Jumaat, 11 Jun 2010

SEMUA PROJEK SUAMI JAGA




KALAU SUAMI TAK LULUS - SATU HABUK TAK LULUS



KERAGUAN TERUS SELUBUNGA AGENDA REFORMASI NAJIB – mikini

Najib Razak hari ini mengumumkan rancangan lima tahun untuk memotong subsidi dan mempercepat pelaburan tetapi menggariskan tidak banyak langkah untuk meningkatkan daya saing, dan ini memperkuatkan lagi keraguan tentang agenda reformasinya.

Dalam rancangannya itu, Najib berkata kerajaan akan mengurangkan defisit fiskal dan mengurangkan subsidi secara berperingkat-peringkat, sementara mensasarkan purata 6 peratus pertumbuhan ekonomi tahunan.

KAH KAH KAH…


kah kah kah…. NAK POTONG KE TAK POTONG…. kah kah kah..

woit… NAK NAIK KE TAK NAIK…. kah kah kah..

kah kah kah….NAK HAPUS SUBSIDI ATAU TAK HAPUS.. kah kah kah..

woit…. SEMUA BELUM MUKTAMAD…. kah kah kah…

woit... DULU CAKAP DOLAH ZZZZZZZ.... kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG INI BUKAN LAGI TIDO....LEMBIK TERUS...kah kah kah

NIK AZIZ TIBAI GEROMBOLAN




MY NAME IS BOND... JAMES BOND ..BUT MY FRIEND CALL MUNKEEBOND



NIK AZIZ SIFATKAN UMNO : TANGAN KANAN HULUR SALAM ,TANGAN KIRI LIPAT SDENJATA – merdeka review

(Merdeka Review) - "Ingin saya peringatkan, lembaran sejarah mencatit UMNO dan Barisan Nasional ialah rakan yang tidak setia, tangan kanan menghulur salam, tangan kiri melipat senjata," demikianlah yang disifatkan oleh Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat ketika mengungkit pengalaman kerjasama antara PAS dengan UMNO-BN.

"Saya rakamkan semula di sini bukan untuk mengungkit luka lama agar berdarah kembali, jauh sekali mahu melemparkan bara dendam untuk dimarakkan, tetapi untuk menjadi pengajaran kepada kita semua di dalam menongkah perjuangan," kata Nik Aziz.

Nota:
ini ingatan untuk ahli ahli pas yang muda
muda. yang tak tahu sejarah dahulu. yang kena
kelentong oleh dasar ketuanan melayu. yang suka
rumah sempit berasak asak dan berpadu padu.

ini juga ingatan untuk mereka yang sudah
tempah baju melayu itam ingat nak jadi menteri kah kah kah

nota:
abang nasa okay ke di muktamar kah kah kah

MUKA POTONG STIM




TENGOK MUKA TAK LALU MAKAN - PINDAH KELUAR NEGARA



SERAMPANG TIGA MATA TANGANI MODAL INSAN - mkini

Salah satu perhatian utama Malaysia adalah tahap kekurangan modal insan yang berbakat, kerana sama ada mereka berpindah ke luar negeri atau tidak cukup mahir untuk memenuhi standard industri.

DEngan demikian, kerajaan berusaha untuk melakukan perubahan besar dalam sistem pendidikan dengan harapan untuk menghasilkan bakat kelas dunia bagi memastikan kemampanan ekonomi sepanjang Rancangan Malaysia 10.

nota:
dulu dizaman ghazali shafiee ada
serampang dua mata – ini ada serampang tiga mata
nanti ada serampang 15 mata.

bodoh – berapa kali nak cakap dalam universiti
banayak kang kong banyak kaki bodek. tak faham faham
bila agaknya nak faham.

selagi auku tak hapus – bukan saja serampang 15 mata tak dapat
tangkap ikan – pakai tuba pun tak dapat.

tapi pakai c4 belum cuba lagi kah kah kah

yang pindah ke luar negara keran adah bosan
melihat muka bik mama hingga tak selera makan kah kah kah


Khamis, 10 Jun 2010

DI PASAR SENI HUJUNG MINGGU INI - SEMUA DI JEMPUT KECUALI....




