PARTI AMANAH
DAH BERANI
BERSUARA
AMIN
PARTI POLITIK
YANG TERUS
TIMBULKAN
MAFIA KORPORAT
AKAN DAPAT
UNDI RAKYAT
KHALAS
AMANAH desak laporan penuh siasatan dakwaan mafia korporat didedahkan
KUALA LUMPUR : Parti Amanah Negara (AMANAH) mahu laporan penuh pasukan petugas yang ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat didedahkan kepada rakyat.
Timbalan Presiden AMANAH, Mujahid Yusof Rawa, berkata pasukan itu perlu mematuhi tempoh tiga bulan siasatan ditetapkan dan jelaskan dapatan, tindakan serta pihak bertanggungjawab.
Beliau berkata, siasatan perlu dilakukan secara bebas tanpa konflik kepentingan, dengan mana-mana individu atau agensi yang dikaitkan dengan dakwaan tidak boleh mempengaruhi proses siasatan.
"(Siasatan perlu) berdasarkan bukti, bukan spekulasi. Setiap dakwaan mesti diuji secara profesional tanpa menghukum sebelum proses undang-undang selesai.
"Jika terdapat bukti, dakwa tanpa memilih bulu serta tutup kelompongan undang-undang yang memungkinkan manipulasi korporat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Anwar bin Ibrahim memberi komitmen di Parlimen siasatan kes mafia korporat tidak akan ditutup, selain menegaskan tiada pihak akan dilindungi dan laporan lengkap akan didedahkan kepada umum dalam tempoh tiga bulan.
Beliau berkata, terma rujukan yang jelas dalam siasatan juga perlu bagi memastikan siasatan dilaksana memperoleh keyakinan rakyat.
"AMANAH menyambut baik keputusan Anwar bin Ibrahim, menubuhkan pasukan petugas pelbagai agensi diketuai Peguam Negara bagi menyiasat dakwaan kewujudan mafia korporat.
"AMANAH menyokong ketegasan Perdana Menteri dalam menangani hal ini. Siasat tanpa takut, dedahkan kebenaran dan bertindak tanpa memilih bulu," katanya.
Beliau berkata, isu itu bukan sekadar mengenai beberapa individu, sebaliknya menguji sama ada kuasa ekonomi boleh memperalatkan institusi, mempengaruhi penguatkuasaan dan menafikan hak pemegang saham serta rakyat.





