Nurul Izzah Aidilfitri

selangorku 1

.

Isnin, 29 September 2008

SELAMAT BERBUKA PUASA

Raya lagi satu ari
Puasa selesai esok

Semua dah balik kampung
Ada dalam kereta
Ada dalam bas
Ada dalam keretapi
Ada dalam van
Ada dalam lori

Jangan lupa yang dalam seluar
Lepas raya pakai lagi

Mana pegi kad selamat hari raya
Ilang entah ke mana
Setem tak laku lagi
Sampul surat tak laku
Budaya berubah
Bila teknoloji berubah
Arab tak naik kaldai lagi

Kalau nak hantar ucapan via sms
Hantar bulan depan
Kalau hantar pagi raya
Tak ada sapa nak baca
Sibuk makan lemang
Sibuk minum air tapai

Tapai adalah makanan melayu yang terbaik
Tapai adalah ciptaan budaya kita
Simpan tapai lama-lama
Dan rasakanlah nikmatnya

Hari raya tanpa tapai
Hari raya yang gagal
Kalau tapai tak ada
Bulan tak muncul di teluk kemang

Dari zaman berzaman tinggalan datuk nenek moyang kita
Ragi dan tapai tuak dan nira minuman yang menggembirakan
Peranchis berbangga dengan champangne
Melayu berbangga dengan tapai
Kalau jepun dengan sake
Melayu dengan air tapai
Kalau Arab dengan arak tamar
Melayu dengan tuak tapai

Selamat Bertapai









17 ulasan:

hafiz berkata...

bro isham. tiada sebenarnya yang membataskn langkah kita. samaada dari benua tapai, benua vine, benua arak kurma...makanya ia adalah perkara yang beza tetapi punya matlamat yang satu. benarlah katamu ia menggembirakan.

pernah minum tapai iban. peeeh memang bedesing! best! tiga kali selamat untuk geng iban!

Truckster berkata...

haaaaaaaaa??\


tapai sememangnya satu ciptaan unik dan penuh berseni...tapi malangnya ramai yang salahgunakan tapai...
....penangan tapai sememangya wajib di pagi syawal, generasi kini mungkin sudah beransur-ansur melupakan seni pembuatan tapai......
bergitulah nasib tapAai

Tanpa Nama berkata...

hwawawawa....you the best man
memang banayk pengertian apa yg bro nk sampaikan
teruskan menulis, saya tetap menyokong anda

Tanpa Nama berkata...

Tapai yang paling best adalah dari Sarawak, walaupun I dari Semenanjung !

Straight & neat direct from the tempayan ! Macam tu barulah cool, bro. Orang disitu betul betul tahu celebrate. Bagitu juga music dia orang.

Salud !

Ingat: If you drink, don't drive, If you drive, don't drink.

Malaysian Vintage

hafiz berkata...

sampai bila mau penohkan dunia dengan dendam! dengan benci! dengan prejudis! sampai bila ha!!! ayou! rayakan hidop! rayakan keabstrakan kita! rayakan perbezaan ini! ya. tuhan kita lah yang menciptakan perbezaan ini!

aku suka...sama-sama merasa...sama-sama berkongsi! yeah! datok nenek kita sama!!! ya. sama! Selamat sehari lagi raya!!!

kulupSakah berkata...

syed hamid albab gi arab saudi.. memandu sendiri..tiba2 minyak habis kereta tersadai..datang pomen arab tanya dalam bahasa arab "pasai apa?"

..Albab tak tahu camana nak cakap dalam bahasa arab "minyak dah habis"..dia pun kata "petrol...sadokallahul'adzim!"
kahkahkah!

Cikgu Din Sakura berkata...

Sebolun terlambek, selamat hari rayo jolah Sam.

Salam samo pak sedaro kau kek sg legom tu yo?

Tanpa Nama berkata...

bro got this from the blogs, read and laugh pm wants to mansuhkan kuota for nomination. macam ni pun bolihkah, only in malaysia with umno kepala. kakakakakek

Maklumat yang baru saya terima mengesahkan bahawa Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi memang akan mencadangkan kepada Majlis Tertinggi (MT) UMNO bagi menundakan persidangan perwakilan UMNO bahagian daripada 9 Oktober 2008 kepada Februari 2009.

Abdullah juga dijangka merujuk kepada MT UMNO untuk mengadakan satu Perhimpunan Agung UMNO (PAU) Khas bagi memansuhkan kuota yang dikenakan kepada sesiapa yang berhasrat bertanding jawatan tertinggi dalam parti di peringkat bahagian dan pusat, termasuk Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan ahli MT.

Usaha ini membuktikan bahawa Abdullah akan meneruskan niatnya mempertahankan jawatan Presiden UMNO. Tetapi, oleh kerana tidak yakin memperolehi kuota pencalonan yang diperlukan, iaitu 58 pencalonan daripada bahagian bagi jawatan Presiden, Abdullah pula berusaha untuk memansuhkan kuota itu menerusi PAU Khas.

