ini – gerak langkah budaya ekonomi politik Amerika Latin sedang perlahan-lahan meninggalkan sistem ekonomi kapitalis. Negara-negara Amerika Latin telah mula menerima pakai beberapa konsep sistem ekonomi sosialis. Cuba dan Venezuala sedang menjadi pelopor dan contoh ekonomi sosialis di America Selatan

Tukar tiub akan cuba mencanai idea, pandangan dan arah garis budaya politik untuk melahirkan sebuah masyarakat Malaysia yang adil demokratik dan yang tidak semestinya berlandaskan sistem budaya ekonomi kapitalis.



13 ulasan:

LELASARI berkata...

adakah kita sudah bersedia? atau akan lebih parah dari us?

Tanpa Nama berkata...

garu kepala la kawan kalau pakmenteri tak baca buku byk2...

Junaidi Asmara berkata...

Uncle Isham,
Kalau tak salah, masa lepas british blah, Malaya pun guna pendekatan ekonomi sosialis ya tak?
mana2 agensi yang berkaitan dengan sumber2 dan hasil negara diletakkan bawah kawalan kerajaan.
Lamo-lamo, sumo nak dijadikaan bisnes, nak untung juta2..kesudah eh, molingkup!

Hanief berkata...

Saya teringin sangat bertanya mengenai Iran. Apakah Iran juga menggunakan sistem ekonomi sosialis? Lagi satu soalannya, bagaimana pula dengan keberkesanan sistem ekonomi Islam berbanding sistem ekonomi sosialis?

Unknown berkata...

Sistem ekonomi kapitalis bukanlah suatu sistem ekonomi yang baik.

Ekonomi cara sosialis pun banyak kelemahan, salah satunya tidak punya daya saing.

Sistem ekonomi yang baik ialah ekonomi yang berasaskan pahala bukan berasaskan mencari keuntungan dan kekayaan semata.

Perniagaan adalah juga amal untuk menawarkan barangan dan khidmat terbaik kepada pelanggan bukan untuk membuat kekayaan.

Tanpa Nama berkata...

Ekonomi lingkup !!!
Rakyat merana.
Mahathir bail-out.
ZZZZZZZZ bail-out?
KWSP ikut suka
Petronas ikut suka
Amanah Pencen ikut suka
Orang pencen, RTM (Rehat Tunggu Mati)
Rakyat bergumbiralah dengan zzzzzzz...
Celik mata,derita.........
Bangun !!!


Ngah.

indah-chan berkata...

cane cara kapitalis dan sosialis berfungsi?

p/s: sy baru mahu belajar. huh

Tanpa Nama berkata...

Susahnya hati aku..adakah aku atr org yg akan hilang pekerjaan?

Tanpa Nama berkata...

Adakah kita sbg rakyat marhaen sudah bersedia dgn kemungkinan ini.. bagaimana pula langkah utk mengatasi..
jom pakat ramai-ramai pikiaq camana nak tangani isu ini.. masih ingat 1999?? hidup porak peranda.. hari-hari kunyah megi mee.. kira OK la.. megi masa tu 50 sen sebungkus.. sekarang?? hampas la.. jgn sampai terhantuk baru nak terngadah..
waang pikiaq la sendiri...

Kieng Meng berkata...

maka berkuburlah kapitalisme yang diagung-agungkan..

Tanpa Nama berkata...

saudara tukar tiub yang di hormati,
saya tak berpuas hati bila ada golongan pro pasaran babas di Malaysia ini mengatakan pihak-pihak sosialis hanya menangguk di air yang keruh..macam-macam lagi dia tulis..tak dapat saya fahami sepenuhnya kerana tulisannya terlalu ilmiah dan tak dapat saya cari hujah untuk mencabar tulisannya.

menurut beliau kemorosotan ekonomi di Amerika Syarikat adalah kerana Fannie Mae dan Freddie Mac yang kununnya di dokong oleh para sosialis.????? jadi apa yang belaku adalah bukan kejatuhan kapitalis tapi kejayaan kapitalis itu sendiri??
saya amat marah kerana saya juga tak suka dan benci dengan kaum-kaum pemodal yang mata duitan dan lupa akhirat...

di sini saya merayu Tukar tiub dan golongan2 pembela kaum buruh untuk menjawab hujah2 pendakwah pasaran bebas tersebut...kalau nak tahu markas dakwah mereka adalah di WauBebas.org.
tulisan yang saya maksudkan ada kat harakah daily...

terima kasih...minta tolong tukar tiub..

Amin Ahmad berkata...

menatebroke,

dari artikel berkenaan, bukankah jelas struktur sosialis yang membina pelingkup ekonomi amerika ini (yang digeneralisasi sebagai kapitalis hanya kerana mereka buat duit tapi bukan berpegang kepada falsafah kapitalisme).

Tanpa Nama berkata...

Tukar tiub akan mengviagra fikirah yang lembab.

Kah,kah,kah...
Abang isham,viagra ko telah menyetimkan pemodal kapitalis lalu menghantuk-hantuk kepala dan menghulurkan kepala mereka kepada tok-tok mudin,tok-tok kadi untuk dikhutbahkan.

Wau tak akan terbang tanpa angin.
Kita tukar wau pakai tiub.
Syabas abang isham.



Ngah.