TAPAI - TENTANG MAKAN, BERJALAN, TIDUR DAN SEX



NOTA:
pelancanran buku tapai oleh tukar tiub
dipasar seni annex
sabtu 12 jun 2010
wahti 12.oo tengah hari

tapai akan dihidangkan




nota:
pelancaran gedung karton no3
di pasar seni annex
ahad 13 jun 2010
jam 2.00 petang


ketawa akan diberi percuma kah kah kah

KEDUA DUA PELANCANRAN INI TIDAK AKAN MENJEMPUT atau
MEMBENARKAN ORANG ORANG INI DATANG. JANGAN TERSENGEH SENGEH MENEBENG:

1-Madey
2-Bik Mama
3-Senatak Ezam
4-Sankaran Pilai aka Chandra Muzaffar
5-Mufti pro Judi
6-Ustaz pro Judi


nota:
zul nordin tidak dibenarkan berada tujuh
kilometer dari kawasan pelancaran. bisul
terlalu busuk kah kah kah


BOLEH PERGI LANCHOW LAAA




BERLANCHOW LANCHOW LAAA DAHULU



Entitled: A Family In Lanchow, China [1944] Fr M Tennien [RESTORED]. I did the usual spot and defect removal, adjusted contrast, and added a sepia tone. Overall there was very little needed to do for this very well maintained image.


JOHOR TARIK BALIK GERALAN CHUA JUI MENG - mkini

Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Chua Jui Meng telah diarahkan memulangkan dua darjah kebesaran negeri Johor yang masing-masing membawa gelaran Datuk dan Datuk Seri.

Chua yang juga bekas menteri kesihatan mengesahkan bahawa beliau telah dihubungi setiausaha Istana Johor, Rahim Ramli supaya memulangkah darjah kebesaran itu hari ini.

Dua darjah kebesaran yang ditarik balik itu ialah "Dato Paduka Makhota Johor" dan "Dato Seri Makhota Johor".

KAH KAH KAH..

Woit… LANCHOW.AU LAAA SEMUA GELARAN INI… kah kah kah..

Kah kah kah…. LANCHOW LAAA….kah kah kah

Woit…. PERGI BERMAIN DI LANCHOWLAA… kah kah kah..

Kah kah kah…. MAIN LANCHOW LAAA…. Kah kah kah..

nota:
untuk mereka yang tidak tahu apa dia
lancau sila buka peta google.
jangan cepat menuduh tt sembarangan
berlanchowlaa kamu sebelum kamu menjadi
raja gopal kah kah kah


MARI LAWAN ZIONIS TEMPATAN



MEREKA PUN DATANG LAH


mereka pun datang lah
siapa siaga
senjata di tangan
berdiri tecegak
jentolak besar mula bergerak
sebatang demi sebatang
jatuhlah pohon pohon zaiton

ha ha ha
maka gugur bertaburan buah buah zaiton
bertaburan seperti terputusnya tali tasbih

mereka pun datang lah
soldadu soldadu gagah berdiri
berselendang besi
berseligi di tangan
siapa siaga
membedil siapa sahaja

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak peluru getah
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu ditembak peluru hidup

maka gugur darah ke bumi
maka bederailah ayer mata sang ibu
maka hilanglah seorang adik
maka pergilah seorang murid

lalu dilapor media antarabangsa
soldadu israel bertempur dengan gerombolan pengganas
ha ha ha
lalu di lapor media antarabangsa
soldadu isreal bertempur dengan gerombolan pengganas
ha ha ha

1x2

mereka pun datang lah
bertopi merah berbalut tebal
besi di kaki
besi ditangan
siap siaga memukul siapa sahaja

maka berkumpulah orang orang kampong
maka berkumpulah anak anak sekolah
maka berkumpulah orang orang surau

maka jentolak pun datanglah
di kiri soldadu
dikanan soldadu
ha ha ha
maka gugurlah pokok durian
maka gugurlah pohon belimbing
maka gugurlah batang kelapa

ha ha ha
jentolak masuk ke kampong
ha ha ha
jentolak datang menganas
ha ha ha

maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
maka anak anak pun membaling batu
ha ha ha
lalu di tembak gas pemedih mata
ha ha ha
maka emak emak pun mula memukul periok
ha ha ha
lalu di tembak air beracun
ha ha ha
maka ayah ayah pun naik marah
ha ha ha
lalu ditangkap dan dilokap

lalu ranap lah sebuah kampong
lalu punahlah satu kehidupan
lalu berderailah air mata

lalu dilapor media melayu
polis pencegah rusuhan diserang gerombolan pengganas
ha ha ha
ha ha ha
lalu dilapor media melayu
polis pencegah rusuhan diserang gerombolan pengganas


