Isnin, 29 September 2008

KAMPUNG SRI TANJUNG CIPTA REKOD PASANG 40,000 PELITA –U.Malayau

ALOR GAJAH 28 Sept. - Kampung inap rumah terkenal Melaka, Kampung Sri Tanjung berjaya memecahkan rekod Malaysia Books of Records (MBOR) apabila memasang lebih 40,000 pelita tradisional di sepanjang laluan masuk di kampung tersebut sejak Selasa lalu.

Perkara itu telah disahkan pegawai MBOR, Ricky Yap pada majlis khas sempena pengumuman itu yang turut dihadiri Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam, di sini malam tadi.


kah kah kah….pelita ini dipasang agar angkasawan cina yang sedang berjalan di angkasa lepas akan konfouse dan salah baca peta dunia….. dia ingat kampung ni ialah new york….. kah kah kah…. idea bangang lagi ngok…

kah kah kah….. satu lagi rekod dunia…. dulu bendera tebesar…. roti john terpanjang…. ketupat terbanyak…..dan kentut petai terbusuk…..kah kah kah… tak de kerja lain….. macam mana dengan rekod ahli politik kelentong terbanyak….. kah kah kah…



8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Duit beli pelita dengan minyak tanah tu kalau disedekahkan kepada fakir miskin lagi bagus. Kat Malaysia ni banyak sangat benda yang remeh temeh diberi keutamaan sedangkan benda yang sepatutnya diberi keutamaan dipinggirkan.

Tanpa Nama berkata...

kentut petai terbusuk kekekekekekekekekek bro you are soooo funny, kentut petai, alamak you remind me of P Ramlee, the best Malaysian actor of all time.

BRO betul kah khabar2 angin Azmin ALI dah resign dari Pakatan. Harap ini tidak betullah. jangan lah bergaduh.

Tanpa Nama berkata...

Cakap semanagt bulan Ramadhan nak hentikan pembaziran.
Ini galakkan lagi amalan2 syaitan. membazir semua benda.
Cakap pun tak serupa bikin.
Kalau rekod tadarus tanpa henti 30 hari bulan ramadhan kan bagus...
alahai orang Melayu...

Tanpa Nama berkata...

Idea-idea picisan daripada golongan politik tak keruwan dan tak ketahuan.Hanya sekadar glamordan memhabiskan wang.

Tanpa Nama berkata...

Sdr Hisham,

harap-harap dia org baca blog sdr ni,kemudian pegi cermin muka dia org.alaaa malunya.tak ada standar pun rekord dunia dia org tu.

Tanpa Nama berkata...

Mencari kelainan kononnya.Tapi yang jelas ialah pembaziran dan kebahlolan

Tanpa Nama berkata...

Saudara Isham,

My Mak, 72 tahun kata: "Keje bodoh, membazir duit!!"

Kalau dia orang buat, semua betul, kalau orang lain buat, semua salah.

Mak ucap terima kasih.

Tanpa Nama berkata...

Kah kah kah

Sume dah "kene hulur" ngan org UMNO/BN...

Melaka = kubu kuat UMNO/BN

Pak Misai Kontot mesti bangga tak ingat dunia puney