Pembatalan kuota ini, jika dipersetujui oleh PAU Khas, akan menimbulkan anamoli kepada warga UMNO yang bertanding jawatan di peringkat bahagian.



Oleh kerana persidangan cawangan UMNO di seluruh negara sudah berakhir baru-baru ini, dan mereka yang akan bertanding di peringkat bahagian sudah pun diketahui, maka adakah MT UMNO juga akan memutuskan supaya pertandingan di peringkat bahagian tidak akan terikat dengan sistem kuota?

Bagaimanapun, tafsirlah sendiri apakah erti dan implikasi kepada semua tindakan ini. Dan, bayangkanlah sendiri bagaimana bercelarunya keadaan berikutan perkembangan ini.

Akhir sekali, mungkinkah MT UMNO akan akur kepada saranan Abdullah untuk menundakan persidangan perwakilan bahagian kepada Februari 2009 di samping mengadakan PAU Khas untuk memansuhkan kuota berkenaan? Kita tunggu dan lihat apakah kesudahannya tidak lama lagi!

~ Kuda Kepang

OrangGilak berkata...

selamat hari raya isham...

Tanpa Nama berkata...

Cerita pasal tapai ni agak menarik juga. Di kampung aden dulu apabila kita ikut bertakbir dari rumah ke rumah selepas pastinya esoknya akan menemui aidilfitri,hidangan tapai menjadi satu keistimewaan. Banyak yang menjamahnya termasuk yang membaca doa dan bertakbir 'Allah Yang Maha Besar', Mereka meminumnya dengan ala kadar, bukan sampai nak mabuk. Tapai bagaikan pemanis mulut dan tanpa disedari tapai ada kemungkinan boleh 'menghighkan' seseorang. Mereka yang minum tidak sedar tapai itu ada kandungan etanol, unsur yang boleh 'memabukkan', namun tiada sapa ambil kisah. Tapi jangan minum bir walaupun ada kandungan etanol,ia tidak dapat diterima oleh sebahagian besar orang Melayu kerana ia digolongkan sebagai minuman keras. Jangan dihujah bahawa kandungan tapai juga mempunyai etanol kenapa tidak 'diharamkan'.Akan berbelit-belit perbincangan mengenai itu.
Tapai seperti diakui memang syok diminum, apatah lagi apabila didinginkan dulu dan ambilnya ketika anda sudah memakan sesuatu. Minumnya semasa perut kosong tak syok.Tapai pulut banyak didapati, tapi tapai ubi semakin menjadi dinasor. Yang tak syok pasal tapai ini ialah ia ada membawa kesan lekit-lekit kerana kandungan gula.

Tanpa Nama berkata...

Bagaikan sekelip mata aidilfitri akan muncul dan seperti seketika juga aidilfitri akan meninggalkan kita. Putaran masa begitu cepat. Tapai orang kita akan beraya selama satu bulan. Kanak-kanak yang bernasib baik akan nikmat raya sepenuhnya sementara orang dewasa dengan pelbagai cabaran dan tekanan hidup moden tidak begitu menikmati raya.
Dari satu segi kita boleh lihat orang yang bukan betul-betul puasa yang akan enjoy lebih daripada mereka yang sungguh-sunguh mengikut tertib puasa.Para pedagang yang meraih banyak keuntunganlah yang beraya kerana banyak dapat duit. Kebanyakan yang berbajet terpaksa kawal nafsu sedikit.
Puisi 'Selamat Berbuka Puasa'sempat mencoretkan pelbagai sudut berpuasa dan beraya bagi beberapa era, dari zaman kecilnya sehingga zaman kini. Seronok ada banyak pemerhatian yang menarik daripadanya. Kita jumpa lagi coretannya pada Ramadan tahun depan, insyallah.
Sedih juga iya kerana coretan puisinya akan berakhir.

Pyanhabib berkata...

brader isham, selamat bertapai dan selamat hari raya aidilfitri.
*wah, beraya dengan kot bundle permatang pauh!

fudzail berkata...

Kami di Dubai beraya dulu.

Eid Mubarak

hafiz berkata...

Pak pyan memang cool! cayok! hehe selamat hari raya semua!

LELASARI berkata...

tahu lah kak u pandai buat tapai... tahun nie kita makan tapai kat jelebu ya!!!

cucupakkasim berkata...

kah..kah..kah..pos malaysia sudah tidak ada dateline untuk pos kad-kad raya,para-para posmen boleh senyum sebab sudah tidak ada lagi berkarung-karung kad raya,kad-kad raya yang di jual juga semuanya stok-stok lama...

bumilangit berkata...

makan tapai dihari raya? eeuwww... i makan keju biru dari france!

keju biru on top of kueh samperit~