ini tanah aku
ha ha ha
ini warisan aku
ha ha ha
seribu tahun dahulu datuk aku disini
ha ha ha
seribu tahu dahulu nabi aku berjalan ditanah ini
ha ha ha
inilah tuntuan sang zionis

maka hilanglah tanah d jenin
maka hilanglah tanah di yum kudus
maka hilanglah tanah di wadi safar

lalu didirikan kondo kondo mewah
maka datanglah sang yahudi dari seluruh dunia
menjadi warga tetamu israel

ini tanah aku
ha ha ha
lihat ini geran nya
ha ha ha
tanya tuan d.o dan tanya yb berapa ribu suapan telah aku beri
ha ha ha
inilah tuntutan sang cukong

maka hilanglah tanah di berembang
maka hilang kah tanah di pelentong
maka hilangllah tanah di chu badak

lalu didirikan kondo kondo mewah
maka datanglah sang kaya dari seluruh dunia
menjadi tamu dan warga malaysia

1x3

mereka pun datang kah
maka daerah ini pun mula di kepong
si sakit tanpa ubatan
si lapar tanpa makanan
sang ayah tanpa pekerjaan
sang ibu hilang ingatan

ha ha ha
gaza di kepong soldadu isreal
ha ha ha
gaza di kepong soldadu isreal

lalu kapal kapal dihantar
membawa makanan
lalu kapal kapal dihantar
membawa ubatan
lalu kapal dihantar
membawa khabar berita

ha ha ha
soldadu zionis israel siap siaga
ha ha ha
menunggu kapal difitnah pembawa senjata

ha ha ha
ketika laut ditutup malam
ketika tidur nyenak berbalam
ketika mimpi kelam kelam
soldalu israel datang menganas

ha ha ha
tum tam tum tam
ha ha ha
tum tam tum tam
bedil dilepas
senapang melutup
tum tam tum tam
bom dilempar
dooooom

maka matilah si pembawa makanan
maka matilah si pembawa ubatan
maka matilan si pembawa berita

ha ha ha
lalu di lapor media antarabangsa
soldadu isreal bertempur dengan segombolan penganas
ha ha ha
lalu di lapor media antrabangsa soldadu
soldadu israel bertempur dengan gerombolan pengganas

mereka pun datanglah
maka daerah itu pun mula dikepong
soladau mula mengawal
tiada makan dapat masuk
tiada ubatan dapat dicari
tiada warga dapat merentas
soldadu dan polis mengepong kampong

ha ha ha
soldadu diarah siapa sedia
ha ha ha
melawan segala ajaran sesat
ha ha ha
hanya satu ajaran benar
ha ha ha
yang lainnya adalah sesat

ha ha ha
ketika subuh memecah pagi
ketika selimut tinggal dikaki
ketika sejuk datang sekali lagi
soldadu mula mengganas

ha ha ha
tum tam tum tam
ha ha ha
tum tam tum tam
bedil dilepas
senapang melutup
tum tam tum tam
bom dilempar
dooooom

maka matilah si orang kampong
maka matilah si tuan guru
maka matilah si anak murid

ha ha ha
lalu dilapor di media melayu
soldadu diserang penggans di memali
ha ha ha
lalu di lapor di media melayu
soldadu diserang penggans di memali

ha ha ha
ha ha ha
ha ha ha

1x4

kau ingin melawan kezaliman
kau ingin menentang kejahatan
kau ingin menegak keadilan

ha ha ha
kau tak perlu belayar jauh
koyak kan mata
luka kan telinga
darahkan hati
dengar dan hayati

gaza berada di hadapan mata
gaza berada di kampong berembang
gaza berada di kampong pelentong
gaza berada di kampong memali
gaza berada di kem kamunting
gaza berada di simpang renggam
gaza berada di mahkamah jalan duta

yang saheed bernama kugan
yang saheed bernana teng beng hock
yang saheed bernama aminulrashid

ha ha ha
kau masih ingin melawan kejahatan
ha ha ha
kau masih ingin menentang kezaliman
ha ha ha
kau masih ingin menegak keadilan

ha ha ha
bangun bangun bangun
sebaris kita hapuskan zionis tempatan

nota:
9/6.2010 -
sajak ini ditulis dan dibaca oleh tt
di dewan sivik pj pada malam
kelmarin untuk menyatakan
sokongan terhadap warga
palestin